Thursday, July 19, 2012

[PENTING] Tips kemasukan pelajar baru sesi 2012/2013


Assalamualaikum dan salam 1 ASPIRASI. Tahniah diucapkan dan selamat berjaya kepada kesemua mahasiswa/i sesi 2012/2013 kali ini! Kami di sekretariat Aspirasi ingin mengucapkan selamat datang dan selamat menjadi mahasiswa/i yang akan berjuang untuk masa hadapan Negara. 



Mahasiwa Cemerlang, Negara Gemilang. 

Pasti ada yang tidak sabar untuk menanti tarikh keramat iaitu 2 September 2012 kali ini. Perasaan yang sama itu berlaku kepada kami mahasiswa/i ketika kami berada di tempat adik-adik sekalian. Jangan segan silu untuk bertanya apa-apa jua masalah ataupun ada pandangan yang ingin dikemukan di sini. Kami akan cuba untuk membantu adik-adik. Untuk sedikit info tentang kemudahan-kemudahan di UKM, adik-adik boleh  KLIK SINI!.

Di sini, sekretariat Aspirasi ada sedikit pesanan untuk adik-adik ambil perhatian :

1) Jangan lupa untuk membawa segala keperluan untuk mendaftar (contohnya : gambar berukuran passport, kad pengenalan, baju yang diperlukan seperti baju kemeja dan seluar slack *bagi lelaki; baju kurung yang cukup *bagi perempuan)

2) Sila tandakan di checklist yang telah disediakan untuk memastikan tiada barang yang tercicir. Bawa bersama checklist tersebut ke UKM untuk memudahkan keadaan di sana nanti.

3) Pastikan barang-barang keperluan cukup (contohnya barang mandi, baldi, sarung bantal dan sebagainya) 

4) Pastikan anda sudah pun menghantar borang-borang yang diperlukan oleh UKM secepat yang mungkin bagi memudahkan urusan pengambilan sesi baru. Peringatan, mulai sesi 2012/2013 hanya item ini akan dipos :

1) Surat tawaran asal
2) Fail pelajar 
3) Borang BIMB

Selebihnya, anda harus mencetaknya sendiri.

5) Bawa wang yang secukupnya sahaja. Jangan bawa terlalu banyak wang kerana anda akan melalui MMP (Minggu Mesra Pelajar) yang tidak memerlukan banyak wang. Masukkan wang yang berlebihan ke dalam bank dan simpan kad bank dengan cermat dan sebaiknya.

6) Bawa beg yang mudah untuk dibawa. *disarankan membawa beg beroda tetapi sekiranya tiada, tidak mengapa.

7) Bagi yang mempunyai masalah kesihatan, jangan lupa bawa ubat dari rumah. Pihak BSMM (Bulan Sabit Merah Malaysia) ada juga menyediakan ubat untuk KECEMASAN, tetapi bagi ubat rutin, BSMM tidak menyediakannya.

8) Manakala yang mempunyai alahan, anda haruslah terus memaklumkan kepada PC (Pemudah Cara) semasa pendaftaran. Ini adalah bagi mengelakkan anda mengalami masalah kesihatan akibat makanan yang disediakan sepanjang minggu mesra pelajar.

9) Pastikan anda mendapat rehat yang secukupnya pada malam sebelum mendaftar. Jangan terlalu gembira hingga tidak dapat tidur. Anda akan menjalani perjalanan yang panjang nanti. 

10) Sentiasa senyum ketika mendaftar! Ramai yang akan membantu anda di sana nanti, jangan risau! 

Tahniah sekali lagi kami ucapkan! Semoga perjalanan anda ke UKM, berjalan dengan selamat dan dirahmati oleh Allah S.W.T. Sekiranya ayah atau ibu yang memandu ketika ke UKM, pesanlah supaya berhati-hati di jalan raya. Kami mendoakan agar keselamatan anda dipelihara.


KEBAJIKAN MAHASISWA, PERJUANGAN KAMI !

Read More

Tuesday, July 17, 2012

Usah kita mudah berputus asa!


Assalamualaikum dan salam 1 ASPIRASI. Ramadhan semakin mengunjungi kita. Apabila ramadhan semakin dekat, ini bermakna Hari raya Aidilfitri juga semakin berkunjung tiba. Sekretariat Aspirasi ingin mengingatkan kepada kesemua mahasiswa/i supaya menjaga amal ibadat dan adab sempena bulan ramadhan ini. Perbanyakkan amalan seperti membaca al-Quran dan berzikir untuk terus merebut peluang ini untuk merapatkan hubungan kita kepada Allah.






TERUSKAN USAHA! JANGAN MUDAH PUTUS ASA!


Gambar ini mungkin memberi motivasi kepada adik-adik kita yang akan mengambil peperiksaan seperti UPSR, PMR dan SPM yang jarak antaranya tidaklah sejauh mana. Belajarlah bersungguh-sungguh untuk masa hadapan. Kepada adik-adik di luar sana yang akan mengambil peperiksaan tidak kiralah UPSR ataupun PMR mahupun SPM; sekretariat Aspirasi ingin mengucapkan selamat berjaya dan janganlah mudah untuk kita berputus asa. Masih jauh lagi perjalanan adik-adik. Kepada mahasiswa/i di UKM, ambillah gambar ini sebagai pencetus semangat untuk kita terus berjuang dengan sesi yang baru ini. 


Yang lepas hanya tinggal sejarah; esok peluang masih lagi cerah

Read More

Entri Hit Tertinggi

ASPIRASI UKM. Powered by Blogger.