Photobucket

Monday, April 23, 2012

AL-FATIHAH KAMI SEDEKAHKAN


Assalamualaikum dan salam 1 Aspirasi. Al-fatihah kami sedekahkan kepada Allahyarhamah Fatihah Mina Bt Md Juferi Mahasiswi UPSI yang dipercayai terjatuh dari tingkat 3 banggunan E-Learning (Ahli Forensik).


Biodata Allahyarhamah :
Fatihah Mina Bt Md Juferi
Semester 4
Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Minor Bahasa Arab
PNGS 3.57

Kejadian yang menyedihkan ini berlaku malah telah disahkan oleh Ahli Forensik bahawa arwah terjatuh dari tempat tinggi yang mengakibatkan kecederaan teruk dibahagian kaki dan kepala. Dipercayai terdapat seorang saksi kejadian yang mana masih dalam keadaan trauma menyaksikan insiden ini dan masih tidak dapat ditemubual lagi. Jenazah selamat di bawa ke Hospital Slim River untuk siasatan (post mortem). Alhamdulillah, menurut sumber, Allahyarhamah sempat diajar mengucapkan Dua Kalimah Syahadah dan sama-samalah kita doakan semoga Allah menempatkan Allahyarhamah bersama golongan yang beriman.



Hanya Al-fatihah dan doa dapat kami sedekahkan. Doa kami sentiasa mengiringi beliau. AL-FATIHAH.




0 comments:

Entri Hit Tertinggi

ASPIRASI UKM. Powered by Blogger.