Assalammualaikum, salam Ramadhan, serta salam 1 ASPIRASI buat pembaca-pembaca Media Kampus UKM sekalian. Hari ini, dalam tidak sedar kita telah memasuki fasa kedua Ramadhan Al-Mubarak, bulan penuh kesyukuran dan keberkatan. Diharap amalan kita akan terus ditingkatkan dalam meniti hari-hari terakhir dibulan penuh mulia ini.
Tentunya, debaran kian terasa buat sahabat-sahabat yang bakal menjadi sebahagian dari keluarga kita di Universiti Kebangsaan Malaysia. Masing-masing tentunya berdebar-debar dan tidak sabar untuk menjelajah ke bumi bertuah UKM ini serta menyambung perjuangan mengejar impian dan cita-cita.
Mungkin ada lagi sahabat kita yang belum pernah menjejakkan kaki ke UKM sebelum ini tertanya-tanya bagaimanakah agaknya suasana kehidupan di sana nanti. Adakah disediakan kemudahan seperti yang dilihat di televisyen, dibaca di akhbar, mahupun diceritakan oleh senior-senior sebelum ini? Justeru kami barisan jentera Aspirasi ingin mengajak anda melihat sedikit 'preview' tentang kemudahan-kemudahan yang disediakan di UKM agar dapat memberi sedikit gambaran tentang suasana kehidupan yang bakal anda tempuhi.
1)Dewan Canselor Tun Abd Razak (DECTAR)
Dectar merupakan dewan terbesar dan tertua yang menjadi salah satu lambang kemegahan dan kebanggaan UKM. Berkeluasan 105'x104.6' (ruang lantai) dan 33'x78' (ruang pentas), dectar digunakan untuk majlis konvokesyen, sambutan ambang merdeka, peperiksaan akhir semester, persembahan kesenian, persidangan, serta majlis-majlis rasmi lain.
2) PUSAT KESIHATAN UKM
Pusat Kesihatan(PK) UKM merupakan sebuah pusat kemudahan yang berfungsi sebagai klinik dimana mahasiswa/i boleh mendapatkan rawatan kesihatan secara percuma. Terletak berhadapan Kolej Burhanuddin Helmi(KBH), PK beroperasi pada waktu seperti berikut :
Isnin hingga Khamis : 8.15 pagi - 12.45 tgh, 2.00 ptg - 4.45 ptg.
Jumaat : 8.15 pagi - 12.00 tgh, 2.45 ptg - 4.45 ptg.
Namun pelajar boleh menghubungi kakitangan bertugas sekiranya berlaku kecemasan di luar waktu PK beroperasi. Antara perkhidmatana yang ditawarkan di PK antaranya pemeriksaan kesihatan, pembedahan kecil, fisioterapi 'infrared', pengimejan diagnostik asas x-ray, dialisis, rawatan gigi, wad isolasi dan pemerhatian, serta banyak lagi. Bagi pelajar yang tinggal di luar kampus pula, UKM memiliki polikliniknya sendiri yang terletak di Seksyen 15 Bandar Baru Bangi.
3)PUSANIKA
Pusanika UKM merupakan bangunan empat tingkat berkeluasan fizikal 164,641 kaki persegi dan bertindak sebagai pusat kemudahan utama di UKM. Selain menempatkan ruang pejabat bagi Jabatan Perkhidmatan Pelajar dan persatuan-persatuan yang bernaung di bawahnya, pusanika turut menyediakan kemudahan seperti pejabat pos, bank, kedai buku, kafetaria, kedai runcit, mesin ATM dan sebagainya.
Antara mesin ATM yang disediakan di Pusanika adalah mesin ATM Bank Islam, CIMB, MAYBANK, dan BSN. Perkhidmatan ATM turut terdapat di Canselori (Bank Islam dan CIMB) serta di kolej-kolej tertentu seperti KKM (Bank Islam) dan KPZ (Bank Islam).
Malah, Pusanika sering dijadikan tempat untuk menganjurkan program-program atau jualan seperti Minggu Pengenalan Persatuan, PC Fair, promosi buku, dan pelbagai aktiviti anjuran pelajar.
4)MASJID UKM
Masjid UKM merupakan salah satu kebanggaan UKM yang tersergam gah di bulatan utama selepas pintu masuk, juga bertentangan dengan Dectar (apabila melalui canselori Dectar berada di sebelah kiri, masjib di sebelah kanan) menjadikan kedudukannya strategik seperti yang terkandung dalam falsafah UKM ;
"Paduan antara iman kepada Allah (masjid) dan Ilmu yang bermanfaat (dectar), serta gabungan antara Teori dan Amal merupakan asas kepada pembangunan Universiti, pembudayaan ilmu, dan pembentukan masyarakat terpelajar"
Bangunan Masjid mengandungi tiga paras, dengan keluasan 25,713.41 meter persegi (74,500 kaki persegi) dan boleh menampung jemaah seramai 5,000 orang.
- Paras Satu Masjid mempunyai sebuah dewan sembahyang, dua tempat wuduk (lelaki dan perempuan), dua tandas (lelaki dan perempuan), pejabat pentadbiran Pusat Islam, sebuah bilik seminar, sebuah bilik mesyuarat, sebuah bilik mandian jenazah dan kutub khanah.
- Paras Dua Masjid mempunyai sebuah dewan sembahyang, sebuah bilik rehat Imam dan Bilal dan sebuah bilik tetamu.
- Paras Tiga mempunyai dewan sembahyang Muslimat, bilik studio dan dua tempat wudu'. Persekitaran masjid mempunyai enam buah pondok wakaf, sebuah dapur (termasuk bilik mandi dan tandas) serta terdapat lebih kurang 300 lot tempat letak kereta.
sumber : Pusat Islam UKM
5)PERKHIDMATAN BAS
UKM turut menyediakan perkhidmatan bas agar memudahkan pergerakan mahasiswa/i di dalam kampus mahupun disekitarnya. Malah, UKM turut mempunyai stesen KTM komuter sendiri yang tidak jauh dari Kampus UKM Bangi.
Bas-bas di UKM dibahagikan mengikut zon laluan seperti :
- Zon 2 : bermula dari KPZ
- Zon 3 : bermula dari KKM
- Zon 4 : bermula dari KIAM
- Zon U : bermula dari KKM melalui seluruh kampus
- Zon 6K/6Z : bermula dari stesen KTM komuter ke KKM/KPZ
6) PERKHIDMATAN INTERNET
Bagi meningkatkan prestasi pembelajaran mahasiswa/i, UKM dilengkapi dengan perkhidmatan internet tanpa wayar (wi-fi) yang boleh dicapai di seluruh kawasan kampus. Warga ukm akan menggunakan akaun ukm-jaring manakala warga bukan ukm akan menggunakan akaun tetamu ukm. Selain itu, terdapat beberapa kolej seperti KDO, KUO, KBH, KAB dan KIY yang menyediakan 'cable port' untuk capaian internet melalui kabel LAN. Justeru, dua perkhidmatan internet ini mampu menjimatkan kewangan mahasiswa/i kerana mereka tidak perlu membeli 'broadband' untuk mendapatkan capaian internet di UKM.
7) STADIUM UKM
Kemudahan bersukan tidak pernah diketepikan oleh pihak UKM. Selain gelanggang futsal, gelanggang bandminton, skuasy, gymasium, padang golf, kriket dan sebagainya, UKM turun menyediakan stadium yang besar beserta trek sintetik untuk acara-acara sukan yang besar serta untuk memudahkan mahasiswa/i berlatih untuk acara sukan tertentu. Terletak berhampiran Kolej Rahim Kajai dan Kolej Ibu Zain, stadium ini kini menjadi tempat mahasiswa/i bersukan dan beriadah setiap petang atau mengadakan acara-acara tertentu seperti bersenam bersama ahli kelab, pertandingan berbasikal dan sebagainya.
8)PERPUSTAKAAN TUN SRI LANANG (PTSL)
PTSL merupakan perpustakaan akademik yang menyediakan keperluan sumber maklumat kepada warga UKM. PTSL juga merupakan kebanggaan UKM apabila diiktiraf sebagai perpustaakan terbesar di Asia Tenggara dengan memiliki 4 cabang perpustakaan yang lain serta mempunyai sistem-sistem berteknologi yang canggih. Empat cabang PTSL adalah :
- Perpustakaan Alam dan Tamadun Melayu (PATMA)
- Perpustakaan Undang-Undang (PUU)
- Perpustakaan Dr. Abdul Latif (PDAL)
- Perpustakaan Pusat Perubatan UKM (PPPUKM)
Memiliki lebih dari 1,873,051 koleksi (sehingga 2009) dan 30,600 jurnal elektronik, PTSL turut mempunyai aplikasi dalam talian (online) yang baik di mana mahasiswa/i dapat meminjam buku langsung dari kawasan luar perpustakaan serta menyemak tarikh pulang buku, jumlah hutang dan sebagainya, semuanya secara online.
Selain kemudahan yang lengkap, suasana pembelajaran di PTSL sangat kondusif dan sesuai untuk pelbagai cara pembelajaran dan pengajaran. Terdapat juga bilik perbincangan serta bilik khas yang kedap bunyi khas untuk aktiviti-aktiviti perbincangan dalam kumpulan agar tidak mengganggu pengunjung lain. Malah, PTSL turut menyediakan perkhidmatan meminjam dan memulang buku secara elektronik.
Selain kemudahan di atas, ada banyak lagi kemudahan serta perkhidmatan yang ditawarkan di UKM. Justeru, perkhidmatan dan kemudahan ini diharapkan agar dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh mahasiswa/i UKM agar dapat meningkatkan produktiviti serta membentuk masyarakat terpelajar. Sekian, mahasiwa tunjang ASPIRASI universiti.
TEGUH, SETIA, BERSATU !
19 comments:
Ada gym tak?
Mr. A,
sudah tentu ada ;D
gambar/prasarana kat ukm kl dan ktsn xde ke?
En. Am,
akan ada lepas ni, jgn risau :) prasarana kampus KL banyak juga, jadi kena buat entry baru.
kt kkm ade atm bank islam..bkn cimb
betol lah kat atas tu tulis kkm (banks Islam)..ape yg salahnyer...ko yg bace salah...
to wawa wafiyyah;
terima kasih wawa, sudah dibetulkan. maaf di atas kekhilafan :)
to anonymous;
maaf anonymous, tadi memang pihak kami tersilap tulis CIMB kat KKM. tp atas teguran wawa admin dah betulkan semula. terima kasih atas perhatian :)
Wah...syok giler... Dulu ada pi melawat makmal coklat kat FST. x sangka jodoh dgn ukm sgt kuat. papepun, terima kasih atas informasi.
Alif Yusof bakal masuk UKM kah ? tahniah dan selamat datang !
salam, nak tanya. dari pusat pengurusan siswazah (pps) nak ke fakulti teknologi sains maklumat (FTSM) kena naik bas yang mane ye? Saya takde transport sendiri. Harap dapat bantu. Terima kasih.
Assalamu'alaikum..
boleh tanya tak? saya nak tahu cam ner ya nk booking Dewan Tun Abdullah Salleh UKM . Ada no tel tak?
Gym di mana ya?
Gym di mana ya?
Assalammualaikum..nak tnya..klu stdnt pbjj kt ukm bangi blh x guna kmdhn bas ukm yg dari ktm tu?
Di fsk
Blh ..malah ade elaun perubatan rm 40 sekali rawatan di ukm poliklinik seksyen 15.best kn
gym kat ukm bangi ada ke?
https://drive.google.com/file/d/0B6ut4qmVOTGWV2lZaDBldU5Mem8/view?usp=drivesdk
Web: almawaddah.info
Salam
Kepada:
Redaksi, rektor dan para akademik
Per: 1. Surat Terbuka Kepada PM tentang Syiah dan 2. Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan.
Bagi tujuan kajian dan renungan. Diambil dari web: almawaddah. info
Selamat hari raya, maaf zahir dan batin.
Daripada Pencinta Islam rahmatan lil Alamin wa afwan
Post a Comment