Assalamualaikum dan salam 1 ASPIRASI. Tahniah diucapkan dan selamat berjaya kepada kesemua mahasiswa/i sesi 2012/2013 kali ini! Kami di sekretariat Aspirasi ingin mengucapkan selamat datang dan selamat menjadi mahasiswa/i yang akan berjuang untuk masa hadapan Negara.
Mahasiwa Cemerlang, Negara Gemilang.
Pasti ada yang tidak sabar untuk menanti tarikh keramat iaitu 2 September 2012 kali ini. Perasaan yang sama itu berlaku kepada kami mahasiswa/i ketika kami berada di tempat adik-adik sekalian. Jangan segan silu untuk bertanya apa-apa jua masalah ataupun ada pandangan yang ingin dikemukan di sini. Kami akan cuba untuk membantu adik-adik. Untuk sedikit info tentang kemudahan-kemudahan di UKM, adik-adik boleh
KLIK SINI!.
Di sini, sekretariat Aspirasi ada sedikit pesanan untuk adik-adik ambil perhatian :
1) Jangan lupa untuk membawa segala keperluan untuk mendaftar (contohnya : gambar berukuran passport, kad pengenalan, baju yang diperlukan seperti baju kemeja dan seluar slack *bagi lelaki; baju kurung yang cukup *bagi perempuan)
2) Sila tandakan di checklist yang telah disediakan untuk memastikan tiada barang yang tercicir. Bawa bersama checklist tersebut ke UKM untuk memudahkan keadaan di sana nanti.
3) Pastikan barang-barang keperluan cukup (contohnya barang mandi, baldi, sarung bantal dan sebagainya)
4) Pastikan anda sudah pun menghantar borang-borang yang diperlukan oleh UKM secepat yang mungkin bagi memudahkan urusan pengambilan sesi baru. Peringatan, mulai sesi 2012/2013 hanya item ini akan dipos :
1) Surat tawaran asal
2) Fail pelajar
3) Borang BIMB
Selebihnya, anda harus mencetaknya sendiri.
5) Bawa wang yang secukupnya sahaja. Jangan bawa terlalu banyak wang kerana anda akan melalui MMP (Minggu Mesra Pelajar) yang tidak memerlukan banyak wang. Masukkan wang yang berlebihan ke dalam bank dan simpan kad bank dengan cermat dan sebaiknya.
6) Bawa beg yang mudah untuk dibawa. *disarankan membawa beg beroda tetapi sekiranya tiada, tidak mengapa.
7) Bagi yang mempunyai masalah kesihatan, jangan lupa bawa ubat dari rumah. Pihak BSMM (Bulan Sabit Merah Malaysia) ada juga menyediakan ubat untuk KECEMASAN, tetapi bagi ubat rutin, BSMM tidak menyediakannya.
8) Manakala yang mempunyai alahan, anda haruslah terus memaklumkan kepada PC (Pemudah Cara) semasa pendaftaran. Ini adalah bagi mengelakkan anda mengalami masalah kesihatan akibat makanan yang disediakan sepanjang minggu mesra pelajar.
9) Pastikan anda mendapat rehat yang secukupnya pada malam sebelum mendaftar. Jangan terlalu gembira hingga tidak dapat tidur. Anda akan menjalani perjalanan yang panjang nanti.
10) Sentiasa senyum ketika mendaftar! Ramai yang akan membantu anda di sana nanti, jangan risau!
Tahniah sekali lagi kami ucapkan! Semoga perjalanan anda ke UKM, berjalan dengan selamat dan dirahmati oleh Allah S.W.T. Sekiranya ayah atau ibu yang memandu ketika ke UKM, pesanlah supaya berhati-hati di jalan raya. Kami mendoakan agar keselamatan anda dipelihara.
KEBAJIKAN MAHASISWA, PERJUANGAN KAMI !
7 comments:
salam.. terima kasih atas info yang sangat berguna bagi saya.. Saya akan mendaftar di ukm untuk kursus sains politik.. alhamdulilah dapat ukm.. cuma saya mahu tahu sekiranya saya mahu tukar kursus ini bagaimana?? haha.. belum daftar tapi dah cakap pasal tukar kursus... hehe...maaf. cuma saya x berapa minat kursus ini.. saya bercadang nak tukar kursus ekonomi di FEP... kalau x dapat pun xpe... saya terima aje...hehe
nak tukar boleh tapi byk prosesnya..nanti kalau nak tukar, ready lah nk turun naik fakulti dan canselori tu,.bagi saya, kursus sains politik nie hebat sbb lecturer2nya pun hebat..then mmg tak rugi kalau belajar sains politik nie..
salam..sy juga akan mendaftar di ukm utk sesi ini. sy nak tanya tentang borang yg perlu dihantar ke ukm secepat mungkin tu..boleh list x borang tu?sebab baru tahu ni..
boleh tak jika sy menangguh bayaran yuran pendaftaran dan membayarnya bila sudah dpt penaja?
salam...sy dpt tawaran sarjana muda pentadbiran perniagaan...tp sy nk tukar course sarjana muda perakaunan.. boleh ke? masa matrik sy dpt 4flat dlm perakaunan...rsa syg nk tukar course..
sesi 2013/2013 pelu ke pos lagi ? ap je yg perlu dipos ? x bearapa faham la ,, mohon tergkn ... :(
assalamualaikum.. nak tanya mmg kalau nak tukar kos masa sem 2 ke???? kalau dari sem 1 nak tukar boleh x???
Post a Comment