Sunday, October 13, 2013

Wacana "Syiah, dimana silapnya?" berjaya!


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada hari Rabu yang lepas, 9/10/2013 bertempat di Masjid Universiti, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), telah berlangsung satu program Wacana Pemantapan Akidah, dengan tajuk, "Syiah, dimana silapnya?" yang dianjurkan oleh Aspirasi Mahasiswa Kolej Dato Onn dengan kerjasama Pusat Islam UKM. Program tersebut dihadiri oleh TNC HEPA UKM sendiri iaitu Ir. Dato' Dr. Othman A. Karim dan juga pengetua Kolej Dato Onn (KDO) Profesor Datin Noor Aziah Hj Mohd Awal. Program tersebut berlangsung dengan objektif untuk memberi pendedahan mengenai lebih tentang syiah dan bagaimana cara untuk kita mengenali syiah. 

Berikut adalah antara imej yang sempat kami tangkap :








Program tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan dan pihak kami, MKUKM mengharapkan agar program-program yang berilmiah seperti ini dapat dianjurkan dengan lebih kerap untuk terus menyediakan informasi kepada semua mahasiswa/i UKM. 

Sekian, terima kasih. 

Read More

Wednesday, October 9, 2013

Inilah "ABSOLUTE SOLUTION"!


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada hari Rabu (9/10/2013) kira-kira jam 5 petang, delegasi MPP UKM yang diketuai oleh saudari Azreen Malek telah membuat suatu pertemuan bersama Menteri Kewangan II, Dato' Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah  pejabat beliau di MOF Putrajaya (Ministry Of Finance). Ketika pertemuan, saudari Azreen Malek terus lantang menyuarakan luahan hati serta keluh kesah mahasiswa/i UKM berkenaan 2 isu yang semakin kuat bergema dan terus perbualan mahasiswa/i UKM. 


Dua isu yang dibangkitkan oleh saudari Azreen ialah berkenaan isu pembelian Kolej Pendeta Za'aba serta isu AIR yang sejak kebelakangan ini terputus ketika sesi pembelajaran bermula. 



Ketika 2 soalan ini diajukan kepada Dato' Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah, beliau menyatakan bahawa 2 isu tersebut telah pun dibawa ke kabinet malah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin juga telah dimaklumkan perkara tersebut ketika sesi dialog sempena Majlis Ramah Mesra bersama warga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). 

Saudari Azreen Malek menegaskan bahawa kedua-dua isu ini telah pun diselesaikan di pihak atasan dan meminta kepada semua pihak supaya sentiasa berdoa untuk kesejahteraan mahasiswa/i UKM secara keseluruhannya. 

Kami dari kumpulan Media Kampus UKM (MKUKM) mengucapkan syabas serta tahniah atas penyelesaian kedua-dua isu yang menjadi perjuangan MPP Aspirasi sejak tahun 2008 lagi.

Sekian, terima kasih. 

Read More

Thursday, October 3, 2013

Hari interaksi "junior" Kerja Sosial FSSK berjaya!


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada 30/9/2013, hari Isnin yang lepas, telah diadakan suatu program Hari interaksi "junior" Kerja Sosial, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan FSSK, UKM. Ketua pengarah bagi program ini, saudari Soraya binti Mohd Taufik telah berjaya merangka perjalanan program dengan cukup tersusun. Bertempat di sekitar FSSK, antara aktiviti yang dijalankan ialah "Barefoot Friends" dimana kesemua pelajar tahun 1, dibahagikan mengikut kumpulan masing-masing bersama 2 orang Pemudah Cara (PC) daripada tahun 2, untuk melengkapkan "checkpoint" yang sedia ada. Aktiviti ini merapatkan lagi hubungan antara "senior" dan juga "junior" disamping menjalinkan ukhuwah yang cukup baik antara satu sama lain. Program ini melibatkan kesemua mahasiswa/i bagi program kerja sosial, FSSK. Aktiviti ini juga merupakan aktiviti wajib bagi Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) disamping untuk memperkenalkan organisasi dan tujuan penubuhan PEMADAM itu sendiri. 

Berikut adalah gambar ehsan dari laman sosial "facebook" saudari Nur Salwanie :





Pihak Media Kampus UKM (MKUKM) mengucapkan tahniah atas kejayaan program tersebut dan berharap agar program ini dapat dijalankan pada masa-masa yang akan datang. Sekian, terima kasih. 

Read More

Wednesday, October 2, 2013

Tarikh PENTING permohonan zakat


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Sekadar mengingatkan kepada semua mahasiswa/i UKM, jangan lupa untuk memohon zakat UKM kepada semua yang layak untuk memohon.


Permohonan boleh dibuat secara online melalui link di bawah :

http://www.ukm.my/bendahari/zakat.php

Pihak MKUKM sekadar mengingatkan mahasiswa/i supaya memohon bagi mereka yang layak supaya tidak terlepas tarikh-tarikh tersebut. Sekian, terima kasih. 


Read More

Tuesday, October 1, 2013

Kempen kepentingan sarapan. Tahniah Aspirasi Mahasiswa UKM!


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada 30/9/2013 (Isnin), pihak Aspirasi Mahasiswa UKM telah membuat suatu kempen iaitu "Kepentingan Sarapan" di sekitar kampus Bangi, UKM. Aktiviti yang dibawa oleh Aspirasi Mahasiswa ini, membawa satu mesej yang cukup jelas iaitu untuk lebih menekankan tentang kepentingan mengambil sarapan sebelum memulakan hari yang panjang. Hari Isnin pula dipilih berdasarkan kepada jumlah mahasiswa/i UKM yang secara puratanya mempunyai kelas pada pagi hari. 




Pemberian sandwich tersebut adalah lebih kepada di sekitar fakulti dan di tempat menunggu bus. Berikut adalah gambar yang sempat di tangkap oleh kami : 










Pihak MKUKM mengucapkan ribuan terima kasih dan sekalung penghargaan kepada mereka yang berusaha untuk menyediakan sarapan kepada mahasiswa/i UKM. Malah, tinjauan kami mendapati bahawa mahasiswa/i UKM memuji akan usaha yang dilakukan oleh Aspirasi Mahasiswa dan berharap agar program untuk menyedarkan kepentingan sarapan dapat diteruskan dan menjadi sebagai salah satu program tahunan. 

Kami team MKUKM mengucapkan tahniah sekali lagi atas usaha murni ini. Sekian, terima kasih.


Read More

Friday, September 27, 2013

Melestari Transformasi PERSADA FELDA UKM

 Pada Jam 8.30 malam tadi (26/9/13), Permuafakatan Siswa/i Felda telah menganjurkan satu majlis makan malam yang bertajuk Bersama Melestari Transformasi. Majlis makan malam yang dianjurkan ini turut disertai oleh wakil PERSADA universiti-universiti jiran seperti USIM, UIA, dan UM.



"Program Makan Malam Melestari Transformasi PERSADA FELDA UKM, merupakan program yang menyahut Aspirasi Universiti, di mana program ini menggalakkan mahasiswa/i Felda dan juga mahasiswa yang lain untuk terus bergiat aktif di dalam aktiviti berpersatuan, disamping dapat memberi peluang dan ruang kepada mahasiswa/i UKM mengenali FELDA, yang merupakan antara badan yang telah banyak membantu masyarakat daripada segi ekonomi. Program ini telah dihadiri Tuan Haji Khairudin Mohamad, Pengarah Seranta Jabatan Perdana Menteri yang merupakan antara anak Felda yang telah berjaya dan telah berkongsi pengalaman beliau kepada mahasiswa/i agar terus maju dan berusaha kehadapan" kata saudara Muhammad Nazeril Bin AnnuarPengerusi Sekretariat Permuafakatan Siswa/Wi Felda UKM (PERSADA UKM) ketika dihubungi melalui telefon seusai program majlis makan malam tersebut. 





Perkataan Melestari Transformasi dipilih bagi menerapkan kepada generasi Felda yang berada di UKM tentang kesinambungan hasrat universiti sebagai sebagai sebuah institusi dan hasrat Felda untuk melahirkan kepimpinan baru dan mampu membawa Felda dan Malaysia ke persada antarabangsa.

Pihak MKUKM berharap program yang turut melibatkan universiti-universiti jiran ini akan terus di'imarahkan oleh pemimpin-pemimpin muda di UKM.

Sekian, terima kasih. 


#UKMpride #sayastudentUKM #AspirasiMahasiswa


Read More

Entri Hit Tertinggi

ASPIRASI UKM. Powered by Blogger.