Assalamualaikum dan salam 1 ASPIRASI UKM. Tanggal 22/9/2012 ini, semakin rancak sesi MELOBI diri untuk memenangi kerusi yang dipertandingkan. ASPIRASI menyahut penuh seruan untuk berkempen dan di dalam berkempen, perlu ada tatasusila dan tatatertib yang perlu kita sebagai umat Islam patuhi. Pelbagai ragam yang dilakukan oleh Gabungan Mahasiswa demi memenangi kerusi yang dipertandingkan. Antara teknik yang paling gemar dilakukan oleh GABUNGAN MAHASIWA adalah dengan menggunakan "video camera" dan juga "camera DSLR". Malah, teknik keji ini akan ditambah dengan memanipulasikan gambar dan juga video.
Pihak ASPIRASI tidak pernah sama sekali menghalang untuk mereka mengambil gambar mahupun video tetapi ianya perlulah diceritakan dengan betul dan sumber yang sahih. Pihak ASPIRASI sendiri berasa hairan kerana mereka sanggup untuk menggunakan Agama demi perjuangan mereka. Agama seolah-olah menjadi barang permainan dan perkara yang dibuat oleh mereka sahajalah yang betul. Perlu kita fahami bahawa sebagai seorang manusia biasa, kita akan sentiasa membuat kesilapan dan perlu kita perbaiki kesilapan-kesilapan tersebut.
Sifat keanak-anakan pihak GMUKM terserlah apabila sticker yang ditampalkan di bilik salah seorang penghuni kolej telah dikoyakkan dengan begitu tragis. Sewajarnya perkara seperti ini tidak berlaku kerana pihak ASPIRASI menghormati dan memahami keadaan yang sama di GMUKM.
Ternyata, tahap kematangan berpolitik GMUKM masih di tahap yang rendah. Semoga kita sentiasa bersama untuk memperbaiki pihak masing-masing. Sekian, terima kasih.







19 comments:
apE bendeR yg ko tulis niE??
ak x phm la
stakat koyak poster je pon
itu pon satu biliK
lain la kalau TURUN KAIN RENTANG ke
lagi satu, psl amek gambar ngan Video
tak salah rasanya
tu buktinya dier orang kreatif nk tnjuk bukti kalu asspir ada buat salah
XDE ISU BTOL LA. DISSAPPOINTED!!!!
Saudara/i, orang yang baca komen kamu pun rasanya tak faham dengan cara penulisan kamu yang carca merba tu. Pada mula satu bilik, kemudian satu blok, satu kolej, lastly satu UKM. Ini bukan isu sembarangan. Perlu diberi isu yang serius. "kreatif" nya mereka dengan hanya merakam dan mengambil gambar? Ini bermakna, pelajar tahun 1 juga kreatif? Begitu?
Teruskan membaca MediaKampusUKM. Kebajikan Mahasiswa Perjuangan Kami!
kpd admin. saya rujuk komen kamu bertarikh 22/09/2012. terutamanya ayat ini "Pada mula satu bilik, kemudian satu blok, satu kolej, lastly satu UKM. Ini bukan isu sembarangan". adakah kamu mempunyai bukti bahawa gmukm koyak poster pada satu bilik tersebut? kalau adapun, mengapa buat tuduhan bahawa ".......satu blok, satu kolej, lastly satu UKM"? perkara belum berlaku sudah nak tuduh? bukankah ini fitnah tanpa bukti? kalau berani, keluarkan dulu bukti. jangan main tangkap gambar pintu dengan poster terkoyak dan terus fitnah gmukm yang buat. kemudian fitnah lagi sampai tahap ".......satu blok, satu kolej, lastly satu UKM" padahal belum lagi berlaku.
admin oh admin...jangan jadi beruk..dekat kolej ungku omar ko bagi kertas suruh dak2 tampal kat pintu sokong aspirasi..then aku sje cabut smue kertas tu before tidur.bilik baris aku smue aku cabut.then bgn esk pg ad org staplerkn balik..korg ni noob sgt...patutlah
Tak best lah cerita kau dalam entri kali ini.
caca merba??
hadoiii
nk tanya admin ni amek cos ape nih??
ak perati la kn
awl2 perenggan, cakap psl KAMERA DSLR
tetibe last2 ckap psl POSTER KOYAK
MOTIF???
kaya gak penyokong2 GM ni..
mana dtg duit nak beli DSLR ngan ipad?
bagi sebiji kat aspirasi.kesian dieorg tak de duit byk nak beli DSLR.
hat ney ja modai hampa...
patutla bgn lmbt..
kamera xdan nk charge...
nk satu habaq la weh...
kami bole bagi aih..
:D
Blum ada pmukm sehebat sesi yg lepas... sy dah thun 3 saya tahu la apa yg korang buat wahai aspirasi... ade ke undang2 suruh pelajar pak guard d kolej???? ade ke larang parti lawan berkempen d kolej mcm d KBH?? ko buat peraturan sendiri erk??? pastu yg xleh belah ade ke patut pengetua kdo n sekutu2 paksa budak Fpi jd calon aspirasi d fpi??? percuma nama buruk korangg tahu takkk??? ingat student skang bodohh ke ???
student tahun 1 pon mengadu korang dok asyik kutuk2 gmukm... lepas tu dlm meeting paksa2 org undi aspirasi,, ni ape ni paksa2 haaa??? aku harap korang kalah,, cuba korang berdiri sendiri tnpa bntuan kolej n sekutu2 lain?? mmg xmalu laa
Adoyai...
wahai pencacai a.k.a lembu UMNO sekalian,
moga2 korg KALAH lagi kali ni.. :P
assalamualaikum. saya selaku salah seorang warga Ungku Omar, tahun 1. nak ckp y ape y d nyatakan d atas adalah slah sama sekali. kami langsung tak d ajar utk mengutuk or mengeji mana2 pihak. kami tidak d suruh untk memilih mane2 pihak. kami d ajar utk berfikir secara rasional. kami d beri hak kebebasan utk memilih. sumpah demi Allah, kami langsung tak dpaksa.bole jatuh ke dlm fitnah da ni.astaghfirullah..berpolitik politik jugak, tapi stu kena ingat, Allah comes first, ape y keluar dr mulut kita, akn d catit. Astaghfirullah.
ade certain kolej yg buat gitu kpd thn 1 mgkin tidak semua tp jgn menidakkn sememangnya perkara ini berlaku..tahun 1 kena ambil cakna
Tolong jangan jadikan budak tahun 1 sebagai hamba abdi untuk kawal kolej... Tak tau lah kalau tu function DUTA yg sebenarnya... Kawal kolej sampai pukul 3-4 pagi, esoknya ada kelas pulak... Jangan sebab nak jadi pak guard kolej pelajaran entah ke mana... Rasanya tak perlu ada guard pon kolej tu... Bila gmukm masuk kolej lari lintang pukang budak2 tu konon nak kawal kolej... Kan elok kalau kawal tiap2 hari... Takdelah kes2 curi ke apa... Para MEP pun janganlah nak meracuni pemikiran pelajar baru... Cuba berlaku adil sedikit...
Assalamualaikum. Aku merupakan student tahun 3 kat UKM nie. Aku tengok cara politik kampus tak ada beza pun dengan sebelum ini. kalau bukan satu sama lain tak cari salah dan memburuk-burukkan pihak lawan memang tak sah. yang benda remeh pun nak diwar-warkan. kalau ni jadi ukuran tahap keintelektulan. tahniah.
nak tanya, betulkan diorang yang buat? kalau aku sendiri pun tak suka pintu bilik aku ditampal dengan poster or benda-benda annoying. so, aku memamg buang. aku rasa cara tu sangat semak. aku tak sokong mana-mana pihak tapi harap korang semua murnikan dan teluskan niat.
kecoh je lebih.
aper lar korang nie gduh2 x elok lar der....x leh ker baik2....bak kate cheer....(kita kawankn)x3 with correct tone....
salam sejahtera. saya rasa kalian tidak perlu bergaduh sesama sendiri. lebih elok sekiranya kalian memikirkan bagaimana hendak merealisasikan manifesto yang dijanji. kepercayaan adalah terletak pada keikhlasan dan nilai tanggungjawab itu sendiri. <3 UKM.
Korang sepatutnya mencontohi aspirasi. Diorang tak pernah mempergunakan agama untuk tujuan politik. bagi mereka agama ni setakat solat lima waktu je.
Post a Comment