Photobucket

Saturday, September 22, 2012

GMUKM panas hati hanya sebab STICKER?


Assalamualaikum dan salam 1 ASPIRASI UKM. Tanggal 22/9/2012 ini, semakin rancak sesi MELOBI diri untuk memenangi kerusi yang dipertandingkan. ASPIRASI menyahut penuh seruan untuk berkempen dan di dalam berkempen, perlu ada tatasusila dan tatatertib yang perlu kita sebagai umat Islam patuhi. Pelbagai ragam yang dilakukan oleh Gabungan Mahasiswa demi memenangi kerusi yang dipertandingkan. Antara teknik yang paling gemar dilakukan oleh GABUNGAN MAHASIWA adalah dengan menggunakan "video camera" dan juga "camera DSLR". Malah, teknik keji ini akan ditambah dengan memanipulasikan gambar dan juga video. 







Pihak ASPIRASI tidak pernah sama sekali menghalang untuk mereka mengambil gambar mahupun video tetapi ianya perlulah diceritakan dengan betul dan sumber yang sahih. Pihak ASPIRASI sendiri berasa hairan kerana mereka sanggup untuk menggunakan Agama demi perjuangan mereka. Agama seolah-olah menjadi barang permainan dan perkara yang dibuat oleh mereka sahajalah yang betul. Perlu kita fahami bahawa sebagai seorang manusia biasa, kita akan sentiasa membuat kesilapan dan perlu kita perbaiki kesilapan-kesilapan tersebut. 

Sifat keanak-anakan pihak GMUKM terserlah apabila sticker yang ditampalkan di bilik salah seorang penghuni kolej telah dikoyakkan dengan begitu tragis. Sewajarnya perkara seperti ini tidak berlaku kerana pihak ASPIRASI menghormati dan memahami keadaan yang sama di GMUKM. 


Ternyata, tahap kematangan berpolitik GMUKM masih di tahap yang rendah. Semoga kita sentiasa bersama untuk memperbaiki pihak masing-masing. Sekian, terima kasih. 

KEBAJIKAN MAHASISWA, PERJUANGAN KAMI!




19 comments:

garukepala said...
This comment has been removed by a blog administrator.
ASPIRASI UKM said...

Saudara/i, orang yang baca komen kamu pun rasanya tak faham dengan cara penulisan kamu yang carca merba tu. Pada mula satu bilik, kemudian satu blok, satu kolej, lastly satu UKM. Ini bukan isu sembarangan. Perlu diberi isu yang serius. "kreatif" nya mereka dengan hanya merakam dan mengambil gambar? Ini bermakna, pelajar tahun 1 juga kreatif? Begitu?

Teruskan membaca MediaKampusUKM. Kebajikan Mahasiswa Perjuangan Kami!

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Muhammad Afiq said...
This comment has been removed by a blog administrator.
garuketiak said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

hat ney ja modai hampa...
patutla bgn lmbt..
kamera xdan nk charge...
nk satu habaq la weh...
kami bole bagi aih..
:D

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

student tahun 1 pon mengadu korang dok asyik kutuk2 gmukm... lepas tu dlm meeting paksa2 org undi aspirasi,, ni ape ni paksa2 haaa??? aku harap korang kalah,, cuba korang berdiri sendiri tnpa bntuan kolej n sekutu2 lain?? mmg xmalu laa

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
epuleary said...

assalamualaikum. saya selaku salah seorang warga Ungku Omar, tahun 1. nak ckp y ape y d nyatakan d atas adalah slah sama sekali. kami langsung tak d ajar utk mengutuk or mengeji mana2 pihak. kami tidak d suruh untk memilih mane2 pihak. kami d ajar utk berfikir secara rasional. kami d beri hak kebebasan utk memilih. sumpah demi Allah, kami langsung tak dpaksa.bole jatuh ke dlm fitnah da ni.astaghfirullah..berpolitik politik jugak, tapi stu kena ingat, Allah comes first, ape y keluar dr mulut kita, akn d catit. Astaghfirullah.

Anonymous said...

ade certain kolej yg buat gitu kpd thn 1 mgkin tidak semua tp jgn menidakkn sememangnya perkara ini berlaku..tahun 1 kena ambil cakna

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Assalamualaikum. Aku merupakan student tahun 3 kat UKM nie. Aku tengok cara politik kampus tak ada beza pun dengan sebelum ini. kalau bukan satu sama lain tak cari salah dan memburuk-burukkan pihak lawan memang tak sah. yang benda remeh pun nak diwar-warkan. kalau ni jadi ukuran tahap keintelektulan. tahniah.
nak tanya, betulkan diorang yang buat? kalau aku sendiri pun tak suka pintu bilik aku ditampal dengan poster or benda-benda annoying. so, aku memamg buang. aku rasa cara tu sangat semak. aku tak sokong mana-mana pihak tapi harap korang semua murnikan dan teluskan niat.

Harith said...

kecoh je lebih.

@k@_ch!k_09 said...

aper lar korang nie gduh2 x elok lar der....x leh ker baik2....bak kate cheer....(kita kawankn)x3 with correct tone....

Vincent said...

salam sejahtera. saya rasa kalian tidak perlu bergaduh sesama sendiri. lebih elok sekiranya kalian memikirkan bagaimana hendak merealisasikan manifesto yang dijanji. kepercayaan adalah terletak pada keikhlasan dan nilai tanggungjawab itu sendiri. <3 UKM.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.

Entri Hit Tertinggi

ASPIRASI UKM. Powered by Blogger.