Photobucket

Friday, September 14, 2012

Isu TNC HEPA UKM, usah dilupakan!


Assalamualaikum dan salam 1 ASPIRASI UKM. "Usah kita lupa". Itulah sewajarnya ayat yang perlu kita ingat tentang isu TNC HEPA UKM yang giat dipaparkan dalam laman sesawang pembangkang HarakahDaily. Di pihak ASPIRASI, kami tidak menyokong MEDIUM yang digunakan oleh GMUKM yang menggunakan laman sesawang HarakahDaily. Sewajarnya GMUKM mengambil inisiatif untuk bertemu secara bersemuka dan berbincang tentang permasalahan ini. Penglibatan pihak ketiga dalam isu dalaman universiti hanya akan membuatkan isu ini menjadi semakin besar dan mengakibatkan nama baik UKM sendiri tercemar pada pandangan pihak luar. Universiti Kebangsaan Malaysia yang menjadi tumpuan golongan-golongan profesional dan pemikir kini sudah semakin rancak dilabel sebagai universiti yang mempunyai masalah. 

Isunya tidak besar. Hanya melibatkan dalaman universiti tetapi dengan tindakan yang diambil oleh GMUKM dengan menggunakan medium pro pembangkang sekaligus menutup 1001 kebaikan yang telah dibuat oleh ayahanda TNC HEPA UKM sendiri. TNC HEPA UKM yang banyak berjasa kepada UKM dengan mendekati mahasiswa melalui caranya tersendiri akhirnya dikecam oleh GMUKM tanpa sebarang fakta mahupun peraturan. Ini adalah repons yang dikeluarkan oleh TNC HEPA UKM sendiri tentang isu ini : 

"Sedikit terkilan pagi ini apabila usaha memberikan yang terbaik untuk MPP sedikit tercemar dengan artikel "Minggu Mesra Pelajar UKM tercemar" yang tersebar luas. Seolah-olah semua kebaikan semasa majlis pendaftaran semalam terpadam begitu sahaja.

Terpanggil untuk menjelaskan tetapi siang tadi mengambil pendekatan memujuk diri dengan mengatakan "Saya berpuasa".. Alhamdulillah.


Sekadar menjelaskan, bagi saya artikel berkenaan berniat tidak baik yang ingin mencemarkan nama UKM yang disertakan dengan klip gambar yang sengaja dipilih bagi menampakkan seolah-olah saya sedang marah. Ditambah pula dengan posting yang juga bagi saya berniat jahat "TNCHEPA VS PMUKM". 


Ketika itu saya menjelaskan kepada seorang MANTAN MPP kedudukan MPP kini. I have nothing against PMUKM kerana PMUKM tiada dalam akta. Tetapi tempoh MPP yang dilantik yang telah tamat pada hujung bulan Jun lepas. Ini dipersetujui bersama menerusi perbincangan antara saya, mantan presiden MPP dan Naib Canselor sendiri dan jelas didalam surat penyambungan tempoh. Juga dipersetujui dalam perbincangan dengan semua MPP di Bilik Majlis. Makanya saya rasa tak wajar masih menggunakan nama MPP atau apa jua nama jawatan dalam MPP apatah lagi kalau statusnya "KONVOKESYEN / TAMAT PENGAJIAN" - bermakna status sebagai pelajar juga telah tamat. 


Wallahu'alam. Apapun ini bukan kali pertama penjelasan saya diputarbelitkan. Saya juga telah menulis kepada laman yang menyiarkan artikel tersebut bahwa terdapat maklumat yang tidak betul. Bagi saya yang penting sekarang bagaimana hendak memastikan kebajikan pelajar UKM terjaga dan ini amanah yang saya pikul sebagai TNC HEPA. Semoga Allah memberi kekuatan kepada saya...


♥ UKM"





Gambar di atas merupakan gambar yang dipaparkan di laman sesawang pro pembangkang yang diputar belitkan oleh penceritaan sendiri GMUKM. Jasa yang telah dicurahkan oleh ayahanda TNC HEPA UKM terus dilupakan oleh GMUKM membuatkan mahasiswa kurang senang dengan tindakan pemimpin tertinggi GMUKM yang semakin melampaui batas. 



Poster di atas dibuat oleh salah seorang mahasiswa UKM yang tahu dan faham erti dan penat lelah sebagai seorang pemimpin lebih-lebih lagi pemimpin di sesebuah universiti. Kami berterima kasih kepada Prof kerana memerah keringat demi UKM tercinta. Jasamu tidak dapat kami balas. 

TERIMA KASIH TNC HEPA UKM! 

0 comments:

Entri Hit Tertinggi

ASPIRASI UKM. Powered by Blogger.