Photobucket

Sunday, September 16, 2012

Selamat Hari Malaysia dari Sekretariat ASPIRASI!


Assalamualaikum dan salam 1 ASPIRASI. Hari ini, merupakan antara hari paling bersejarah dalam tarikh kalendar Malaysia di mana pada tarikh ini, Malaysia menyambut hari Malaysia iaitu hari di mana Malaysia mula terbentuk. Ulang tahun yang ke-49 ini, banyak mengajar kita untuk mengenali dengan lebih dekat tentang sejarah Malaysia ini dicipta dengan keringat para pejuang dan hasil titik peluh nenek moyang kita. 

Bukan mudah untuk kita membina masyarakat Malaysia tanpa ada pemimpin-pemimpin yang bijaksana dan arif tentang pembangunan Malaysia; cara dan bagaimana mahu membangunkan sesebuah negara. Generasi Y pada hari ini, sewajarnya bersyukur dan menikmati kebebasan yang ada pada hari ini sebagai sebuah kejayaan kerana tidak mudah untuk kita kecapi nikmat sebegini rupa. 


TETAPI, sayang seribu kali sayang. Di Malaysia, sentiasa ada pihak-pihak yang gagal memanfaatkan akal fikiran mereka dan sentiasa mencipta huru-hara di sana sini demi menjayakan ideologi politik masing-masing. ASPIRASI sentiasa menggunakan pendekatan demokrasi dan "duduk semeja berbincang" berbanding Gabungan Mahasiswa yang sentiasa ingin menentang pihak pentadbiran universiti. ASPIRASI percaya, mahasiswa kini, tahu menilai sendiri. 


Kekecohan sentiasa dicipta. Fitnah sentiasa ditaburkan. Huru-hara di sana sini. ASPIRASI menentang keras tindakan-tindakan yang menjatuhkan nama baik UKM. 


Perlu kita ingat, Malaysia pada hari ini bukannya jatuh daripada langit. Malaysia pada hari ini, bukannya tercipta dengan sendirinya. Malaysia pada hari ini tercipta hasil kebijaksaan para pemimpin terdahulu dan hasil titik peluh para pejuang datuk nenek moyang kita. Kita sewajarnya merafakkan kesyukuran dan kita wajib mengekalkan keamanan yang sedia ada demi masa hadapan cucu cicit kita agar kita dapat meninggalkan Malaysia yang harmoni, bebas dan sejahtera. 

Selamat hari Malaysia :) 

Sekian, terima kasih. 





0 comments:

Entri Hit Tertinggi

ASPIRASI UKM. Powered by Blogger.