Photobucket

Saturday, July 13, 2013

[PENTING] Soalan lazim mahasiswa/i sesi kemasukan baharu


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia. Pertama sekali kami daripada kumpulan Media Kampus UKM (MKUKM) ingin mengucapkan SELAMAT DATANG ke UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA dan TAHNIAH kerana berjaya dipilih ke universiti yang penuh dengan kecemerlangan dari segi akademik mahupun kokurikulum. 


Di sini kami lampirkan soalan-soalan yang kebiasaannya akan ditanya oleh mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia 


1) Berapakah yuran kemasukan UKM dan bagaimana caranya untuk membayar?


Jawapan : Pertama, yuran adalah bergantung kepada KOLEJ dan juga bergantung kepada FAKULTI atau lebih tepat, KURSUS yang anda ambil. Lain kolej, dan fakulti, lain jumlahnya. Itu bergantung kepada situasi anda. Kedua, buat masa kini, terdapat dua kaedah pembayaran yuran, pertama, melalui sistem "bank-in" atau lebih tepat, pembayaran dilakukan dengan memasukkan duit secara "bank-in" ke dalam akaun bank Bendahari UKM melalui BIMB (Bank Islam Malaysia Berhad). Resit yang telah diterima setelah pembayaran secara "bank-in" hendaklah disimpan sebagai bukti dan hendaklah diserahkan kepada pihak bendahari di Canselori UKM (Boleh lihat di peta UKM). Kedua, adalah melalui pembayaran secara tunai (manual) iaitu pembayaran tunai terus ke pihak Bendahari, di Canselori. Untuk memudahkan pembayaran yuran, pihak kami menggalakkan mahasiswa/i, supaya membayar yuran terus ke pihak Canselori untuk memudahkan urusan pembayaran yuran. 





2) Bagaimana pemakaian mahasiswa/i UKM sewaktu Minggu Mesra Melajar (MMP)?


Jawapan : Bagi mahasiswa, anda dikehendaki memakai baju kemeja putih berlengan panjang, berseluar hitam (seluar slack) dan tie UKM (akan diserahkan sewaktu pendaftaran di kolej). Ini adalah gaya pemakaian UKM bagi mahasiswa ketika MMP. Mahasiswa juga hendaklah membawa bersama kasut berkulit yang berwarna hitam dan pastikan rambut ketika pendaftaran dalam keadaan kemas dan disikat rapi. Untuk pemakaian baju, terdapat sesetengah slot yang akan ditentukan oleh kolej masing-masing (mengikut kolej). 


Bagi mahasiswi pula, SEMUA (merangkumi semua bangsa) mahasiswi DIWAJIBKAN memakai baju kurung berwarna biru dan kasut hitam bertutup. Bagi yang beragama Islam, anda diwajibkan memakai tudung putih sepanjang MMP.  Bagi yang bukan beragama Islam, rambut anda hendaklah diikat dengan kemas (jika panjang). 


3) Tahun 1, boleh bawa kenderaan atau tidak?


Jawapan : Boleh tetapi hanya motorsikal sahaja. Kereta TIDAK DIBENARKAN bagi tahun mahasiswa/i tahun 1. Bagi motorsikal, anda hendaklah mendaftar di Wisma Aman, UKM untuk membenarkan anda menunggang motorsikal di dalam lingkungan universiti. 


4) Saya berasal dari Johor dan saya tidak mempunyai kenderaan. Adakah terdapat kemudahan pengangkutan di sekitar kawasan Bangi atau Kajang?


Jawapan : Di UKM, terdapat pelbagai kemudahan pengangkutan disediakan. Antaranya ialah bas "shuttle" yang menghantar pelajar ke stesen Komuter UKM. Kemudian, anda boleh ke perhentian terminal One di Seremban ataupun BTS (Bandar Tasek Selatan) untuk meneruskan perjalanan anda ke rumah anda. Ataupun anda juga boleh menaiki bas Rapit KL untuk ke perhentian Kajang yang menyediakan perkhidmatan bas ke seluruh semenanjung Malaysia. 


5) Bantal disediakan tak?

Jawapan : Bantal tidak disediakan. Anda hendaklah membawa bantal daripada rumah. Atau membeli daripada kedai yang berhampiran. 


6) Saya daripada Sabah dan Sarawak. Saya tidak mempunyai saudara di Semenanjung Malaysia, jadi siapa yang akan menjemput saya?


Jawapan : Anda perlu mendapatkan nombor telefon bagi kolej anda (rujuk kepada surat tawaran). Hubungi nombor tersebut pada waktu pejabat dan anda hendaklah memaklumkan secepat yang mungkin untuk memudahkan proses pengambilan. Apabila anda selamat sampai di lapangan terbang, akan terdapat pihak yang akan menjemput anda (wakil setiap kolej)


7) Saya datang dari jauh dan saya bercadang untuk bermalam bersama keluarga di UKM kerana saya datang awal daripada hari pendaftaran. Jadi dimana keluarga saya boleh bermalam?


Jawapan : Tidak perlu risau. Di dalam UKM sendiri terdapat hotel yang disediakan. Anda cuma perlu menempah di laman web berikut secepat mungkin 


klik sini : Puri Pujangga UKM


8) Saya tiada kenderaan. Malah, fakulti dan kolej saya jauh. Adakah terdapat kemudahan pengangkutan di UKM?

Jawapan : Ada. Di UKM, disediakan perkhidmatan bas "shuttle" yang akan menghantar mahasiswa/i ke Kolej - Fakulti - Kolej. 


9) Apakah kemudahan yang terdapat di UKM?

Jawapan : Sila klik di sini Kemudahan di UKM


10) Bagaimana pemakaian sewaktu ke kuliah?


Jawapan : Bagi mahasiswa, anda hendaklah berpakaian t-shirt berkolar, seluar panjang, dan berkasut. Bagi mahasiswi, tidak dibenarkan sama sekali untuk berpakaian menjolok mata dan hendaklah sopan serta menutup aurat bagi yang beragama Islam. 


Sebarang cadangan, penambahbaikan atau pertanyaan boleh diajukan di ruangan komentar di bawah. 



Sekian, terima kasih.

1 comments:

Anonymous said...

yg bju putih tu, mmg yg btul2 kosong or kalo ade yg mcm line tu mmg xley ke??

Entri Hit Tertinggi

ASPIRASI UKM. Powered by Blogger.