Photobucket

Wednesday, October 9, 2013

Inilah "ABSOLUTE SOLUTION"!


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada hari Rabu (9/10/2013) kira-kira jam 5 petang, delegasi MPP UKM yang diketuai oleh saudari Azreen Malek telah membuat suatu pertemuan bersama Menteri Kewangan II, Dato' Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah  pejabat beliau di MOF Putrajaya (Ministry Of Finance). Ketika pertemuan, saudari Azreen Malek terus lantang menyuarakan luahan hati serta keluh kesah mahasiswa/i UKM berkenaan 2 isu yang semakin kuat bergema dan terus perbualan mahasiswa/i UKM. 


Dua isu yang dibangkitkan oleh saudari Azreen ialah berkenaan isu pembelian Kolej Pendeta Za'aba serta isu AIR yang sejak kebelakangan ini terputus ketika sesi pembelajaran bermula. 



Ketika 2 soalan ini diajukan kepada Dato' Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah, beliau menyatakan bahawa 2 isu tersebut telah pun dibawa ke kabinet malah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin juga telah dimaklumkan perkara tersebut ketika sesi dialog sempena Majlis Ramah Mesra bersama warga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). 

Saudari Azreen Malek menegaskan bahawa kedua-dua isu ini telah pun diselesaikan di pihak atasan dan meminta kepada semua pihak supaya sentiasa berdoa untuk kesejahteraan mahasiswa/i UKM secara keseluruhannya. 

Kami dari kumpulan Media Kampus UKM (MKUKM) mengucapkan syabas serta tahniah atas penyelesaian kedua-dua isu yang menjadi perjuangan MPP Aspirasi sejak tahun 2008 lagi.

Sekian, terima kasih. 

0 comments:

Entri Hit Tertinggi

ASPIRASI UKM. Powered by Blogger.