Assalammualaikum dan salam sejahtera. Pada 17 Mei yang lalu, Sekretariat Aspirasi UKM yang diketuai oleh MPP ASPIRASI UKM, saudara Mohd Fadzil Bin Razali telah bekerjasama dengan pihak Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi mengadakan lawatan akademik di Universiti Kebangsaan Malaysia. Fakulti yang terpilih untuk program ini adalah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, FSSK.
Program ini merupakan program lawatan HR TOUR UTM dan merupakan program perkongsian ilmu antara pelajar UKM dan UTM. Sekretariat ASPIRASI selaku pemudah cara program telah menguruskan perjalanan dan pergerakan pelajar UTM malah memberikan info-info berguna supaya peserta-peserta UTM dapat mengenali UKM dengan lebih mendalam.
MPP Aspirasi UKM, Mohd Fadzil Razali sedang memberikan penerangan tentang UKM
Program kali ini mengandungi lawatan peserta ke Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan dan sekitar Pusanika, ucapan dari kedua-dua pihak universiti, sesi Q&A mengenai Universiti Kebangsaan Malaysia, malah Sekretariat Aspirasi UKM turut membawa mereka melawat DECTAR dan Masjid UKM yang merupakan kebanggaan warga UKM.
Ucapan wakil Sekretariat Aspirasi UKM
Program tamat pada jam 7.00 petang dan sekretariat Aspirasi UKM menghantar peserta dari UTM pulang ke Kolej Idris Al-Marbawi. Ternyata peserta UTM amat gembira dan mendapat pelbagai info berguna disepanjang lawatan akademik mereka ke UKM ini.
Ternyata, mereka amat menghargai program yang dimudahcarakan Sekretariat Aspirasi UKM ini dan berharap dapat bekerjasama lagi. Sekian,
Teguh, Setia, Bersatu !
2 comments:
Kami mohon sangat2 agar semua anak2 muda mengundi PR pada PRU ke-13. Mesti undi PAS, PKR dan DAP. Kita mesti ambil serius soal ekonomi dan perpaduan kaum. BN telah meninggalkan banyak hutang di setiap negeri. Ini akan membebankan kita.. Percayalah. Lihat sendiri selangor, bila PR memerintah, hutang selesai. Mereka pun tahu tapi tetap mahu menafikannya.. sememangnya betul..
Terang2 tak wujud perpaduan dalam BN. MCA dan MIC terang2 menolak BN.
Pastikan anda memberitahu rakan2, emak ayah dan saudara yang kurang tahu soal ekonomi dan perpaduan kaum.... Walaupun terpaksa berada dlm kem BN dan UMNO, pastikan undi anda tetap kpd PR.... Yakin dan percayalah, anda tak rugi apa2 jika bg peluang kpd PR malah untung..
Jika adik2 semua tak yakin, buktikan video dibawah adalah tidak benar
http://www.youtube.com/watch?v=TtEnNzCwXCk&feature=player_embedded
Kekejaman Terhadap Orang Muda - ( Lihat sendiri BUKTI, Kenapa kami KELUAR UMNO dan TAKKAN kembali lagi. Buktikan jika ia PALSU )
1~BUKTI 1 * (MESTI TONTON)
2~BUKTI 2 * (HOT)
3~BUKTI 3
4~BUKTI 4
5~BUKTI 5 * (HOT)
6~BUKTI 6
7~BUKTI 7
8~BUKTI 8
9~BUKTI 9
10~BUKTI 10
~ Orang Muda Geng Kita - Usaha Dengan Doa ~
p/s: Ubahsuai (copy&paste) dari 'Adik Sayang'
amende ni tiba-tiba? komen tiada kaitan langsung dengan entry -.-
Post a Comment