Photobucket

Saturday, May 5, 2012

Memorandum isu CESMED : Pertemuan Dengan TNC HEPA DAN TNC HAA

MEMORANDUM BERKAITAN DENGAN SUBJEK INOVASI DAN KEUSAHAWANAN (CESMED) TAHUN 1 DARIPADA: 
AHLI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA KEPADA PROF DATUK DR NOOR AZLAN GHAZALI DAN PROF IR DR OTHMAN A. KARIM, TIMBALAN NAIB CANSELOR HAL EHWAL AKADEMIK DAN ANTARABANGSA SERTA TIMBALAN NAIB CANSELOR HAL EHWAL PELAJAR DAN ALAUMNI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. 

Merujuk kepada tajuk memorandum yang disebutkan, adalah dengan ini kami, ahli-ahli Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia merasa terpanggil dengan situasi yang dihadapi oleh para pelajar tahun 1 sesi akademik 2011/2012. Berdasarkan sedikit kajian oleh pihak kami, masalah-masalah berikut telah dihadapi oleh para pelajar antaranya:- 



1. Pertembungan jadual kuliah utama CESMED dengan subjek lain pelajar yang penting seperti Wajib Major dan Wajib Fakulti dan menyebabkan mereka terpaksa memilih antara dua subjek tersebut 

2. Sistem pengurusan pendaftaran yang tidak tersusun menyebabkan kekalutan terutamanya ketika kuliah utama bersurai dan kad matrik pelajar yang diberi kepada pegawai yang bertugas mempunyai kemungkinan untuk hilang ketika proses pengembalian semula dilakukan Sehubungan dengan itu, pihak kami dengan rendah hati ingin mencadangkan bebrapa solusi yang dirasakan bersesuian dengan masalah yang dihadapi oleh para pelajar seperti:- 

1. Menetapkan satu waktu atau hari yang khusus bagi kelas CESMED, contohnya pada hari Rabu pada sebelah petang dan waktu ini mesti dikosongkan oleh pihak fakulti bagi memudahkan para pelajar bagi mengikuti subjek ini. Kerjasama antara pihak CESMED bersama dengan pihak fakulti dapat menambah keberkesanan subjek ini kepada pelajar .

2. Pengurusan pendaftaran yang sistematik tanpa melibatkan pengambilan kad matrik pelajar yang merupakan identifikasi diri pelajar di dalam UKM dan terdapat beberapa kes pelajar yang tidak dapat mengambil semula kad matrik mereka dalam keadaan terburu-buru ingin pulang ke kolej masing-masing .

3. Pembahagian fakulti mengikut semester juga boleh dipraktikkan bagi mengurangkan kesesakan dan kepadatan pelajar yang mengikuti kelas ini sebagaimana yang dipraktikkan oleh subjek TITAS dan Hubungan Etnik .

Pihak kami mengharapkan dengan adanya cadangan daripada pihak kami dapat membantu memacu UKM ke arah yang lebih tinggi lagi seiring dengan gelaran university penyelidikan dan berautonomi .

Disediakan Oleh 
Muhammad Helmi Othman 
Ahli Majlis Perwakilan Pelajar 
merangkap Wakil Presiden Urusetia Aspirasi 
Universiti Kebangsaan Malaysia.




*Tambahan perbincangan juga meliputi, mengenai tujuan cesmed ditubuhkan, peperiksaan yang lebih telus melalui on line, selain penjelasan TNC HEPA dan HAA megenai kopetensi atau kecekapan tenaga pengajar, keberkesanan dan KPI. Prinsip kami jelas, mahu CESMED diteruskan kerana ianya adalah satu usaha murni UKM untuk membudayakan keusahawanan dalam kalangan pelajar selain menjadi penyokong kepada pelan transformasi dan aspirasi kerajaan. Cuma dalam proses itu kami ASPIRASI UKM dengan rendah hati mencadangkan penambahbaikan agar CESMED terus mantap, profesional dan diminati oleh pelajar. Terima kasih juga pada rakan-rakan yg sudi bersama-sama berusaha menyumbangkan idea dan pandangan serta sentiasa memastikan usaha murni UKM ini disokong bukan direbahkan. Sekian.

TEGUH, SETIA, BERSATU!

1 comments:

Anonymous said...

phewitt,abang pali hamid...wakil kejut,phewitt

Entri Hit Tertinggi

ASPIRASI UKM. Powered by Blogger.