Tuesday, May 22, 2012

Berita Terkini Saudara Mohamad Khalil Saipi

              Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Kami dari Sekretariat Aspirasi UKM prihatin dengan apa yang berlaku kepada Saudara Mohamad Khalil Saipi pelajar tahun 3, program Geografi Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), juga merupakan mantan Presiden Permuafakatan Siswa Siswi Felda (Persada) UKM dan penghuni Kolej Burhanuddin Helmi.

Untuk pengetahuan, saudara khalil kini ditempatkan di wad ICU, Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban, Negeri Sembilan kerana telah mengalami kecederaan parah disebabkan kemalangan jalan raya di susur keluar Seremban pada lebih kurang pukul 4petang. Kemalangan berlaku apabila motor yang dinaikinya melanggar sebuah lori. 

Saudara khalil mengalami patah kedua-dua belah tangan, kaki kiri dan pinggul kanan. Maklumat ini diperolehi oleh ahli Kelab Aspirasi yang melawat khalil dan keluarga di HTJ pada 20hb Mei yang lalu. Wakil kami juga telah berjumpa dengan ibubapa khalil dan memberi kata semangat kepada mereka sekeluarga. Semoga keluarga saudara khalil tabah menghadapi ujian Allah.

Pada 21hb Mei, kami mendapat berita saudara khalil telah memberi perubahan positif. Marilah sama-sama kita mendoakan semoga Saudara Mohamad Khalil Saipi cepat sembuh.

Kami dari Sekretariat Aspirasi sentiasa mendoakan semoga Khalil cepat sembuh dan diberi kekuatan oleh Allah SWT dalam menghadapi ujian yang DIA berikan. Kebajikan anda, perjuangan kami.


Sekian,

Read More

Sunday, May 20, 2012

Lawatan Akademik Sekitar FSSK dari UTM dengan kerjasama Sekretariat Aspirasi UKM

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Pada 17 Mei yang lalu, Sekretariat Aspirasi UKM yang diketuai oleh MPP ASPIRASI UKM, saudara Mohd Fadzil Bin Razali telah bekerjasama dengan pihak Universiti Teknologi  Malaysia (UTM) bagi mengadakan lawatan akademik di Universiti Kebangsaan Malaysia. Fakulti yang terpilih untuk program ini adalah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, FSSK.

Program ini merupakan program lawatan HR TOUR UTM dan merupakan program perkongsian ilmu antara pelajar UKM dan UTM. Sekretariat ASPIRASI selaku pemudah cara program telah menguruskan perjalanan dan pergerakan pelajar UTM malah memberikan info-info berguna supaya peserta-peserta UTM dapat mengenali UKM dengan lebih mendalam.  

MPP Aspirasi UKM, Mohd Fadzil Razali sedang memberikan penerangan tentang UKM


Program kali ini mengandungi lawatan peserta ke Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan dan sekitar Pusanika, ucapan dari kedua-dua pihak universiti, sesi Q&A mengenai Universiti Kebangsaan Malaysia, malah Sekretariat Aspirasi UKM turut membawa mereka melawat DECTAR dan Masjid UKM yang merupakan kebanggaan warga UKM. 










Ucapan wakil Sekretariat Aspirasi UKM 



Program tamat pada jam 7.00 petang dan sekretariat Aspirasi UKM menghantar peserta dari UTM pulang ke Kolej Idris Al-Marbawi. Ternyata peserta UTM amat gembira dan mendapat pelbagai info berguna disepanjang lawatan akademik mereka ke UKM ini.



Ternyata, mereka amat menghargai program yang dimudahcarakan Sekretariat Aspirasi UKM ini dan berharap dapat bekerjasama lagi. Sekian, 

Teguh, Setia, Bersatu !
Read More

Friday, May 18, 2012

Selamat Ulang Tahun UKM Ke-42 !


Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Kami dari barisan perwakilan Sekretariat Aspirasi Univerisiti Kebangsaan Malaysia mengucapkan, 


Semoga dengan ulang tahun varsiti kita yang ke-42 ini akan lebih menganjakkan pencapaian UKM dan seluruh warganya kehadapan seiring dengan misi dan visi Universiti Kebangsaan Malaysia. Kami dari sekretariat Aspirasi UKM akan terus memberi sokongan padu kepada program-program rancangan UKM yang melibatkan peningkatan modal insan kelas pertama kepada warga UKM, serta yang melibatkan kebajikan mahasiswa/i UKM itu sendiri. Sekian, 

Teguh, Setia, Bersatu bersama UKM selama 42 tahun !
Read More

Saturday, May 5, 2012

Memorandum isu CESMED : Pertemuan Dengan TNC HEPA DAN TNC HAA

MEMORANDUM BERKAITAN DENGAN SUBJEK INOVASI DAN KEUSAHAWANAN (CESMED) TAHUN 1 DARIPADA: 
AHLI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA KEPADA PROF DATUK DR NOOR AZLAN GHAZALI DAN PROF IR DR OTHMAN A. KARIM, TIMBALAN NAIB CANSELOR HAL EHWAL AKADEMIK DAN ANTARABANGSA SERTA TIMBALAN NAIB CANSELOR HAL EHWAL PELAJAR DAN ALAUMNI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. 

Merujuk kepada tajuk memorandum yang disebutkan, adalah dengan ini kami, ahli-ahli Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia merasa terpanggil dengan situasi yang dihadapi oleh para pelajar tahun 1 sesi akademik 2011/2012. Berdasarkan sedikit kajian oleh pihak kami, masalah-masalah berikut telah dihadapi oleh para pelajar antaranya:- 



1. Pertembungan jadual kuliah utama CESMED dengan subjek lain pelajar yang penting seperti Wajib Major dan Wajib Fakulti dan menyebabkan mereka terpaksa memilih antara dua subjek tersebut 

2. Sistem pengurusan pendaftaran yang tidak tersusun menyebabkan kekalutan terutamanya ketika kuliah utama bersurai dan kad matrik pelajar yang diberi kepada pegawai yang bertugas mempunyai kemungkinan untuk hilang ketika proses pengembalian semula dilakukan Sehubungan dengan itu, pihak kami dengan rendah hati ingin mencadangkan bebrapa solusi yang dirasakan bersesuian dengan masalah yang dihadapi oleh para pelajar seperti:- 

1. Menetapkan satu waktu atau hari yang khusus bagi kelas CESMED, contohnya pada hari Rabu pada sebelah petang dan waktu ini mesti dikosongkan oleh pihak fakulti bagi memudahkan para pelajar bagi mengikuti subjek ini. Kerjasama antara pihak CESMED bersama dengan pihak fakulti dapat menambah keberkesanan subjek ini kepada pelajar .

2. Pengurusan pendaftaran yang sistematik tanpa melibatkan pengambilan kad matrik pelajar yang merupakan identifikasi diri pelajar di dalam UKM dan terdapat beberapa kes pelajar yang tidak dapat mengambil semula kad matrik mereka dalam keadaan terburu-buru ingin pulang ke kolej masing-masing .

3. Pembahagian fakulti mengikut semester juga boleh dipraktikkan bagi mengurangkan kesesakan dan kepadatan pelajar yang mengikuti kelas ini sebagaimana yang dipraktikkan oleh subjek TITAS dan Hubungan Etnik .

Pihak kami mengharapkan dengan adanya cadangan daripada pihak kami dapat membantu memacu UKM ke arah yang lebih tinggi lagi seiring dengan gelaran university penyelidikan dan berautonomi .

Disediakan Oleh 
Muhammad Helmi Othman 
Ahli Majlis Perwakilan Pelajar 
merangkap Wakil Presiden Urusetia Aspirasi 
Universiti Kebangsaan Malaysia.




*Tambahan perbincangan juga meliputi, mengenai tujuan cesmed ditubuhkan, peperiksaan yang lebih telus melalui on line, selain penjelasan TNC HEPA dan HAA megenai kopetensi atau kecekapan tenaga pengajar, keberkesanan dan KPI. Prinsip kami jelas, mahu CESMED diteruskan kerana ianya adalah satu usaha murni UKM untuk membudayakan keusahawanan dalam kalangan pelajar selain menjadi penyokong kepada pelan transformasi dan aspirasi kerajaan. Cuma dalam proses itu kami ASPIRASI UKM dengan rendah hati mencadangkan penambahbaikan agar CESMED terus mantap, profesional dan diminati oleh pelajar. Terima kasih juga pada rakan-rakan yg sudi bersama-sama berusaha menyumbangkan idea dan pandangan serta sentiasa memastikan usaha murni UKM ini disokong bukan direbahkan. Sekian.

TEGUH, SETIA, BERSATU!
Read More

Entri Hit Tertinggi

ASPIRASI UKM. Powered by Blogger.