Photobucket
Showing posts with label Utusan. Show all posts
Showing posts with label Utusan. Show all posts

Monday, March 12, 2012

Alumni UKM Mati Dibunuh

PUCHONG: Seorang wanita yang datang dari Segamat, Johor bagi mencari suaminya mendapat berita paling mengejutkan apabila mendapati suami dan anak perempuan tunggalnya mati dipercayai dibunuh di Taman Kinrara 1 di sini, malam tadi. Mayat dua beranak itu ditemui di dalam dua bilik berasingan selepas sepasukan polis memecah pintu rumah teres setingkat itu, kira-kira jam 10 malam.


Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abd Razak Elias, berkata mangsa yang berketurunan Portugis itu dikatakan berkunjung ke rumah anak perempuan dan bekerja sebagai pensyarah kolej swasta kira-kira empat hari lalu untuk membawanya pulang ke Segamat.

Katanya, isteri mangsa yang berketurunan Melayu dan berusia dalam lingkungan 50-an itu tidak ikut ke Puchong. Bagaimanapun, dia ada cuba menghubungi lelaki itu dan anaknya sejak beberapa hari lalu tetapi gagal.

“Berikutan gagal menghubungi suami dan anak perempuannya, wanita terbabit membuat laporan kehilangan mereka di balai polis di Segamat sebelum datang ke Puchong.

“Apabila sampai ke rumah anaknya, dia cuba memanggil suami dan anaknya tetapi tiada yang menyahut manakala pintu berkunci menyebabkan dia pergi ke balai polis berdekatan kira-kira jam 9.45 malam tadi untuk meminta bantuan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, malam tadi.

Beliau berkata, sepasukan anggota polis membawa isteri mangsa ke tempat kejadian sebelum memecah pintu rumah teres berkenaan.

“Sebaik masuk ke dalam rumah yang tidak ditutup lampu itu, anggota kami menemui mayat lelaki terbabit di atas katil di dalam sebuah bilik manakala mayat anak perempuannya ditemui di atas lantai di bilik lain,” katanya.


Menurutnya, mayat anak perempuan mangsa yang ditemui dalam keadaan terlentang itu masih lengkap bertudung.

Katanya, berdasarkan siasatan awal, tidak ditemui sebarang kesan kecederaan fizikal pada kedua-dua mangsa dan mayat dua beranak terbabit dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.

Abd Razak berkata, siasatan juga mendapati tiada kesan geledah di rumah berkenaan tetapi dua telefon bimbit milik mangsa dan anak perempuannya hilang.

“Kereta Perodua Kenari milik anak perempuan mangsa juga dipercayai hilang manakala kereta Toyota Camry milik mangsa ditemui diletakkan di luar pagar di depan rumah,” katanya.

Difahamkan, kereta mangsa berada di kawasan rumah itu manakala kereta Perodua Kenari milik anak perempuannya tiada di situ.

Abd Razak berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh yang mana sabit kesalahan, seseorang itu boleh dihukum mati mandatori.
sumber : Harian Metro


**Mangsa merupakan salah seorang warga UKM yang sangat dihormati,  malah merupakan presiden kelab orang kurang upaya UKM (Kelab Mahasiswa Istimewa UKM), iaitu saudari Zara Eleena Omar Peter. 


*kami dari barisan kepimpinan Aspirasi menitipkan belasungkawa buat keluarga dan saudara mara mangsa. Semoga Allah meletakkan mangsa dan ayahnya dalam kalangan orang beriman. InsyaAllah. Sekian, 

Teguh, Setia, Bersatu !
Read More

Sunday, March 4, 2012

Satu-satunya Masalah Di Malaysia Ini ialah...

SAYA amat tertarik membaca tulisan Syed Akbar Ali dalam blognya OutSyed The Box bertajukThe One & Only Problem In Malaysia atau Satu-satunya Masalah di Malaysia Ini.

Topiknya lari sama sekali dari politik. Ia berkaitan dengan realiti hidup seharian di Malaysia. Ia berkaitan dengan sikap dan etika kerja. Ia berkaitan dengan bagaimana anda, sama ada kakitangan kerajaan, pelajar, mahasiswa, peniaga, orang makan gaji melayan orang lain atau berusaha untuk memperbaiki diri sendiri.

Kononnya, orang Melayu itu bersopan-santun, beragama, berilmu? Jika itulah amalannya maka tiadalah masalah yang akan berlaku di kalangan orang kita sekarang atau dalam sistem jabatan kerajaan.

Seperti biasa tulisan Syed Akbar banyak mengondem sikap orang Melayu, namun seperti beliau mempunyai nawaitu yang baik dan murni. Walaupun pedas didengar tapi itulah hakikatnya, yang semua orang Melayu harus menerimanya --- untuk kebaikan mereka.

Syed Akbar yang juga penulis buku Malaysia and The Club of Doom (Malaysia dan Kelab Kemusnahan), menyimpulkan orang Melayu masih gagal bersaing sepenuhnya. Kita harus mencari jalan segera bagi membolehkan mereka bersaing, katanya.

Modal, pendidikan universiti, projek, kontrak, peluang niaga dan lain-lain terlalu banyak. Namun apa yang kita banyak tiada ialah etika kerja dan sikap. Itu sahaja bahagian yang kita hilang.

Beliau dalam entri bertarikh 18 September itu memberikan banyak contoh-contoh peribadi beliau dan dari rakan-rakan mengenai soal sikap dan etika kerja ini.

Satu petikan dalam pra-kata blog itu, Syed Akbar menulis: ''Para lulusan universiti kita langsung tidak boleh menulis ayat yang betul - dalam semua bahasa. Dan tolong lupakanlah pasal kemahiran Inggeris mereka. Jika kerajaan dan GLC tidak mengambil mereka bekerja, maka banyaklah lulusan bumiputera ini tidak akan bekerja. Mereka akan menganggur.

''Perkara yang sama tidak berlaku kepada lulusan bukan-bumiputera kita. Bukan bumiputera yang lulus dari UKM atau UM boleh terus mendapat kerja sehingga ke luar negara di Hong Kong, Australia, UK, New Zealand, Singapura dan di mana-mana. Mereka baca bukan teks yang sama, diajar oleh pensyarah yang sama dan makan pun makanan yang sama di kampus. Tapi apa yang membezakan mereka?''

Itu ialah soal sikap yang tidak mahu berubah. Sikap sambil lewa, yang tidak mahu mengambil peluang tiga, empat, lima tahun di menara gading untuk memperbaiki diri dan kemahiran diri. Tahu-tahu dah keluar --- adalah ijazah, tapi penampilan diri dan keyakinan diri, macam mana?

Begitu juga dengan soal etika kerja. Ia lebih rumit lagi kerana ia membabitkan kepada soal sistem. Jika etika kerja tidak sempurna ia bukan membabitkan satu jabatan itu sahaja, tapi keseluruhan sistem negara akan dinilai.

Saya tertarik mengambil contoh mengenai soal etika kerja dan sikap yang disiarkan oleh ruangan surat pembaca Utusan Malaysia, Forum semalam (5 Oktober di muka 12).

Ia bertajuk Dua bulan sia-sia tunggu ujian darah. Penulis itu yang hanya mahu dikenali sebagai Kecewa: Pesakit Hyperthyroidism Seri Iskandar, Perak menceritakan mengenai masalahnya ketika berharap dengan kakitangan di Hospital Seri Manjung, Perak.

Saya percaya dengan tersiarnya surat itu semalam, pastinya sudah riuh satu hospital. Pengarahnya sudah tentu akan lari ke sana ke mari, telefon sana-sini, kerana mahu siapkan jawapan balas. Ia adalah kerana kisah hospitalnya sudah keluar paper. Tapi bagi kita, terutamanya rakyat marhaen itulah realitinya di mana-mana sekali pun di negara ini.

Berbalik kepada kisah di Hospital Seri Manjung itu tadi, pada 9 Ogos 2010, pesakit Kecewa telah pergi membuat ujian darah. Sampel diambil dan tunggu temu janji berikutnya iaitu pada 18 Ogos 2010 (7 hari menunggu untuk dapatkan keputusan darah). Pada 18 Ogos 10 pagi bulan puasa, dia pergi ke tempat yang sepatutnya. Tapi doktor bertugas berkata ujian darah tidak dilakukan lagi? Borang makmal tidak lengkap? Dan tiada tandatangan pakar?

Oklah, pesakit pun akur dengan kata-kata doktor itu dan pergi menghantar borang ujian ke bahagian makmal. Makmal kata, tak perlu ambil darah baru kerana darah yang diambil pada 9 Ogos masih boleh digunakan untuk ujian. Kaunter makmal mengarahkan dia masukkan saja borang tandatangan pakar dalam bakul borang di kaunter (tanpa ada sebarang cop pengesahan).

Pada 22 September 2010, 10 pagi (sebulan 4 hari dari tarikh 18 Ogos), dia pergi lagi untuk temu janji. Malangnya dia dimaklumkan oleh doktor bertugas ujian darah (masih) tidak siap.

Menurut surat itu, doktor menelefon bahagian makmal bertanya sebab-sebab ujian tidak dilakukan. Makmal memaklumkan sample darah sudah expired kerana sudah lama (pada temu janji 18 Ogos makmal kata darah masih elok untuk ujian).

''Lantas doktor ingin mengatur supaya darah saya diambil sekali lagi. Saya katakan kepada doktor, tidak perlulah kerana saya sudah menunggu berbulan. Saya tinggal jauh. Seandainya perkara itu berulang lagi, maka sia-sia lagi saya ke hospital itu."

Tahniah di atas ketegasan pesakit itu. Bukan main ikut semberono arahan doktor itu.

Dalam surat itu, pesakit Kecewa mencatatkan masalahnya (yang mungkin tiada siapa kisah dan peduli): ''Untuk ke hospital, suami saya perlu memohon cuti. Jadi, dua hari cuti suami saya sia-sia. Dua kali juga saya terpaksa pergi ke hospital untuk memeriksa keputusan darah yang sia-sia. Dua hari juga anak saya ponteng ke sekolah kerana tiada penjaga yang boleh mengambil anak saya di sekolah kerana saya berada di hospital."

Itu hanyalah satu contoh daripada banyak lagi. Seseorang yang lama duduk di negara luar, misalnya di negara bertamadun sikit seperti di negara orang putih atau di Jepun akan mengalami trauma sebaik sahaja menjejakkan kaki di KLIA, atau ketika berada di atas jalan raya atau berurusan di mana-mana kaunter - kerana sikap kita yang terlalu teruk. Itu tidak lagi menaiki teksi yang fiilnya hanya Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah sahaja yang maha mengetahuinya.

Oleh itu, tuan-tuan sekelian, tidak hairanlah lalu-lintas di Kuala Lumpur sesak tiap-tiap hari. Salah satu penyumbangnya ialah kerana sistem penyampaian di pejabat-pejabat kerajaan yang menyebabkan pelanggannya terpaksa lari ke sana ke mari untuk menyelesaikan satu urusan yang mudah.

Berbalik kepada tulisan Syed Akbar pula, beliau juga menulis mengenai masalah yang sama dalam tulisannya yang bertajuk mengenai masalah di Malaysia itu.

Begini kisahnya: ''Seorang rakan ke Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk mendaftarkan sebuah persatuan baru. Mereka memintanya isu borang itu dan ini, cop dan sain itu dan ini, kepilkan fotostat IC dan macam-macam lagilah.

''Kemudian dia diarahkan masukkan permohonan itu ke dalam kotak di kaunter di pejabat itu. Tiada 'pengesahan penerimaan' dan lain-lain. Apabila ditanya untuk pengesahan, seorang kakitangan 'yang tidak boleh diganggu' berjalan ke kaunter dan berkata, 'ini ialah sistem baru, tiada pengesahan diperlukan, kami akan hantar surat. Saudara boleh pulang sekarang.'

''Dia pun balik dan tunggu selama dua bulan. Tiada apa-apa berlaku. Dia pun pergi semula ke ROS untuk bertanya apa dah jadi. Orang yang sama iaitu kakitangan 'yang tidak boleh diganggu' itu berkata mereka tiada rekod menerima permohonannya.

''Kawan saya itu mula naik angin dan menjerit-jerit. Mereka pun memintanya 'tolong isi satu set borang lain, buat fotostat lagi, dan pulangkan dan kami janji dua minggu akan siap.' Kawan saya menjerit lagi, 'jadi maksud kamu, kena hilang dulu permohonan itu, saya kena tunggu dua bulan dan merayu-rayu dan sekarang kamu akan proses permohonan saya dalam masa dua minggu?'

Syed Akbar menulis lagi: Jadi inilah apa yang berlaku di atas kaunter di jabatan-jabatan kerajaan kita. Macam mana mahu memperbaikinya? Mengapa tidak ikut saja apa yang dilakukan di Finland, Iceland, Korea Utara, Singapura atau mungkin Ali Rustam di Melaka. Apa susah sangat? Ambil contoh di Melaka atau Singapura mereka boleh selesaikan masalah itu dalam 48 jam sahaja, mengapa tidak ikut saja cara itu? Apa susah sangat?

Banyak lagi jika mahu bercerita mengenai hal-hal seperti ini. Kita terlalu selesa dalam serba-serbi, sebenarnya.


Semua yang dikata oleh penulis amat betul, sekarang ini, hanya diri kita sendiri yang dapat mengubahnya. 




Teguh, Setia, Bersatu !
Read More

Monday, February 20, 2012

Pilihan Raya Kampus

Assalammualaikum, Salam Perpaduan, Salam Keamanan & Salam 1Malaysia.




SHAH ALAM - Kewajaran mahasiswa terlibat dalam politik telah lama diperkatakan, sama ada politik kampus ataupun politik negara melibatkan parti-parti tertentu. Rata-rata penuntut yang ditemui bersifat berkecuali daripada terlibat dengan politik tetapi tidak menolak untuk menyokong mana-mana pemerintah.


Saban tahun ratusan mahasiswa mendaftar di universiti dan kolej dengan pelbagai keinginan, matlamat dan gaya penampilan untuk menambah ilmu di dada. Teruja mengulang kaji pelajaran untuk mendapat segulung ijazah dalam pelbagai bidang di menara gading. 

Kehidupan yang mencabar di kampus sedikit sebanyak mempengaruhi kecenderungan mereka bertembung dengan isu semasa yang melibatkan kepemimpinan, keilmuan, pergerakan politik dan perjuangan peribadi.

Namun dicelah-celah kekalutan menimba ilmu terdapat segelintir penuntut yang membawa fahaman politik masing-masing di luar ke dalam kampus. Tidak salah jika mereka ini hanya sekadar berpolitik di dalam kampus untuk bertanding merebut kerusi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), sekali gus melahirkan mahasiswa lebih berintegriti.

Sebaik menjejak kaki di kampus, mahasiswa dihidangkan dengan satu fenomena yang dinamakan politik kampus bagi melantik pemimpin dalam kalangan mereka. Golongan inilah antara prospek kelompok boleh dipergunakan oleh mana-mana pihak yang melihat mereka mudah dipengaruhi.

Maka pada sesi tertentu penamaan calon dan perang poster rancak dijalankan bagi membolehkan calon-calon terbaik bertanding seterusnya menjawat jawatan dalam MPP.

Timbalan Dekan Pusat Pengajian Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Siva Murugan berkata, setiap penuntut di universiti atau kolej boleh berpolitik di luar, tetapi haruslah memelihara keharmonian kampus yang merupakan kawasan neutral.

“Pada saya tidak salah sekadar berpakaian logo parti politik, tetapi mereka tidak boleh mengedar risalah dan mendaftar ahli baru ketika di kampus. Jika ingin membuka blog itu terpulang kepada mereka".

“Memandangkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) akan dipinda adalah menjadi tanggungjawab universiti untuk mengimbangi kedudukan menuntut. Layan mereka sebagai seorang yang matang, jika berlaku sesuatu tidak diingini di luar kampus biarlah pihak berkuasa yang menentukan hukumannya,” katanya.


Tanggungjawab matangkan mahasiswa 


Pengalaman menguruskan proses pilihan raya di kampus boleh mematangkan penuntut yang menerajuinya dan ia boleh dijadikan pembelajaran terbaik. Memegang jawatan sebagai pemimpin pelajar ketika berada di kampus boleh menjadikan seseorang penuntut lebih bertanggungjawab dan mewujudkan jati diri yang tinggi.

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Mohamad Maliki Mohamed Rapiee berkata, tempoh pengajian di universiti ialah ruang untuk mahasiswa mempersiapkan diri bagi menghadapi dunia sebenar.

“Penglibatan mereka dalam politik kampus adalah salah satu proses pembinaan karakter dalam kepimpinan. Setiap pengalaman seharusnya menjadi pembelajaran yang sangat berguna.

“Mahasiswa mesti bersikap terbuka dan ikhlas dalam perjuangan, nilai dan ideologi yang dipegang tidak pula membolehkan dia menolak dan memusuhi pihak lain yang tidak bersependapat dengannya,” katanya.

Maliki berkata, mahasiswa juga harus berani menentukan jati dirinya tanpa terikut-ikut dengan gaya serta tingkah laku pihak lain, terutama ahli politik luar yang mengamalkan sifat permusuhan dan radikal.

“Sebaliknya, mahasiswa harus mampu mencorakkan persekitaran yang sepatutnya dicontohi oleh masyarakat di luar sana. Barulah mahasiswa layak disebut sebagai agen transformasi," katanya.

Penuntut sudah terdedah dengan amalan berorganisasi di mana jawatankuasa MPP diwujudkan. MPP ditubuhkan melalui proses pilihan raya kampus di mana calon yang layak bertanding akan berkempen dalam tempoh diberikan.

Semua penuntut diwajibkan mengundi untuk memilih ahli MPP pada hari pengundian. Pegawai Hal Ehwal Pelajar bertanggungjawab menyelia sepenuhnya aktiviti yang dijalankan oleh jawatankuasa MPP ini.

Melalui Jawatankuasa MPP, penuntut diberi peluang untuk menyuarakan pandangan, komen yang membina bagi pembangunan pembelajaran dan pengajaran dalam program pengajian mereka.

Melalui penyertaan pilihan raya kampus calon dan petugas kempen, berpeluang berpolitik dalam kampus. Konsep demokrasi, kepimpinan dan pengurusan yang biasanya diperkenalkan daripada membaca buku, dapat difahami melalui latihan sebenar ketika pilihan raya kampus.

Selain bakat pemimpin dapat dicungkil melalui pidato dan perdebatan.


Kewajaran Auku


Kewujudan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) ketika era Tun Hussain Onn menyebabkan ada pihak yang tidak berpuas hati kerana mengekang kebebasan mahasiswa dan ahli akademik dalam menyuarakan pandangan secara bebas.

Namun, kenyataan yang dikeluarkan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah memberi jaminan akan kesediaan kerajaan untuk berbincang dengan semua pihak termasuk daripada wakil mahasiswa bagi meminda Auku yang dilihat sebagai penghalang kepada mahasiswa untuk menyatakan pendirian dan pendapat tentang sesuatu isu.

Tujuan utamanya adalah untuk melonggarkan peraturan sedia ada supaya mahasiswa dibenarkan terlibat dalam politik. Perkara tersebut wajar, disebabkan mahasiswa diajar bersuara jika tidak puas hati tetapi apabila mahu membuka mulut di gelanggang politik, mereka ‘dipancung’. Situasi itu menimbulkan tanda tanya di mana kedudukan mahasiswa dalam senario politik negara?

Profesor politik dan Kerajaan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Jayum Jawan berkata, masyarakat perlu bersikap terbuka melihat senario ini dan jangan membandingkan dengan kebangkitan mahasiswa zaman dulu kerana politik kini sudah berubah dengan pelbagai angin pembaharuan dan jika golongan itu terus disekat, ia memberi impak lebih buruk pada masa depan.

Bagi aktivis-aktivis kampus demokrasi, pilihan raya kampus merupakan peluang keemasan untuk menjalankan kempen kesedaran demokrasi bagi mentadbir kampus dalam kalangan mahasiswa.

Ruang berpidato dan perbahasan dalam kalangan calon-calon yang membawa manifesto masing-masing dilIhat sangat berkesan dalam mempertingkatkan kesedaran mahasiswa dalam politik kampus. Calon dan petugas perlu berkempen memperkenalkan diri dan konsep demokrasi kepada warga kampus lain.

Pilihan raya kampus adalah wacana penting untuk warga kampus menghayati politik sebenar. Pihak universiti perlu menggalakkan mahasiswa mengambil bahagian secara aktif dalam pilihan raya kampus.

Universiti perlu memberi kuasa sepenuhnya kepada MPP untuk menjalankan pilihan raya kampus sendiri dengan hanya menjadi pemerhati. sahaja walaupun politik kampus seolah-olah tidak berpengaruh.

sumber : Sinar Harian

Sekian, buat bacaan dan penghayatan rakan-rakan mahasiswa/i UKM sekalian.

Teguh, Setia, Bersatu !
Read More

Wednesday, February 8, 2012

Saat Akhir Voucher 1 Malaysia : Jom Beli Buku !

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. Pada era modenisasi ini, mahasiswa dan mahasiswi merupakan aset yang paling berharga buat tanah air tercinta ini. Justeru, kerajaan sememangnya mengambil berat akan aset kepada negara ini. Antara usaha kerajaan untuk membantu para mahasiswa dan mahasiswi kini ialah dengan pemberian baucar 1 Malaysia yang telah pun dilancarkan pada awal tahun baru ni. Mahasiswa dan mahasiswi UKM tidak terlepas daripada menerima manfaat ini. Pihak Aspirasi mendahului pemberian ini dengan ucapan ribuan terima kasih kepada seluruh kepimpinan kerajaan kini. Di sini, terdapat cara dan panduan untuk menggunakan baucar tersebut :

(klik pada gambar)


Oleh kerana tempoh penggunaan voucher semakin tamat, kami sertakan senarai kedai buku yang menerima baucar tersebut untuk dijadikan panduan kepada mahasiswa dan mahasiswi bagi membantu mahasiswa dan mahasiswi untuk menggunakan baucar tersebut di tempat yang sepatutnya. Tempat-tempat di bawah adalah antara yang disarankan kerana mudah diterima oleh syarikat dan tidak mengambil masa yang lama untuk diuruskan.




1. Kinokuniya. 


2. Kedai buku Popular. 


3. MPH bookstores. 



4. PTS bookstores. 




Pihak Aspirasi percaya bahawa mahasiswa dan mahasiswi dapat menggunakan baucar tersebut dengan cara yang bermanfaat dan tidak menyalah gunakan baucar tersebut. Sememangnya inilah yang ditunggu tunggu oleh mahasiswa mahasiswi kini untuk membantu mereka dari segi kewangan dan tidak membebankan kesemua pelajar dalam pembelajaran. 


Baru-baru ini pihak Aspirasi ada mendengar khabar bahawa ada sesetengah pihak yang tidak berpuas hati dengan pemberian tersebut kerana dikatakan pelajar membeli buku yang tidak bermanfaat lalu disalahkan kerajaan dan menegaskan kerajaan supaya mengambil tindakan serius. Pada Aspirasi, ini tidak lain dan tidak bukan, hanyalah salah diri sendiri. Usah kita meludah kepada mereka yang sudah berjasa kepada kita hanya kerana tidak sealiran fahaman. 


Sekian terima kasih. 

TEGUH,SETIA,BERSATU!
Read More

Sunday, February 5, 2012

Perutusan Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1433 Hijrah




Assalamu‘alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, 1Ummah; Saudara dan saudari sekalian,


  1. Setinggi kesyukuran penuh kepujian kepada Allah SWT, dengan nikmat dan izin-Nya jua, dapat kita meraikan sambutan Maulidur Rasul pada tanggal 12 Rabiulawal 1433 Hijrah ini bersamaan 5 Februari 2012 Masehi. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW jua ke atas keluarga dan para sahabat Baginda, seterusnya ke atas sekalian Tabiin dan ulama sepanjang zaman.
  2. Sesungguhnya, baginda Rasulullah SAW telah berjaya membawa transformasi murni kepada umat sejagat. Terbukti apabila kegelapan jahiliah telah sirna bila berhadapan dengan sinar risalah nubuwah. Transformasi insani ini lahir daripada kasih sayang dan keperihatinan baginda terhadap kesejahteraan umat sebagaimana yang disebutkan di dalam Al-Quran, surah at-Taubah ayat ke-128 yang bermaksud:


“Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w) yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu dan dia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.”


  1. Menjejaki sirah gemilang ini, kita dapat menyaksikan bagaimana melalui dakwah imaniah yang dibawa, akhirnya memunculkan satu tamadun yang sangat hebat kepada ummah. Maka bertepatan sekali dengan tema “Persefahaman Asas Perpaduan Ummah” yang dipilih untuk tahun ini dalam usaha kita menjayakan agenda transformasi negara.
  2. Persefahaman inilah yang saya utarakan melalui Pergerakan Kesederhanaan Global (GMM) ke seluruh dunia dengan seruan bagi memupuk sifat kesederhanaan dan keseimbangan dalam semua aspek kehidupan manusiawi. Sememangnya, keharmonian dan perpaduan rakyat pelbagai kaum yang kita kecapi pada hari ini, menjadi teladan kepada bangsa-bangsa lain di dunia.
  3. Justeru, di dalam mendahulukan perpaduan, kerajaan sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat. Melalui program Inisiatif Kerajaan, kita telah mewujudkan beberapa produk di bawah jenama 1Malaysia seperti Klinik 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), Menu Rakyat 1Malaysia, Amanah Saham 1Malaysia, Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia (KIR1M), Baucar Buku 1Malaysia (BB1M), Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan terbaru Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia). Semua inisiatif ini jelas bertepatan dengan konsep negara Madinah yang telah diasaskan oleh Rasulullah SAW dalam menjaga kebajikan rakyat.
  4. Sempena Maulidur Rasul kali ini, saya dan keluarga berdoa agar Allah SWT memberikan kepada kita semua limpahan taufik dan hidayah-Nya untuk kita memperteguhkan tekad dalam melaksanakan pembangunan negara. Ya Allah, abadilah rahmat dan nikmatMu di bumi bertuah ini; serta sempurnakanlah iltizam kami bagi memperjuangkan agenda ummah dengan segala kesyumulannya serta penuh hikmah. Kepada Mu-lah jua kami memohon kekuatan dan inayah. Amin.

Sekian. Wabillahit Taufik wal Hidayah. Wassalamu ‘alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh.



Read More

Wednesday, December 7, 2011

Jawatankuasa pantau pindaan Seksyen 15 AUKU



PUTRAJAYA 6 Dis. - Kementerian Pengajian Tinggi akan mewujudkan satu jawatankuasa untuk membuat draf berhubung keputusan kerajaan meminda Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1974 bagi membenarkan mahasiswa berumur 21 tahun ke atas menyertai politik.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, seperti yang ditekankan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, hanya pelajar berumur 21 tahun ke atas sahaja boleh menyertai parti politik di luar kampus.

Menurutnya, kementerian mengalu-alukan keputusan kerajaan tersebut demi kebaikan bersama dan ia juga menepati hasrat dan matlamat pendidikan yang perlu dicapai pelajar universti di dalam negara.

"Dengan perubahan tersebut, ia tidak bermakna semua fasal yang berkaitan Seksyen 15 AUKU akan diubah, kita akan meneliti secara serius dan mendalam melalui jawatankuasa yang akan ditubuhkan nanti.

"Perubahan ini juga bukan sahaja termaktub kepada institusi pengajian tinggi awam (IPTA) malah ia meliputi institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), Institut Pendidikan Guru (IPG) dan juga politeknik,' katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu, Mohamed Khaled merasmikan Program Latihan Graduan Industri Tinggi (HEIGIP).


sumber : UTUSAN MALAYSIA
Read More

Sunday, December 4, 2011

Wujudkan KR1M di IPT

Sumber : Utusan Malaysia

Penuntut di institusi pengajian tinggi (IPT) meminta kerajaan menimbangkan mewujudkan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dan Menu Rakyat 1Malaysia di setiap kampus universiti.





Cadangan tersebut terkandung dalam kertas kerja Mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) yang diadakan di Putrajaya, pada 21 November.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, usul tersebut dibuat memandangkan penuntut universiti juga tidak terkecuali daripada menanggung kos sara hidup yang tinggi.

“Kita sedang menimbangkan cadangan itu dan ia disambut baik oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang kebetulan ada bersama.

“Pada saya kenapa mereka perlu dikecualikan daripada mendapat manfaat itu dan saya juga tak nampak sebarang sebab kita tak boleh memperluaskannya,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat tersebut di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Mesyuarat tersebut merupakan platform yang diwujudkan oleh kerajaan dalam memastikan suara mahasiswa berkaitan dengan isu-isu nasional didengari.

Menurut Mohamed Khaled, majlis perundingan tersebut juga menerima cara dan kaedah kerajaan dalam melaksanakan program bantuan subsidi bagi mengurangkan beban rakyat.

Sementara itu, ketika ditanya situasi semasa penuntut Malaysia di Mesir, beliau berkata, kerajaan sentiasa peka dan memantau situasi di sana.

“Kerajaan telah menghubungi pejabat penuntut Malaysia di sana supaya dapat menghebahkan dan memberi nasihat kepada penuntut supaya berhati-hati dengan keadaan tidak menentu.
Read More

Entri Hit Tertinggi

ASPIRASI UKM. Powered by Blogger.