Photobucket
Showing posts with label pentas. Show all posts
Showing posts with label pentas. Show all posts

Monday, March 12, 2012

[PENTING] Isu Lanjutan JPA


Assalamualaikum dan salam 1 Aspirasi. Berkenaan info lanjutan kepada biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), pihak PenTAS telah pun menghubungi pihak JPA di telefon pada 12/3/2012 tepat jam 9 pagi. Kami telah berjaya menembusi talian setelah berkali kali mencuba. Dalam perbualan pagi tadi, pihak PenTAS telah bertanyakan tentang tarikh sebenar biasiswa JPA akan dikreditkan.


SOALAN : Adakah benar wang akan dikreditkan pada 13/3/2012?

"Ya. Tarikh tersebut telah pun dipastikan dan sekiranya tiada masalah, esok (13/3/2012) biasiswa akan dimasukkan ke dalam akaun setiap pemegang biasiswa JPA di UKM. Walaubagaimanapun, ianya akan mengambil sedikit masa kerana sistem harus mengkreditkan jumlah wang yang besar. Tetapi pihak kami yakin ianya tidak akan memakan masa yang terlalu lama. Pelajar UKM diharap dapat bersabar dan kami akan cuba yang terbaik untuk mempercepatkan urusan tersebut,".

Setelah mendapat pengesahan tersebut, pihak kami tidak lagi bertanyakan soalan kerana yakin dengan jawapan yang diberikan. Segala info yang mendatang, akan dilampirkan di dalam blog ini. Kebajikan mahasiswa, perjuangan kami! Sekian terima kasih. 

TEGUH,SETIA,BERSATU!
Read More

Friday, March 9, 2012

ASPIRASI KBH : Cakna Masa Depan Mahasiswa !





Assalamualaikum dan salam 1 Aspirasi. Pada 8/03/2012, Aspirasi Kolej Burhanuddin Helmi (KBH) telah berjaya menganjurkan suatu forum yang bertajuk “Forum Kerjaya Mahasiswa Gemilang” dengan tema “Membina kerjaya mahasiswa pemangkin Negara”. Ketua Pengarah bagi forum ini ialah saudara Mohammad Hidir Bin Mhd. Salim yang juga merupakan ahli aktif PenTAS





Ahli panel jemputan ialah Cik Yuslina Binti Johari yang merupakan pegawai psikologi dan En. Roslan Bin Abu Samah yang merupakan pengurus pejabat Hubungan Jaringan Industri. Manakala moderatornya ialah saudara Aniq Rukaini Bin Mohd Azmi merangkap Ketua Kelab Aspirasi KBH.






Forum ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada kesemua mahasiswa/I tanpa mengira kolej walaupun terdapat banyak program lain besar yang dijalankan pada malam yang sama.
















Forum ini turut dirasmikan oleh Pengetua KBH sendiri iaitu Prof Madya Dr. Kadderi Md Desa. 





Antara isu-isu yang dibangkitkan ketika forum ini adalah berkenaan biasiswa, ATTITUDE, vouncer RM200, resume, qualification master dan sebagainya. Kepimpinan Aspirasi menyokong penuh Kelab Aspirasi KBH menjayakan program seperti ini yang banyak memberikan ilmu yang bermanfaat kepada mahasiswa/i. 






Diharap kelab Aspirasi kolej yang lain dapat turut menganjurkan program seperti ini demi mahasiswa/i UKM. Sekian, 






TEGUH,SETIA,BERSATU!
Read More

Friday, March 2, 2012

Bekalan Elektrik Terputus : NYDP Kolej Pendeta Za'ba Kemalangan


Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Aspirasi. Pada malam semalam, 1 mac 2012, kira-kira jam 9.00, mahasiswa/i UKM telah dikejutkan dengan kegelapan secara tiba-tiba akibat bekalan elektrik yang terputus, selama kira-kira 2 jam setengah. Disebabkan kejadian tersebut, satu insiden yang tidak diingini telah berlaku. Naib Yang Dipertua JAKSA Kolej Pendeta Za'ba (KPZ) yang juga ahli aktif PENTAS iaitu Abu Bakar Siddique bin Ahmad Fadzil telah mengalami kemalangan motosikal berhampiran Fakulti Pengajian Islam (FPI) UKM disebabkan beliau tidak dapat melihat dengan jelas keadaan jalan raya di hadapannya. Beliau dimasukkan ke unit kecemasan di Hospital Kajang  dengan ambulan hospital sejurus selepas keadaannya disedari. Justeru, pada malam itu juga, pihak Aspirasi telah turun padang untuk melihat sendiri keadaan beliau.



Sahabat kita yang juga mahasiswa tahun 2 dari Kolej Pendeta Za'ba dan juga pelajar Fakulti Sains dan Teknologi ini mengalami kecederaan yang agak teruk apabila beliau patah tulang selangka di sebelah kiri (clavicle) yang membataskan pergerakan bahu dan tangan kirinya.


Sedikit sumbangan telah disampaikan oleh wakil Aspirasi, Nor Azzah Binti Mohd Jelani dan Ketua Kelab Aspirasi sendiri, Ahmad Shazali Bin Mhd Shah.


Pihak Aspirasi mengucapkan takziah kepada beliau dan berharap semoga pemberian tersebut sedikit sebanyak dapat meringankan beban beliau. Kami dari pihak Aspirasi juga mendoakan agar beliau cepat sembuh dan dapat kembali ke kuliah seperti biasa. Kebajikan Mahasiswa, Perjuangan Kami! Sekian, terima kasih.

TEGUH,SETIA,BERSATU!
Read More

Entri Hit Tertinggi

ASPIRASI UKM. Powered by Blogger.