Photobucket
Showing posts with label JPA. Show all posts
Showing posts with label JPA. Show all posts

Monday, March 12, 2012

[PENTING] Isu Lanjutan JPA


Assalamualaikum dan salam 1 Aspirasi. Berkenaan info lanjutan kepada biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), pihak PenTAS telah pun menghubungi pihak JPA di telefon pada 12/3/2012 tepat jam 9 pagi. Kami telah berjaya menembusi talian setelah berkali kali mencuba. Dalam perbualan pagi tadi, pihak PenTAS telah bertanyakan tentang tarikh sebenar biasiswa JPA akan dikreditkan.


SOALAN : Adakah benar wang akan dikreditkan pada 13/3/2012?

"Ya. Tarikh tersebut telah pun dipastikan dan sekiranya tiada masalah, esok (13/3/2012) biasiswa akan dimasukkan ke dalam akaun setiap pemegang biasiswa JPA di UKM. Walaubagaimanapun, ianya akan mengambil sedikit masa kerana sistem harus mengkreditkan jumlah wang yang besar. Tetapi pihak kami yakin ianya tidak akan memakan masa yang terlalu lama. Pelajar UKM diharap dapat bersabar dan kami akan cuba yang terbaik untuk mempercepatkan urusan tersebut,".

Setelah mendapat pengesahan tersebut, pihak kami tidak lagi bertanyakan soalan kerana yakin dengan jawapan yang diberikan. Segala info yang mendatang, akan dilampirkan di dalam blog ini. Kebajikan mahasiswa, perjuangan kami! Sekian terima kasih. 

TEGUH,SETIA,BERSATU!
Read More

Thursday, March 1, 2012

Info Yuran UKM

Salam Sejahtera dan Salam ASPIRASI buat semua pembaca. Kali ini MediaKampusUkm ingin memberikan sedikit info berkaitan yuran mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia. Maklumlah, tarikh pengeluaran PTPTN dijadualkan akan dikeluarkan tidak lama lagi (BACA SINI), dan begitu juga dengan pengeluaran JPA yang diura-urakan akan keluar pada 2 minggu selepas PTPTN dimasukkan. Oleh itu kami ingin mengingatkan anda bahawa pembayaran yuran-yuran harus diletakkan di tempat pertama mengikut kepentingan selepas wang pinjaman mahupun biasiswa diterima untuk mengelakkan daripada permasalahan-permasalahan di hujung semester dapat di elakkan.




APA ITU YURAN?
Yuran merupakan bayaran yang dikenakan apabila pelajar mendaftarkan diri pada setiap semester.



KATEGORI YURAN

  1. Yuran Pendaftaran
  2. Yuran Pengajian
  3. Yuran Penginapan
  4. Yuran Tesis
  5. Yuran Konvokesyen

BILA IANYA PERLU DIJELASKAN?

  • Yuran Pendaftaran & Yuran Pengajian - Sebelum Pelajar Mendaftar
  • Yuran Penginapan - Selepas pelajar daftar masuk kolej
  • Yuran Tesis - Sebelum penyerahan tesis
  • Yuran Konvokesyen - Sebelum Konvokesyen


TAHUKAH ANDA? JIKA ANDA TIDAK MENJELASKAN YURAN, ANDA TIDAK DIBENARKAN :
  • Mendaftar Semester
  • Mengambil Slip Peperiksaan
  • Mengambil Keputusan Peperiksaan
  • Menghadiri Konvokesyen
  • Mengambil Transkrip & Skrol


KAEDAH PEMBAYARAN

Anda boleh melakukan pembayaran melalui cara-cara di bawah :
  1. Kad ATM / Kad Debit
  2. Kad kredit
  3. Draf bank
  4. Wang Pos / kiriman wang sahaja
  5. Perbankan Internet ( CIMBclicks / FPX )
  6. Pindahan Wang Melalui Mesin Auto - Teller ( Bank Islam / Bank CIMB )
  7. Deposit Tunai melaui kaunter ( Banik Islam / Bank CIMB )
  8. Deposit Tunai melalui mesin Auto - Teller ( Bank Islam / Bank CIMB ) 


INGAT ! PEMBAYARAN TUNAI ADALAH TIDAK DITERIMA ! 
** point 1 hingga 4 adalah berkuatkuasa di kaunter PPUKM, Kampus KL dan Kampus Induk Bangi SAHAJA.



Untuk maklumat lanjut berkaitan yuran pelajar di UKM, anda boleh menghubungi : 

UNIT KEWANGAN PELAJAR
Aras 3, Jabatan Bendahari
Bangunan Canselori

emel : ukpbendahari@ukm.my
faks : 603 - 89214223
hotline : 1) Pra-Siswazah ( Under Graduate) : 603 - 89215090 / 4465 / 3180
             2) Pasca - Siswazah ( Post Graduate ) : 603 - 89215165 / 3113 / 4439

UNIT PENERIMAAN
Aras 1, Jabatan Bendahari
Bangunan Canselori

emel : ukpbendahari@ukm.my
faks : 603 - 89255072
hotline : 603 - 89215030 / 5173 / 3151

Sekian, 

Teguh, Setia, Bersatu !



lagi entry berkaitan yuran, biasiswa dan pinjaman  :
Read More

Friday, February 24, 2012

Penjelasan PTPTN dan JPA

Assalamualaikum dan salam 1 Aspirasi. Pada 23 Februari 2012, kami Penyokong Tegar Aspirasi (PENTAS) telah pergi ke Jabatan Bendahari aras 3 unit kewangan pelajar untuk meminta penjelasan berkenaan jadual pembayaran PTPTN yang dikatakan lewat. 


Manakala, pelajar yang mendapat tajaan JPA juga mendapat aduan bahawa tajaan JPA akan dimasukkan 2 minggu selepas urusan PTPTN selesai. Atas dasar itu, kami telah pergi ke canselori UKM untuk meminta penjelasan yang lebih jelas berkenaan isu ini. Perbincangan antara pihak counselori diadakan dan kami telah berjumpa dengan Encik Khairul Azlan Bin Ismail iaitu Penolong Akauntan Jabatan Bendahari dan juga Encik Zulfitri iaitu akauntan Jabatan Bendahari untuk mendapatkan penjelasan isu ini. 






Daripada perjumpaan ini, punca utama yang dikenalpasti adalah keputusan slip peperiksaan yang keluar lewat daripada tarikh yang sepatutnya. Ini sebenarnya melewatkan proses PTPTN kerana PTPTN memerlukan slip daripada pihak universiti untuk membenarkan kemasukkan duit pinjaman tersebut. Disebabkan kelewatan tersebut, maka pihak universiti terpaksa menunggu untuk pihak bank menguruskan bahagian kewangan. (Klik sini untuk jadual pembayaran PTPTN). Pihak Aspirasi melahirkan rasa kesal dengan kelewatan tersebut dan menyampaikan hasrat pelajar bagi mendesak pihak canselori untuk melakukan tindakan awal bagi mempercepatkan urusan pemindahan wang tersebut. 

Manakala untuk pelajar tajaan JPA pula, kami mendapat penjelasan bahawa pihak UKM tidak terlibat langsung dalam pembahagian wang kerana JPA berurusan terus kepada pelajar. Jadi, untuk mendapatkan penjelasan tersebut, kami PENTAS akan terus pergi ke headquarters JPA di Putrajaya untuk mendapatkan penjelasan daripada pihak JPA sendiri. Segala maklumat berkenaan perbincangan seterusnya akan dimaklumkan  di dalam blog ini. Sekian, 

TEGUH,SETIA,BERSATU!
Read More

Entri Hit Tertinggi

ASPIRASI UKM. Powered by Blogger.