Photobucket
Showing posts with label malaysia. Show all posts
Showing posts with label malaysia. Show all posts

Friday, March 9, 2012

ASPIRASI KBH : Cakna Masa Depan Mahasiswa !





Assalamualaikum dan salam 1 Aspirasi. Pada 8/03/2012, Aspirasi Kolej Burhanuddin Helmi (KBH) telah berjaya menganjurkan suatu forum yang bertajuk “Forum Kerjaya Mahasiswa Gemilang” dengan tema “Membina kerjaya mahasiswa pemangkin Negara”. Ketua Pengarah bagi forum ini ialah saudara Mohammad Hidir Bin Mhd. Salim yang juga merupakan ahli aktif PenTAS. 





Ahli panel jemputan ialah Cik Yuslina Binti Johari yang merupakan pegawai psikologi dan En. Roslan Bin Abu Samah yang merupakan pengurus pejabat Hubungan Jaringan Industri. Manakala moderatornya ialah saudara Aniq Rukaini Bin Mohd Azmi merangkap Ketua Kelab Aspirasi KBH.






Forum ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada kesemua mahasiswa/I tanpa mengira kolej walaupun terdapat banyak program lain besar yang dijalankan pada malam yang sama.
















Forum ini turut dirasmikan oleh Pengetua KBH sendiri iaitu Prof Madya Dr. Kadderi Md Desa. 





Antara isu-isu yang dibangkitkan ketika forum ini adalah berkenaan biasiswa, ATTITUDE, vouncer RM200, resume, qualification master dan sebagainya. Kepimpinan Aspirasi menyokong penuh Kelab Aspirasi KBH menjayakan program seperti ini yang banyak memberikan ilmu yang bermanfaat kepada mahasiswa/i. 






Diharap kelab Aspirasi kolej yang lain dapat turut menganjurkan program seperti ini demi mahasiswa/i UKM. Sekian, 






TEGUH,SETIA,BERSATU!
Read More

Saturday, February 25, 2012

Maaf, Banner Kami Tak Cukup Besar !

Assalammualaikum, Salam 1Aspirasi, dan Salam Keamanan. Seperti yang dihebahkan di SINI, pada 24 Februari 2012 bertempat di Pusanika Aras 4, Kelab Aspirasi telah mengadakan kutipan tanda tangan sokongan bagi menunjukkan sokongan padu ke atas misi pembebasan negara Palestine oleh kekejaman Israel setelah sekian lama.




Semua tandatangan akan diturunkan di atas banner 'PEACE FOR PALESTINE' yang telah di sediakan, dan banner ini akan dibawa oleh sukarelawan-sukarelawan Malaysia ke Misi Keamanan Palestine nanti. 

Warga UKM tidak kira jawatan, agama, bangsa mahupun negara telah beramai-ramai turun memberikan sokongan untuk misi ini. Paling menyentuh perasaan adalah apabila rakyat-rakyat Palestine yang menuntut di UKM sendiri telah turut sama turun ke Pusanika bagi membantu misi ini. 







"peace" for palestine

Malah, sahabat-sahabat kami dari ideologi politik yang berbeza turut hadir sama menyokong misi yang di bawa oleh Kelab Aspirasi UKM ini. 




Dalam masa kurang 2 jam, banner yang disediakan sudah hampir penuh dengan tandatangan warga UKM. Perkara ini membuatkan kami selalu ahli-ahli Kelab Aspirasi berasa sangat bangga kerana ini menunjukkan keprihatinan warga UKM masih kuat dalam misi sokongan ke atas negara Palestine dalam misi merampas balik tanah dan hak-hak mereka.

SAKSIKAN VIDEO INI !



Akhir kata, kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan anda untuk menjayakan misi ini. Sama-samalah kita berdoa agar negara Palestine akan bebas dari kezaliman Israel dan merampas kembali apa yang sepatutnya mereka miliki sekarang. Sekian, 



Teguh, Setia, Bersatu !
Read More

Friday, February 24, 2012

Peace For Palestine : Ayuh Tunjukkan Sokongan !

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. Seperti yang telah di hebahkan di (SINI), pada hari ini akan diadakan program 'Peace For Palestine' untuk menunjukkan sokongan terhadap bantahan kepada kezaliman yang dilakukan oleh Israel tanpa belas kasihan membedil Palestine sejak sekian lama. Melalui program ini, kami sekretariat Aspirasi akan menyediakan sebuah banner untuk ditandatangani oleh mahasiswa/i UKM di pusanika.



Tempat : Pusanika 
Masa : 11:00 pagi sehingga solat Jumaat 
Tarikh : 24 Februari 2012 




Pihak Aspirasi berharap agar semua mahasiswa dan mahasiswi dapat turun beramai-ramai untuk memberikan sokongan terhadap program ini. Ayuh tunjukkan sokongan kita terhadap Palestine ! Sekian,

TEGUH,SETIA,BERSATU!
Read More

Monday, February 20, 2012

Jadual Pengeluaran Pembiayaan PTPTN Bagi Setiap IPT dan Politeknik

Assalammualaikum dan salam 1 Aspirasi. Perhatian kepada seluruh pelajar lama IPT dan politeknik, jadual tentatif pengeluaran pembiayaan PTPTN bagi semester kemasukan januari/ februari/mac  sesi 2011/2012 boleh dilihat di :



1) Tentatif ini adalah tertakluk kepada tarikh penerimaan data pengesahan status pelajar daripada IPT. Sebarang perubahan akan dimaklumkan kelak.

2) Tentatif pengeluaran pembiayaan pendidikan PTPTN ini hanya melibatkan pelajar bagi semester kemasukan Januari/Februari/Mac sesi 2011/2012.

3) Jadual ini dikemaskini sehingga 20 Februari 2012


sekian, 

Teguh, Setia, Bersatu !
Read More

Pilihan Raya Kampus

Assalammualaikum, Salam Perpaduan, Salam Keamanan & Salam 1Malaysia.




SHAH ALAM - Kewajaran mahasiswa terlibat dalam politik telah lama diperkatakan, sama ada politik kampus ataupun politik negara melibatkan parti-parti tertentu. Rata-rata penuntut yang ditemui bersifat berkecuali daripada terlibat dengan politik tetapi tidak menolak untuk menyokong mana-mana pemerintah.


Saban tahun ratusan mahasiswa mendaftar di universiti dan kolej dengan pelbagai keinginan, matlamat dan gaya penampilan untuk menambah ilmu di dada. Teruja mengulang kaji pelajaran untuk mendapat segulung ijazah dalam pelbagai bidang di menara gading. 

Kehidupan yang mencabar di kampus sedikit sebanyak mempengaruhi kecenderungan mereka bertembung dengan isu semasa yang melibatkan kepemimpinan, keilmuan, pergerakan politik dan perjuangan peribadi.

Namun dicelah-celah kekalutan menimba ilmu terdapat segelintir penuntut yang membawa fahaman politik masing-masing di luar ke dalam kampus. Tidak salah jika mereka ini hanya sekadar berpolitik di dalam kampus untuk bertanding merebut kerusi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), sekali gus melahirkan mahasiswa lebih berintegriti.

Sebaik menjejak kaki di kampus, mahasiswa dihidangkan dengan satu fenomena yang dinamakan politik kampus bagi melantik pemimpin dalam kalangan mereka. Golongan inilah antara prospek kelompok boleh dipergunakan oleh mana-mana pihak yang melihat mereka mudah dipengaruhi.

Maka pada sesi tertentu penamaan calon dan perang poster rancak dijalankan bagi membolehkan calon-calon terbaik bertanding seterusnya menjawat jawatan dalam MPP.

Timbalan Dekan Pusat Pengajian Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Siva Murugan berkata, setiap penuntut di universiti atau kolej boleh berpolitik di luar, tetapi haruslah memelihara keharmonian kampus yang merupakan kawasan neutral.

“Pada saya tidak salah sekadar berpakaian logo parti politik, tetapi mereka tidak boleh mengedar risalah dan mendaftar ahli baru ketika di kampus. Jika ingin membuka blog itu terpulang kepada mereka".

“Memandangkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) akan dipinda adalah menjadi tanggungjawab universiti untuk mengimbangi kedudukan menuntut. Layan mereka sebagai seorang yang matang, jika berlaku sesuatu tidak diingini di luar kampus biarlah pihak berkuasa yang menentukan hukumannya,” katanya.


Tanggungjawab matangkan mahasiswa 


Pengalaman menguruskan proses pilihan raya di kampus boleh mematangkan penuntut yang menerajuinya dan ia boleh dijadikan pembelajaran terbaik. Memegang jawatan sebagai pemimpin pelajar ketika berada di kampus boleh menjadikan seseorang penuntut lebih bertanggungjawab dan mewujudkan jati diri yang tinggi.

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Mohamad Maliki Mohamed Rapiee berkata, tempoh pengajian di universiti ialah ruang untuk mahasiswa mempersiapkan diri bagi menghadapi dunia sebenar.

“Penglibatan mereka dalam politik kampus adalah salah satu proses pembinaan karakter dalam kepimpinan. Setiap pengalaman seharusnya menjadi pembelajaran yang sangat berguna.

“Mahasiswa mesti bersikap terbuka dan ikhlas dalam perjuangan, nilai dan ideologi yang dipegang tidak pula membolehkan dia menolak dan memusuhi pihak lain yang tidak bersependapat dengannya,” katanya.

Maliki berkata, mahasiswa juga harus berani menentukan jati dirinya tanpa terikut-ikut dengan gaya serta tingkah laku pihak lain, terutama ahli politik luar yang mengamalkan sifat permusuhan dan radikal.

“Sebaliknya, mahasiswa harus mampu mencorakkan persekitaran yang sepatutnya dicontohi oleh masyarakat di luar sana. Barulah mahasiswa layak disebut sebagai agen transformasi," katanya.

Penuntut sudah terdedah dengan amalan berorganisasi di mana jawatankuasa MPP diwujudkan. MPP ditubuhkan melalui proses pilihan raya kampus di mana calon yang layak bertanding akan berkempen dalam tempoh diberikan.

Semua penuntut diwajibkan mengundi untuk memilih ahli MPP pada hari pengundian. Pegawai Hal Ehwal Pelajar bertanggungjawab menyelia sepenuhnya aktiviti yang dijalankan oleh jawatankuasa MPP ini.

Melalui Jawatankuasa MPP, penuntut diberi peluang untuk menyuarakan pandangan, komen yang membina bagi pembangunan pembelajaran dan pengajaran dalam program pengajian mereka.

Melalui penyertaan pilihan raya kampus calon dan petugas kempen, berpeluang berpolitik dalam kampus. Konsep demokrasi, kepimpinan dan pengurusan yang biasanya diperkenalkan daripada membaca buku, dapat difahami melalui latihan sebenar ketika pilihan raya kampus.

Selain bakat pemimpin dapat dicungkil melalui pidato dan perdebatan.


Kewajaran Auku


Kewujudan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) ketika era Tun Hussain Onn menyebabkan ada pihak yang tidak berpuas hati kerana mengekang kebebasan mahasiswa dan ahli akademik dalam menyuarakan pandangan secara bebas.

Namun, kenyataan yang dikeluarkan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah memberi jaminan akan kesediaan kerajaan untuk berbincang dengan semua pihak termasuk daripada wakil mahasiswa bagi meminda Auku yang dilihat sebagai penghalang kepada mahasiswa untuk menyatakan pendirian dan pendapat tentang sesuatu isu.

Tujuan utamanya adalah untuk melonggarkan peraturan sedia ada supaya mahasiswa dibenarkan terlibat dalam politik. Perkara tersebut wajar, disebabkan mahasiswa diajar bersuara jika tidak puas hati tetapi apabila mahu membuka mulut di gelanggang politik, mereka ‘dipancung’. Situasi itu menimbulkan tanda tanya di mana kedudukan mahasiswa dalam senario politik negara?

Profesor politik dan Kerajaan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Jayum Jawan berkata, masyarakat perlu bersikap terbuka melihat senario ini dan jangan membandingkan dengan kebangkitan mahasiswa zaman dulu kerana politik kini sudah berubah dengan pelbagai angin pembaharuan dan jika golongan itu terus disekat, ia memberi impak lebih buruk pada masa depan.

Bagi aktivis-aktivis kampus demokrasi, pilihan raya kampus merupakan peluang keemasan untuk menjalankan kempen kesedaran demokrasi bagi mentadbir kampus dalam kalangan mahasiswa.

Ruang berpidato dan perbahasan dalam kalangan calon-calon yang membawa manifesto masing-masing dilIhat sangat berkesan dalam mempertingkatkan kesedaran mahasiswa dalam politik kampus. Calon dan petugas perlu berkempen memperkenalkan diri dan konsep demokrasi kepada warga kampus lain.

Pilihan raya kampus adalah wacana penting untuk warga kampus menghayati politik sebenar. Pihak universiti perlu menggalakkan mahasiswa mengambil bahagian secara aktif dalam pilihan raya kampus.

Universiti perlu memberi kuasa sepenuhnya kepada MPP untuk menjalankan pilihan raya kampus sendiri dengan hanya menjadi pemerhati. sahaja walaupun politik kampus seolah-olah tidak berpengaruh.

sumber : Sinar Harian

Sekian, buat bacaan dan penghayatan rakan-rakan mahasiswa/i UKM sekalian.

Teguh, Setia, Bersatu !
Read More

PEACE FOR PALESTINE !

Assalammualaikum dan salam 1 Aspirasi. Kami, Sekretariat Aspirasi UKM selaku mahasiwa/i Universiti Kebangsaan Malaysia yang prihatin akan keperitan dan kesengsaraan rakyat-rakyat Palestine ingin mengajak rakan-rakan mahasiswa/i UKM yang lain untuk turut serta dalam menyertai ;

KEMPEN 
"PEACE FOR PALESTINE"


Buat pengetahuan masiswa/i prihatin sekalian, kempen ini dilancarkan oleh gagasan ASPIRASI di seluruh IPT bersama Penggerak Mahasiswa di seluruh Malaysia. Kempen ini merupakan salah satu usaha mahasiswa/i untuk menyokong pembebasan Palestine serta menolak Israel.

Justeru, kami menyeru rakan-rakan sekalian untuk turut serta berganding bahu dalam misi ini. Sebarang aktiviti atau program yang bakal diadakan akan kami maklumkan di laman blog ini serta di SINI.

Sekian, 

Teguh, Setia, Bersatu !
Read More

Tuesday, February 14, 2012

Pembayaran PTPTN Lewat

Assalamualaikum dan salam 1 Aspirasi. Sementara menunggu keputusan peperiksaan untuk semester 1 yang bakal dikeluarkan pada 15 Februari 2012 ini, pasti ada yang bertanya-tanya tentang bayaran untuk semester 2 terutamanya bagi pelajar tahun 1 yang masih belum arif lagi dalam hal pengurusan universiti.

Pihak Aspirasi ingin memaklumkan kepada mahasiswa dan mahasiswi yang mendapatkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bahawa pada semester 2 ini pinjaman tersebut dijangka akan masuk (bank-in) pada 1/3/2012. Sila rujuk pada link di bawah untuk makluman penuh :


Manakala bagi anggaran amaun bagi yuran penginapan yang dicaj pada awal sem bagi pelajar yang membuat pra pengesahan kolej adalah seperti berikut : 

  • Kolej Keris Mas & Kolej Pendeta Zaaba = 637.00 
  • Kolej Tun Dr Ismail = 686.00 
  • Lain-lain kolej = 385.00 

Pihak Aspirasi berharap mahasiswa dapat bersabar selain mengamalkan sikap berjimat-cermat sementara menunggu wang pinjaman tersebut masuk. Untuk mengetahui teknik-teknik pengurusan wang yang effektif bagi mahasiswa/i, sila baca di SINI(KLIK!). Pihak Aspirasi akan cuba untuk mendapatkan maklumat-maklumat tambahan bagi membantu mahasiswa dan mahasiswi UKM. 

**tambahan : tarikh-tarikh penting yang perlu diambil perhatian buat mahasiswa/i UKM;


20 FEBRUARI 2012 -- Pendaftaran Kursus bagi pelajar : 

  • tidak membuat pendaftaran awal;

  • menggantung pendaftaran pada semester sebelumnya.

20 FEBRUARI -- 4 MAC 2012

  • Tambah / Gugur kursus

5 -- 8 MAC 2012

  • Gugur kursus sahaja

19 -- 25 MAC 2012
  • Pengesahan pendaftaran kursus

19 MAC -- 15 APRIL 2012
  • Tarik Diri kursus sahaja


Sekian,
TEGUH,SETIA,BERSATU!


“Kebajikan Mahasiswa Perjuangan Kami” 
Read More

Entri Hit Tertinggi

ASPIRASI UKM. Powered by Blogger.