Photobucket

Tuesday, July 17, 2012

Usah kita mudah berputus asa!


Assalamualaikum dan salam 1 ASPIRASI. Ramadhan semakin mengunjungi kita. Apabila ramadhan semakin dekat, ini bermakna Hari raya Aidilfitri juga semakin berkunjung tiba. Sekretariat Aspirasi ingin mengingatkan kepada kesemua mahasiswa/i supaya menjaga amal ibadat dan adab sempena bulan ramadhan ini. Perbanyakkan amalan seperti membaca al-Quran dan berzikir untuk terus merebut peluang ini untuk merapatkan hubungan kita kepada Allah.






TERUSKAN USAHA! JANGAN MUDAH PUTUS ASA!


Gambar ini mungkin memberi motivasi kepada adik-adik kita yang akan mengambil peperiksaan seperti UPSR, PMR dan SPM yang jarak antaranya tidaklah sejauh mana. Belajarlah bersungguh-sungguh untuk masa hadapan. Kepada adik-adik di luar sana yang akan mengambil peperiksaan tidak kiralah UPSR ataupun PMR mahupun SPM; sekretariat Aspirasi ingin mengucapkan selamat berjaya dan janganlah mudah untuk kita berputus asa. Masih jauh lagi perjalanan adik-adik. Kepada mahasiswa/i di UKM, ambillah gambar ini sebagai pencetus semangat untuk kita terus berjuang dengan sesi yang baru ini. 


Yang lepas hanya tinggal sejarah; esok peluang masih lagi cerah. 

Read More

Sunday, June 17, 2012

Isra' dan Mikraj : Sejarah Jadi Pedoman

Salam 1 ASPIRASI dan Salam ISRA' MIKRAJ. 



PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ


Sempena bulan Rejab yang banyak keberkatannya ini, kami menyorot peristiwa Israk dan Mikraj yang berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah. Semoga mahasiswa/i sekalian dapat menghayati dan mengambil iktibar.

Ringkasan peristiwa Israk dan Mikraj



1. Sebelum Israk dan Mikraj ;

Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.


2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa) ;

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

1. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
2. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;
3. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan).

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

* Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.


* Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).


* Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).


* Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.


* Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.


* Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.


* Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.


* Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.


* Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat)dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.


* Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubangyang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.


* Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.


* Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.


* Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.


Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dariBuraq. Kemudian masuk ke dalam masjid danmengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.


3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

1. Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat hodoh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

2. Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.

3. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.

4. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.

5. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

6. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

7. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, 
"Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALAQUWWATA ILLA BILLAH". 

Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A.S. bersabda, 
"Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH,WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga".

Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib, Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

8. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha.Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungaisusu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah,daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubahwarna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

9. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yangghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

10. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S.W.T : Ya Muhammad.

Rasulullah : Labbaika.

Allah S.W.T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.

Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakankepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaimanmenguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaankepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuhayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatuperbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.


Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan,mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.


4. Selepas Mikraj

Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi(bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)


Tuhan Sentiasa Bersama!
Read More

Tuesday, May 22, 2012

Berita Terkini Saudara Mohamad Khalil Saipi

              Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Kami dari Sekretariat Aspirasi UKM prihatin dengan apa yang berlaku kepada Saudara Mohamad Khalil Saipi pelajar tahun 3, program Geografi Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), juga merupakan mantan Presiden Permuafakatan Siswa Siswi Felda (Persada) UKM dan penghuni Kolej Burhanuddin Helmi.

Untuk pengetahuan, saudara khalil kini ditempatkan di wad ICU, Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban, Negeri Sembilan kerana telah mengalami kecederaan parah disebabkan kemalangan jalan raya di susur keluar Seremban pada lebih kurang pukul 4petang. Kemalangan berlaku apabila motor yang dinaikinya melanggar sebuah lori. 

Saudara khalil mengalami patah kedua-dua belah tangan, kaki kiri dan pinggul kanan. Maklumat ini diperolehi oleh ahli Kelab Aspirasi yang melawat khalil dan keluarga di HTJ pada 20hb Mei yang lalu. Wakil kami juga telah berjumpa dengan ibubapa khalil dan memberi kata semangat kepada mereka sekeluarga. Semoga keluarga saudara khalil tabah menghadapi ujian Allah.

Pada 21hb Mei, kami mendapat berita saudara khalil telah memberi perubahan positif. Marilah sama-sama kita mendoakan semoga Saudara Mohamad Khalil Saipi cepat sembuh.

Kami dari Sekretariat Aspirasi sentiasa mendoakan semoga Khalil cepat sembuh dan diberi kekuatan oleh Allah SWT dalam menghadapi ujian yang DIA berikan. Kebajikan anda, perjuangan kami.


Sekian,

Read More

Sunday, May 20, 2012

Lawatan Akademik Sekitar FSSK dari UTM dengan kerjasama Sekretariat Aspirasi UKM

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Pada 17 Mei yang lalu, Sekretariat Aspirasi UKM yang diketuai oleh MPP ASPIRASI UKM, saudara Mohd Fadzil Bin Razali telah bekerjasama dengan pihak Universiti Teknologi  Malaysia (UTM) bagi mengadakan lawatan akademik di Universiti Kebangsaan Malaysia. Fakulti yang terpilih untuk program ini adalah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, FSSK.

Program ini merupakan program lawatan HR TOUR UTM dan merupakan program perkongsian ilmu antara pelajar UKM dan UTM. Sekretariat ASPIRASI selaku pemudah cara program telah menguruskan perjalanan dan pergerakan pelajar UTM malah memberikan info-info berguna supaya peserta-peserta UTM dapat mengenali UKM dengan lebih mendalam.  

MPP Aspirasi UKM, Mohd Fadzil Razali sedang memberikan penerangan tentang UKM


Program kali ini mengandungi lawatan peserta ke Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan dan sekitar Pusanika, ucapan dari kedua-dua pihak universiti, sesi Q&A mengenai Universiti Kebangsaan Malaysia, malah Sekretariat Aspirasi UKM turut membawa mereka melawat DECTAR dan Masjid UKM yang merupakan kebanggaan warga UKM. 










Ucapan wakil Sekretariat Aspirasi UKM 



Program tamat pada jam 7.00 petang dan sekretariat Aspirasi UKM menghantar peserta dari UTM pulang ke Kolej Idris Al-Marbawi. Ternyata peserta UTM amat gembira dan mendapat pelbagai info berguna disepanjang lawatan akademik mereka ke UKM ini.



Ternyata, mereka amat menghargai program yang dimudahcarakan Sekretariat Aspirasi UKM ini dan berharap dapat bekerjasama lagi. Sekian, 

Teguh, Setia, Bersatu !
Read More

Friday, May 18, 2012

Selamat Ulang Tahun UKM Ke-42 !


Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Kami dari barisan perwakilan Sekretariat Aspirasi Univerisiti Kebangsaan Malaysia mengucapkan, 


Semoga dengan ulang tahun varsiti kita yang ke-42 ini akan lebih menganjakkan pencapaian UKM dan seluruh warganya kehadapan seiring dengan misi dan visi Universiti Kebangsaan Malaysia. Kami dari sekretariat Aspirasi UKM akan terus memberi sokongan padu kepada program-program rancangan UKM yang melibatkan peningkatan modal insan kelas pertama kepada warga UKM, serta yang melibatkan kebajikan mahasiswa/i UKM itu sendiri. Sekian, 

Teguh, Setia, Bersatu bersama UKM selama 42 tahun !
Read More

Saturday, May 5, 2012

Memorandum isu CESMED : Pertemuan Dengan TNC HEPA DAN TNC HAA

MEMORANDUM BERKAITAN DENGAN SUBJEK INOVASI DAN KEUSAHAWANAN (CESMED) TAHUN 1 DARIPADA: 
AHLI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA KEPADA PROF DATUK DR NOOR AZLAN GHAZALI DAN PROF IR DR OTHMAN A. KARIM, TIMBALAN NAIB CANSELOR HAL EHWAL AKADEMIK DAN ANTARABANGSA SERTA TIMBALAN NAIB CANSELOR HAL EHWAL PELAJAR DAN ALAUMNI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. 

Merujuk kepada tajuk memorandum yang disebutkan, adalah dengan ini kami, ahli-ahli Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia merasa terpanggil dengan situasi yang dihadapi oleh para pelajar tahun 1 sesi akademik 2011/2012. Berdasarkan sedikit kajian oleh pihak kami, masalah-masalah berikut telah dihadapi oleh para pelajar antaranya:- 



1. Pertembungan jadual kuliah utama CESMED dengan subjek lain pelajar yang penting seperti Wajib Major dan Wajib Fakulti dan menyebabkan mereka terpaksa memilih antara dua subjek tersebut 

2. Sistem pengurusan pendaftaran yang tidak tersusun menyebabkan kekalutan terutamanya ketika kuliah utama bersurai dan kad matrik pelajar yang diberi kepada pegawai yang bertugas mempunyai kemungkinan untuk hilang ketika proses pengembalian semula dilakukan Sehubungan dengan itu, pihak kami dengan rendah hati ingin mencadangkan bebrapa solusi yang dirasakan bersesuian dengan masalah yang dihadapi oleh para pelajar seperti:- 

1. Menetapkan satu waktu atau hari yang khusus bagi kelas CESMED, contohnya pada hari Rabu pada sebelah petang dan waktu ini mesti dikosongkan oleh pihak fakulti bagi memudahkan para pelajar bagi mengikuti subjek ini. Kerjasama antara pihak CESMED bersama dengan pihak fakulti dapat menambah keberkesanan subjek ini kepada pelajar .

2. Pengurusan pendaftaran yang sistematik tanpa melibatkan pengambilan kad matrik pelajar yang merupakan identifikasi diri pelajar di dalam UKM dan terdapat beberapa kes pelajar yang tidak dapat mengambil semula kad matrik mereka dalam keadaan terburu-buru ingin pulang ke kolej masing-masing .

3. Pembahagian fakulti mengikut semester juga boleh dipraktikkan bagi mengurangkan kesesakan dan kepadatan pelajar yang mengikuti kelas ini sebagaimana yang dipraktikkan oleh subjek TITAS dan Hubungan Etnik .

Pihak kami mengharapkan dengan adanya cadangan daripada pihak kami dapat membantu memacu UKM ke arah yang lebih tinggi lagi seiring dengan gelaran university penyelidikan dan berautonomi .

Disediakan Oleh 
Muhammad Helmi Othman 
Ahli Majlis Perwakilan Pelajar 
merangkap Wakil Presiden Urusetia Aspirasi 
Universiti Kebangsaan Malaysia.




*Tambahan perbincangan juga meliputi, mengenai tujuan cesmed ditubuhkan, peperiksaan yang lebih telus melalui on line, selain penjelasan TNC HEPA dan HAA megenai kopetensi atau kecekapan tenaga pengajar, keberkesanan dan KPI. Prinsip kami jelas, mahu CESMED diteruskan kerana ianya adalah satu usaha murni UKM untuk membudayakan keusahawanan dalam kalangan pelajar selain menjadi penyokong kepada pelan transformasi dan aspirasi kerajaan. Cuma dalam proses itu kami ASPIRASI UKM dengan rendah hati mencadangkan penambahbaikan agar CESMED terus mantap, profesional dan diminati oleh pelajar. Terima kasih juga pada rakan-rakan yg sudi bersama-sama berusaha menyumbangkan idea dan pandangan serta sentiasa memastikan usaha murni UKM ini disokong bukan direbahkan. Sekian.

TEGUH, SETIA, BERSATU!
Read More

Entri Hit Tertinggi

ASPIRASI UKM. Powered by Blogger.