Photobucket

Monday, February 20, 2012

Gemuruh Jiwa, Semangat Membara !

Assalammualaikum dan salam 1 Aspirasi. Setelah bercuti selama sebulan, kini tibalah masa untuk mahasiswa/i UKM pulang ke kampus dan memulakan sesi pembelajaran semester 2 pada hari ini, isnin, 20 februari 2012. Bermula dengan sesi pendaftaran kursus pada hari ini, sebilangan kelas telah bermula serentak dengan tarikh pendaftaran kursus/subjek. 

Justeru, kami di pihak sekretariat Aspirasi UKM ingin mengucapkan selamat kembali ke kampus dan memulakan semester baru dengan semangat yang membara. Tetapkan sasaran yang jelas serta fokuskan niat untuk mengatasi keputusan peperiksaan semester 1 yang baru dikeluarkan pada 15 februari lepas. Pada masa yang sama, berdoa dan memohonlah kepada Pencipta kita agar dipermudahkan segala urusan menuju kejayaan.


Dalam proses menggapai kejayaan yang mana dalam perspektif seorang mahasiswa, bergraduasi dengan cemerlang, sudah tentu kita akan berhadapan dengan pelbagai ujian serta cabaran. 'Assignment', kerja lapangan, ujian makmal, 'mid sem test', serta sistem Kontrak Pembelajaran yang diperkenalkan oleh UKM adalah antara ujian-ujian yang diterima mahasiwa/i UKM yang hakikatnya membantu kita menggilap potensi diri serta membentuk modal insan yang cemerlang, bukan graduan 'exam oriented' semata-mata. Ingatlah bahawa ketika di alam pekerjaan nanti, kita bukan bergelumang dengan buku semata-mata. Oleh itu, cabarlah diri anda untuk mengatasi cabaran-cabaran dalam proses menamatkan pembelajaran di UKM selain belajar bersungguh-sungguh demi mencapai gred terbaik ketika peperiksaan.

Semoga semangat ingin berjaya ini berkobar-kobar tatkala semester baru tiba, dan kita dapat mengekalkan momentum ini sehingga kejayaan mutlak dicapai ketika dapat bergraduasi dengan cemerlang nanti. InsyaAllah. Sekian, 

Teguh, Setia, Bersatu !

Read More

Sunday, February 19, 2012

Tips Menghadapai Kegagalan


Assalamualaikum dan salam 1 Aspirasi. Baru-baru ini keputusan peperiksaan semester 1 sudah pun dikeluarkan dan mahasiswa/i sudah pun tahu keputusan yang diperoleh. Walau sebaik dan seburuk manapun keputusan tersebut, itulah keputusan yang anda telah usahakan selama semester 1 ini. Kepada yang mendapat dekan bagi keputusan ini, pihak Aspirasi ingin mengucapkan tahniah dan semoga anda dapat mengekalkan keputusan yang terbaik ini untuk semester akan datang. Kepada yang kurang berjaya, masih ada ruang dan peluang untuk anda memperbaiki keputusan ini. Di sini, pihak Aspirasi ingin memberikan tips-tips untuk mengatasi kegagalan dengan bertujuan memandu anda mengatasi rasa gagal dalam diri anda . Antaranya : 


1. Bersikap optimistik
Sentiasa bersikap dan bertindak positif apabila menghadapi kegagalan. Ingatlah bahawa kegagalan adalah kunci kejayaan. Malah tokoh-tokoh besar juga pernah dan mengalami kegagalan dalam jumlah yang lebih banyak. Dan ingatlah bahawa Allah mengetahui apa yang terbaik buat diri kita sedangkan kita tidak mengetahuinya. 

2. Kekalkan semangat kerja keras
Jangan sesekali duduk diam walaupun anda gagal atau berjaya. Kekalkan semangat untuk terus berjuang dalam menimba ilmu. Jangan pernah berputus asa dan sentiasa kerja keras untuk mencapai matlamat anda dengan sikap yang positif. 

3. Berani
Sentiasa berani untuk mencuba pelbagai teknik belajar. Apabila anda mendapat cara belajar yang berkesan, kekalkan dan terus berusaha kuat tanpa perlu mempedulikan kata-kata orang lain yang memandang rendah terhadap diri anda. 

4. Bersabar
Anda harus ingat bahawa kegagalan adalah proses pembelajaran untuk berjaya. Sentiasa bersabar dengan dugaan yang telah diberikan dan terima dengan hati yang terbuka tetapi sentiasa mencari jalan keluar untuk tidak terus berada dalam kegagalan. 

5. Tenang dan sentiasa fokus
Apabila mengalami suatu kegagalan, bertenang. Usah panik. Panik tidak dapat menyelesaikan masalah anda. Cuba sentiasa berfikir untuk mencari jalan penyelesaian. Fokus dengan matlamat asal anda dan cuba untuk mencapainya. Cara yang terbaik adalah melakukan solat sunat dan sentiasa membaca Al-Quran untuk menenangkan fikiran. Amalkan juga doa berikut :


Kejayaan tidak akan datang bergolek. Kesemua perkara dalam dunia ini memerlukan usaha yang kuat tanpa mengenal erti putus asa. Sekiranya anda betul-betul tertekan, carilah rakan baik anda dan luahkan perasaan tersebut. Mungkin dia tidak dapat membantu banyak tetapi sekurang-kurangnya anda dapat berkongsi masalah dengan seseorang yang anda percayai. Tingkatkan usaha dan teruskan belajar demi masa depan. BELAJAR LEBIH BAIK. Sekian terima kasih. 





TEGUH,SETIA,BERSATU!
Read More

Tuesday, February 14, 2012

Pembayaran PTPTN Lewat

Assalamualaikum dan salam 1 Aspirasi. Sementara menunggu keputusan peperiksaan untuk semester 1 yang bakal dikeluarkan pada 15 Februari 2012 ini, pasti ada yang bertanya-tanya tentang bayaran untuk semester 2 terutamanya bagi pelajar tahun 1 yang masih belum arif lagi dalam hal pengurusan universiti.

Pihak Aspirasi ingin memaklumkan kepada mahasiswa dan mahasiswi yang mendapatkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bahawa pada semester 2 ini pinjaman tersebut dijangka akan masuk (bank-in) pada 1/3/2012. Sila rujuk pada link di bawah untuk makluman penuh :


Manakala bagi anggaran amaun bagi yuran penginapan yang dicaj pada awal sem bagi pelajar yang membuat pra pengesahan kolej adalah seperti berikut : 

  • Kolej Keris Mas & Kolej Pendeta Zaaba = 637.00 
  • Kolej Tun Dr Ismail = 686.00 
  • Lain-lain kolej = 385.00 

Pihak Aspirasi berharap mahasiswa dapat bersabar selain mengamalkan sikap berjimat-cermat sementara menunggu wang pinjaman tersebut masuk. Untuk mengetahui teknik-teknik pengurusan wang yang effektif bagi mahasiswa/i, sila baca di SINI(KLIK!). Pihak Aspirasi akan cuba untuk mendapatkan maklumat-maklumat tambahan bagi membantu mahasiswa dan mahasiswi UKM. 

**tambahan : tarikh-tarikh penting yang perlu diambil perhatian buat mahasiswa/i UKM;


20 FEBRUARI 2012 -- Pendaftaran Kursus bagi pelajar : 

  • tidak membuat pendaftaran awal;

  • menggantung pendaftaran pada semester sebelumnya.

20 FEBRUARI -- 4 MAC 2012

  • Tambah / Gugur kursus

5 -- 8 MAC 2012

  • Gugur kursus sahaja

19 -- 25 MAC 2012
  • Pengesahan pendaftaran kursus

19 MAC -- 15 APRIL 2012
  • Tarik Diri kursus sahaja


Sekian,
TEGUH,SETIA,BERSATU!


“Kebajikan Mahasiswa Perjuangan Kami” 
Read More

Friday, February 10, 2012

BAKSIS KUO 2012 - Together We Success !

                                         Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. Pada 27 Januari 2012 yang lepas Sekretriat Hal Ehwal Luar dan Pengantarabangsaan (HELA) di bawah Kolej Ungku Omar telah mengadakan sebuah program iaitu BAKTI SISWA KOLEJ UNGKU OMAR 2012 (BAKSIS). Dengan bertemakan “Together to success” dan melibatkan ahli sekretariat HELA, serta beberapa barisan JAKSA KUO yang lain, program ini telah diketuai oleh saudari Ratmah Binti Rura yang juga merupakan JAKSA HELA Kolej Ungku Omar pada sesi ini. 



Sebelum tibanya 27 Februari lagi, barisan urusetia telah mengadakan perkampungan selama 4 hari di kolej untuk menyediakan kelengkapan bagi program tersebut. Antara usaha yang dilakukan adalah dengan membuat banner elektronik dengan tujuan untuk menghebahkan kepada masyarakat tentang program ini. 





Program ini berlangsung selama 3 hari 2 malam dengan beberapa objektif iaitu :
  1. Mengasah serta membentuk sifat kepimpinan dalam diri mahasiswa seiring dengan peningkatan sahsiah dalam diri masing-masing. 
  2. Melatih mahasiswa dalam pengurusan berorganisasi agar lebih bersedia untuk menerajui pucuk pimpinan di masa hadapan. 
  3. Meningkatkan kemahiran berkomunikasi mahasiswa dalam menyampaikan idea secara lisan dan bertulis, berunding ke arah mencapai keputusan dan sebagainya. 
  4. Memupuk semangat berpasukan dalam kalangan mahasiswa yang berbilang kaum.

Pada jam 9 pagi pada 27 Februari 2012, bas bertolak ke Kampung Sawah Sempadan,Tanjung Karang, Selangor. Program ini bertujuan untuk merapatkan hubungan antara mahasiswa dengan masyarakat. Di sana, program penyerahan anak angkat telah diadakan. Di rumah masing-masing, mereka telah beramah mesra dengan ibu dan ayah angkat mereka. 



Pelbagai aktiviti telah dijalankan untuk mencari formula bagi merapatkan hubungan sesama masyarakat antaranya pada malam yang pertama, telah diadakan ceramah agama di surau dengan tajuk “Anak Anugerah Allah”. Pada 28 Februari pula, peserta telah pergi ke SK Sawah Sempadan untuk mendekatkan diri dengan murid-murid di sana dan telah melakukan beberapa aktiviti yang menyeronokkan. 
















Sesi masak memasak dengan orang kampung juga telah diadakan dengan memasak makanan terkenal di kampung tersebut iaitu Nasi “Ambeng”. Makanan ini telah menjadi makanan yang wajib sekiranya terdapat orang luar yang bertandang ke kampung tersebut. 








Pada keesokan harinya mereka telah mengadakan beberapa aktiviti sukan bersama dengan orang kampung untuk beriadah di samping dapat mengenali dengan lebih dekat lagi masyarakat di sana. Antara pertandingan yang diadakan ialah tarik tali, musical chair dan “lukisan anak saya paling cantik”. Kegembiraan murid-murid di sana jelas terpancar kerana ayah dan ibu mereka dapat bersama sama untuk menjayakan aktiviti sukan tersebut. 


















Pada 29 Februari mereka telah pergi ke surau dan juga masjid untuk membersihkan surau-surau yang sudah lama tidak digunakan. Ini adalah salah satu aktiviti untuk memberi khidmat kepada masyarakat bagi menunjukkan perasaan sayang mahasiswa kepada masyarakat sekeliling. 











“Alhamdullilah. Akhirnya program ini dapat dijalankan dengan jayanya dan saya berharap agar aktiviti-aktiviti seperti dapat dijalankan lagi pada masa akan datang” ujar Ketua Program merangkap JAKSA HELA, saudari Ratmah Binti Rura. 


Semoga UKM memperbanyakkan lagi aktiviti seperti ini supaya masyarakat lebih jelas tentang imej seorang mahasiswa UKM.




Sekian terima kasih. 

TEGUH,SETIA,BERSATU! 
Read More

Entri Hit Tertinggi

ASPIRASI UKM. Powered by Blogger.