Photobucket

Monday, March 26, 2012

TERIMA KASIH KAMI UCAPKAN!


Assalamualaikum dan salam 1 Aspirasi. Pengumuman penting buat mahasiswa dan mahasiswi sekalian. Dengan sukacitanya, diumumkan bahawa bauncar buku 1 Malaysia yang bernilai RM200 telah dilanjutkan tarikh luputnya sehingga 30 April 2012 ini. Pengumuman ini telah dilakukan oleh Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sendiri. Beliau berkata lanjutan tempoh selama 30 hari diumumkan bagi memberi peluang kepada kira-kira 30,000 pelajar institusi pengajian tinggi yang baru mendaftarkan diri menikmati kemudahan terbabit. Justeru itu, sebanyak 292 kedai buku yang selama ini menerima baucar tersebut dikehendaki untuk menerima sehingga tarikh yang baru.



Pihak Aspirasi ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada kerajaan kerana memahami kehendak mahasiswa dan mahasiswi.  

TEGUH,SETIA,BERSATU!


Read More

Saturday, March 17, 2012

TAWARAN BIASISWA TUNKU ABDUL RAHMAN


YAYASAN TUNKU ABDUL RAHMAN (YTAR)
- TAWARAN BIASISWA TUNKU ABDUL RAHMAN (BTAR) 2012

Sukacita dimaklumkan kepada pelajar yang berminat dan berkelayakan dipelawa untuk memohon biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) 2012.

Borang permohonan dan maklumat lanjut boleh dimuat turun daripada laman web YTAR, www.yayasantar.org.my (KLIK SINI)

Semua permohonan daripada pemohon yang sedang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda di IPT tempatan dalam Negara MESTI dibuat melalui Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Amluni Universiti.

Tarikh tutup permohonan adalah selewat-lewatnya pada 30 Mac 2012.

Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah hubungi atau telefon 03-89215316 :
Puan Wan Roshana Wan Embong (UKM)

Klik SINI untuk lampiran. Sekian, 

Teguh, Setia, Bersatu !

Read More

Thursday, March 15, 2012

TAHNIAH ASPIRASI KOLEJ UNGKU OMAR!

Assalamualaikum dan salam 1 Aspirasi. Pada Ahad yang lepas (11/3/2012), pihak ASPIRASI KOLEJ UNGKU OMAR (KUO) dengan kerjasama Extreme-C KUO dan barisan JAKSA KUO telah mengadakan suatu program iaitu "Program Sehari Menjadi Mahasiswa UKM". Sasaran program adalah pelajar tingkatan enam atas SMK Dato' Syed Ahmad. Program tersebut bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar tentang suasana pembelajaran di universiti agar menjadi motivasi dalam meningkatkan pretasi kecemerlangan dalam dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia ( STPM ). Selain itu, pelajar juga dapat berkongsi cerita dan merasai kehidupan sebagai mahasiswa/i di universiti.


Ketua pengarah bagi program kali ini ialah INTAN NADZATUL ELYANI BINTI BASERI. Pelbagai aktiviti telah diadakan selama 3 hari 2 malam sepanjang pelajar-pelajar tingkatan 6 berada di UKM. Antara aktiviti yang menarik ialah lawatan ke Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin, Masjid Putrajaya dan juga ke Parlimen Malaysia, slot ceramah dengan tajuk "Kepimpinan",sesi adik angkat dan pelbagai lagi. 















Pihak Aspirasi mengucapkan tahniah kepada Aspirasi Kolej Ungku Omar dan juga berharap agar aktiviti-aktiviti seperti ini dapat dijalankan lagi bagi memberi gambaran jelas kepada masyarakat luar tentang UKM. Sekian terima kasih. 

TEGUH,SETIA,BERSATU!


Read More

Monday, March 12, 2012

[PENTING] Isu Lanjutan JPA


Assalamualaikum dan salam 1 Aspirasi. Berkenaan info lanjutan kepada biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), pihak PenTAS telah pun menghubungi pihak JPA di telefon pada 12/3/2012 tepat jam 9 pagi. Kami telah berjaya menembusi talian setelah berkali kali mencuba. Dalam perbualan pagi tadi, pihak PenTAS telah bertanyakan tentang tarikh sebenar biasiswa JPA akan dikreditkan.


SOALAN : Adakah benar wang akan dikreditkan pada 13/3/2012?

"Ya. Tarikh tersebut telah pun dipastikan dan sekiranya tiada masalah, esok (13/3/2012) biasiswa akan dimasukkan ke dalam akaun setiap pemegang biasiswa JPA di UKM. Walaubagaimanapun, ianya akan mengambil sedikit masa kerana sistem harus mengkreditkan jumlah wang yang besar. Tetapi pihak kami yakin ianya tidak akan memakan masa yang terlalu lama. Pelajar UKM diharap dapat bersabar dan kami akan cuba yang terbaik untuk mempercepatkan urusan tersebut,".

Setelah mendapat pengesahan tersebut, pihak kami tidak lagi bertanyakan soalan kerana yakin dengan jawapan yang diberikan. Segala info yang mendatang, akan dilampirkan di dalam blog ini. Kebajikan mahasiswa, perjuangan kami! Sekian terima kasih. 

TEGUH,SETIA,BERSATU!
Read More

Alumni UKM Mati Dibunuh

PUCHONG: Seorang wanita yang datang dari Segamat, Johor bagi mencari suaminya mendapat berita paling mengejutkan apabila mendapati suami dan anak perempuan tunggalnya mati dipercayai dibunuh di Taman Kinrara 1 di sini, malam tadi. Mayat dua beranak itu ditemui di dalam dua bilik berasingan selepas sepasukan polis memecah pintu rumah teres setingkat itu, kira-kira jam 10 malam.


Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abd Razak Elias, berkata mangsa yang berketurunan Portugis itu dikatakan berkunjung ke rumah anak perempuan dan bekerja sebagai pensyarah kolej swasta kira-kira empat hari lalu untuk membawanya pulang ke Segamat.

Katanya, isteri mangsa yang berketurunan Melayu dan berusia dalam lingkungan 50-an itu tidak ikut ke Puchong. Bagaimanapun, dia ada cuba menghubungi lelaki itu dan anaknya sejak beberapa hari lalu tetapi gagal.

“Berikutan gagal menghubungi suami dan anak perempuannya, wanita terbabit membuat laporan kehilangan mereka di balai polis di Segamat sebelum datang ke Puchong.

“Apabila sampai ke rumah anaknya, dia cuba memanggil suami dan anaknya tetapi tiada yang menyahut manakala pintu berkunci menyebabkan dia pergi ke balai polis berdekatan kira-kira jam 9.45 malam tadi untuk meminta bantuan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, malam tadi.

Beliau berkata, sepasukan anggota polis membawa isteri mangsa ke tempat kejadian sebelum memecah pintu rumah teres berkenaan.

“Sebaik masuk ke dalam rumah yang tidak ditutup lampu itu, anggota kami menemui mayat lelaki terbabit di atas katil di dalam sebuah bilik manakala mayat anak perempuannya ditemui di atas lantai di bilik lain,” katanya.


Menurutnya, mayat anak perempuan mangsa yang ditemui dalam keadaan terlentang itu masih lengkap bertudung.

Katanya, berdasarkan siasatan awal, tidak ditemui sebarang kesan kecederaan fizikal pada kedua-dua mangsa dan mayat dua beranak terbabit dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.

Abd Razak berkata, siasatan juga mendapati tiada kesan geledah di rumah berkenaan tetapi dua telefon bimbit milik mangsa dan anak perempuannya hilang.

“Kereta Perodua Kenari milik anak perempuan mangsa juga dipercayai hilang manakala kereta Toyota Camry milik mangsa ditemui diletakkan di luar pagar di depan rumah,” katanya.

Difahamkan, kereta mangsa berada di kawasan rumah itu manakala kereta Perodua Kenari milik anak perempuannya tiada di situ.

Abd Razak berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh yang mana sabit kesalahan, seseorang itu boleh dihukum mati mandatori.
sumber : Harian Metro


**Mangsa merupakan salah seorang warga UKM yang sangat dihormati,  malah merupakan presiden kelab orang kurang upaya UKM (Kelab Mahasiswa Istimewa UKM), iaitu saudari Zara Eleena Omar Peter. 


*kami dari barisan kepimpinan Aspirasi menitipkan belasungkawa buat keluarga dan saudara mara mangsa. Semoga Allah meletakkan mangsa dan ayahnya dalam kalangan orang beriman. InsyaAllah. Sekian, 

Teguh, Setia, Bersatu !
Read More

Friday, March 9, 2012

ASPIRASI KBH : Cakna Masa Depan Mahasiswa !





Assalamualaikum dan salam 1 Aspirasi. Pada 8/03/2012, Aspirasi Kolej Burhanuddin Helmi (KBH) telah berjaya menganjurkan suatu forum yang bertajuk “Forum Kerjaya Mahasiswa Gemilang” dengan tema “Membina kerjaya mahasiswa pemangkin Negara”. Ketua Pengarah bagi forum ini ialah saudara Mohammad Hidir Bin Mhd. Salim yang juga merupakan ahli aktif PenTAS. 





Ahli panel jemputan ialah Cik Yuslina Binti Johari yang merupakan pegawai psikologi dan En. Roslan Bin Abu Samah yang merupakan pengurus pejabat Hubungan Jaringan Industri. Manakala moderatornya ialah saudara Aniq Rukaini Bin Mohd Azmi merangkap Ketua Kelab Aspirasi KBH.






Forum ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada kesemua mahasiswa/I tanpa mengira kolej walaupun terdapat banyak program lain besar yang dijalankan pada malam yang sama.
















Forum ini turut dirasmikan oleh Pengetua KBH sendiri iaitu Prof Madya Dr. Kadderi Md Desa. 





Antara isu-isu yang dibangkitkan ketika forum ini adalah berkenaan biasiswa, ATTITUDE, vouncer RM200, resume, qualification master dan sebagainya. Kepimpinan Aspirasi menyokong penuh Kelab Aspirasi KBH menjayakan program seperti ini yang banyak memberikan ilmu yang bermanfaat kepada mahasiswa/i. 






Diharap kelab Aspirasi kolej yang lain dapat turut menganjurkan program seperti ini demi mahasiswa/i UKM. Sekian, 






TEGUH,SETIA,BERSATU!
Read More

Entri Hit Tertinggi

ASPIRASI UKM. Powered by Blogger.