Photobucket

Sunday, May 20, 2012

Lawatan Akademik Sekitar FSSK dari UTM dengan kerjasama Sekretariat Aspirasi UKM

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Pada 17 Mei yang lalu, Sekretariat Aspirasi UKM yang diketuai oleh MPP ASPIRASI UKM, saudara Mohd Fadzil Bin Razali telah bekerjasama dengan pihak Universiti Teknologi  Malaysia (UTM) bagi mengadakan lawatan akademik di Universiti Kebangsaan Malaysia. Fakulti yang terpilih untuk program ini adalah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, FSSK.

Program ini merupakan program lawatan HR TOUR UTM dan merupakan program perkongsian ilmu antara pelajar UKM dan UTM. Sekretariat ASPIRASI selaku pemudah cara program telah menguruskan perjalanan dan pergerakan pelajar UTM malah memberikan info-info berguna supaya peserta-peserta UTM dapat mengenali UKM dengan lebih mendalam.  

MPP Aspirasi UKM, Mohd Fadzil Razali sedang memberikan penerangan tentang UKM


Program kali ini mengandungi lawatan peserta ke Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan dan sekitar Pusanika, ucapan dari kedua-dua pihak universiti, sesi Q&A mengenai Universiti Kebangsaan Malaysia, malah Sekretariat Aspirasi UKM turut membawa mereka melawat DECTAR dan Masjid UKM yang merupakan kebanggaan warga UKM. 










Ucapan wakil Sekretariat Aspirasi UKM 



Program tamat pada jam 7.00 petang dan sekretariat Aspirasi UKM menghantar peserta dari UTM pulang ke Kolej Idris Al-Marbawi. Ternyata peserta UTM amat gembira dan mendapat pelbagai info berguna disepanjang lawatan akademik mereka ke UKM ini.



Ternyata, mereka amat menghargai program yang dimudahcarakan Sekretariat Aspirasi UKM ini dan berharap dapat bekerjasama lagi. Sekian, 

Teguh, Setia, Bersatu !
Read More

Friday, May 18, 2012

Selamat Ulang Tahun UKM Ke-42 !


Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Kami dari barisan perwakilan Sekretariat Aspirasi Univerisiti Kebangsaan Malaysia mengucapkan, 


Semoga dengan ulang tahun varsiti kita yang ke-42 ini akan lebih menganjakkan pencapaian UKM dan seluruh warganya kehadapan seiring dengan misi dan visi Universiti Kebangsaan Malaysia. Kami dari sekretariat Aspirasi UKM akan terus memberi sokongan padu kepada program-program rancangan UKM yang melibatkan peningkatan modal insan kelas pertama kepada warga UKM, serta yang melibatkan kebajikan mahasiswa/i UKM itu sendiri. Sekian, 

Teguh, Setia, Bersatu bersama UKM selama 42 tahun !
Read More

Saturday, May 5, 2012

Memorandum isu CESMED : Pertemuan Dengan TNC HEPA DAN TNC HAA

MEMORANDUM BERKAITAN DENGAN SUBJEK INOVASI DAN KEUSAHAWANAN (CESMED) TAHUN 1 DARIPADA: 
AHLI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA KEPADA PROF DATUK DR NOOR AZLAN GHAZALI DAN PROF IR DR OTHMAN A. KARIM, TIMBALAN NAIB CANSELOR HAL EHWAL AKADEMIK DAN ANTARABANGSA SERTA TIMBALAN NAIB CANSELOR HAL EHWAL PELAJAR DAN ALAUMNI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. 

Merujuk kepada tajuk memorandum yang disebutkan, adalah dengan ini kami, ahli-ahli Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia merasa terpanggil dengan situasi yang dihadapi oleh para pelajar tahun 1 sesi akademik 2011/2012. Berdasarkan sedikit kajian oleh pihak kami, masalah-masalah berikut telah dihadapi oleh para pelajar antaranya:- 



1. Pertembungan jadual kuliah utama CESMED dengan subjek lain pelajar yang penting seperti Wajib Major dan Wajib Fakulti dan menyebabkan mereka terpaksa memilih antara dua subjek tersebut 

2. Sistem pengurusan pendaftaran yang tidak tersusun menyebabkan kekalutan terutamanya ketika kuliah utama bersurai dan kad matrik pelajar yang diberi kepada pegawai yang bertugas mempunyai kemungkinan untuk hilang ketika proses pengembalian semula dilakukan Sehubungan dengan itu, pihak kami dengan rendah hati ingin mencadangkan bebrapa solusi yang dirasakan bersesuian dengan masalah yang dihadapi oleh para pelajar seperti:- 

1. Menetapkan satu waktu atau hari yang khusus bagi kelas CESMED, contohnya pada hari Rabu pada sebelah petang dan waktu ini mesti dikosongkan oleh pihak fakulti bagi memudahkan para pelajar bagi mengikuti subjek ini. Kerjasama antara pihak CESMED bersama dengan pihak fakulti dapat menambah keberkesanan subjek ini kepada pelajar .

2. Pengurusan pendaftaran yang sistematik tanpa melibatkan pengambilan kad matrik pelajar yang merupakan identifikasi diri pelajar di dalam UKM dan terdapat beberapa kes pelajar yang tidak dapat mengambil semula kad matrik mereka dalam keadaan terburu-buru ingin pulang ke kolej masing-masing .

3. Pembahagian fakulti mengikut semester juga boleh dipraktikkan bagi mengurangkan kesesakan dan kepadatan pelajar yang mengikuti kelas ini sebagaimana yang dipraktikkan oleh subjek TITAS dan Hubungan Etnik .

Pihak kami mengharapkan dengan adanya cadangan daripada pihak kami dapat membantu memacu UKM ke arah yang lebih tinggi lagi seiring dengan gelaran university penyelidikan dan berautonomi .

Disediakan Oleh 
Muhammad Helmi Othman 
Ahli Majlis Perwakilan Pelajar 
merangkap Wakil Presiden Urusetia Aspirasi 
Universiti Kebangsaan Malaysia.




*Tambahan perbincangan juga meliputi, mengenai tujuan cesmed ditubuhkan, peperiksaan yang lebih telus melalui on line, selain penjelasan TNC HEPA dan HAA megenai kopetensi atau kecekapan tenaga pengajar, keberkesanan dan KPI. Prinsip kami jelas, mahu CESMED diteruskan kerana ianya adalah satu usaha murni UKM untuk membudayakan keusahawanan dalam kalangan pelajar selain menjadi penyokong kepada pelan transformasi dan aspirasi kerajaan. Cuma dalam proses itu kami ASPIRASI UKM dengan rendah hati mencadangkan penambahbaikan agar CESMED terus mantap, profesional dan diminati oleh pelajar. Terima kasih juga pada rakan-rakan yg sudi bersama-sama berusaha menyumbangkan idea dan pandangan serta sentiasa memastikan usaha murni UKM ini disokong bukan direbahkan. Sekian.

TEGUH, SETIA, BERSATU!
Read More

Saturday, April 28, 2012

Bas Tersangkut, Kami Prihatin!


Assalamualaikum dan salam 1 Aspirasi. Kira-kira pada pukul 2 petang tadi, kami mendapat khabar bahawa ada bus yang tersangkut di tengah-tengah jalan gara-gara lubang yang besar di tepi jalan. Bus tersebut di katakan sedang membulat pusingan ketika di bulatan di hadapan Fakulti Sains dan Teknologi. Wakil pihak PenTAS (Penyokong Tegar Aspirasi) telah turun padang untuk melihat sendiri keadaan. 




Perkara ini akan diberi perhatian oleh pihak Aspirasi dan kami akan terus dalam isu ini untuk menyelesaikan masalah jalan berlubang di UKM untuk mengelakkan masalah seperti ini terus berlaku. Sekian, terima kasih. 

TEGUH, SETIA, BERSATU!


Read More

Friday, April 27, 2012

KAMI TIDAK MINAT UNTUK TURUN ESOK!



Assalamualaikum dan salam 1 ASPIRASI. Esok, akan diadakan perhimpunan BERSIH bertempat di dataran merdeka bermula pukul 2 petang. Malah, promosi telah siap diadakan lebih awal dan banner BERSIH dapat dilihat di sekeliling UKM dan universiti-universiti yang lain. 


Pihak ASPIRASI bukan ingin mencanang atau memperlekehkan tindakan sesetengah pihak tetapi, kami di pihak ASPIRASI ingin menekankan bahawa terdapat pelbagai cara untuk memenuhi keperluan sesuatu pihak. Bukan dengan cara berdemo dan berkumpul tanpa ada sebarang memorendum. Kami percaya kepada cara yang lebih demokrasi dan lebih berADAB untuk memenuhi keperluan kami. Cara dengan berdemo seperti ini tidak akan menyelesaikan masalah malah akan menambahkan masalah. 

DUDUK di rumah lebih baik

Sekian, terima kasih.

TEGUH, SETIA, BERSATU!

Read More

Thursday, April 26, 2012

Nombor Talian Kecemasan (Hotline) Bahagian Keselamatan

Assalammualaikum dan salam 1 ASPIRASI. Sebagai langkah memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelajar dan staf UKM, Bahagian Keselamatan UKM telah mengadakan kemudahan nombor talian kecemasan tambahan yang boleh dihubungi dengan menghantar SMS. MMS dan secara lisan. Nombor ini beroperasi 24 jam bertujuan menerima aduan dan memberI bantuan kecemasan kepada sesiapa yang memerlukan. Nombor adalah seperti berikut:- 


KAMPUS BANGI: 013 3195449 begin_of_the_skype_highlighting            013 3195449      end_of_the_skype_highlighting 

KAMPUS KUALA LUMPUR : 019 3058511 begin_of_the_skype_highlighting            019 3058511      end_of_the_skype_highlighting 



Untuk menghantar sila SMS : Taip Nama, No. Matrik atau No. Pekerja atau No. Kad Pengenalan aduan (perkara yang diadu, lokasi, masa) dan hantar ke nombor tersebut.

 Contoh: 
AMIN BIN HAMZAH GB 01234 POKOK TUMBANG SIMPANG DEPAN KTHO 9.30 PM.

Sekian, harap maklum. 
Sumber : e-pelajar UKM


TEGUH, SETIA, BERSATU !

Read More

Entri Hit Tertinggi

ASPIRASI UKM. Powered by Blogger.