Photobucket

Sunday, October 30, 2011

Festival Nasyid MAKUM 2011

                                       Pusat Kebudayaan JPPel menjemput semua warga universiti untuk hadir menyaksikan Festival Nasyid MAKUM 2011 yang menampilkan 18 buah IPTA mengalunkan suara beradu nasib dalam pertandingan nasyid yang bertemakan “1 Malaysia” .



OBJEKTIF :
  1. Menyediakan medium yang berupaya menyalurkan serta merealisasikan gagasan 1 Malaysia melalui suntikan rasa kecintaan para pelajar terhadap bidang seni budaya dengan mengenali dan mendalami nasyid melalui pencampuran mahasiswa dari pelbagai IPTA.
  2. Merealisasikan visi dan misi universiti dalam melahirkan graduan yang berkualiti, berdaya saing dan berpotensi untuk terus maju melalui sistem pembelajaran sepanjang hayat.
  3. Menampil serta mempromosikan nasyid di kalangan pelajar dari IPT seluruh negara.
  4. Memupuk sifat kerjasama, tolak ansur dan muafakat di kalangan pelajar yang berbeza dari segi latar belakang dan budaya melalui kerja berkumpulan serta membentuk semangat berpasukan.
  5. Menggalak, memperkembang dan memartabatkan seni nyanyian nasyid sebagai warisan kebudayaan bangsa yang wajar dipelihara agar dapat dinikmati dan dihayati oleh generasi pada masa hadapan.
  6. Mewujudkan jalinan persefahaman, perpaduan, perkongsian dan kerjasama erat antara institusi-institusi pengajian tinggi (IPT) Malaysia menerusi program kesenian dan kebudayaan.

PENYERTAAN :

  1. Universiti Malaya (UM)
  2. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  3. Universiti Putra Malaysia (UPM)
  4. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  5. Universiti Sains Malaysia (USM)
  6. Universiti Utara Malaysia (UUM)
  7. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  8. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  9. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  10. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  11. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
  12. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  13. Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  14. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
  15. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
  16. Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Berikut merupakan aturcara majlis pada malam ini ; 

  • Tarikh : 30 Oktober 2011 
  • Masa : 2.00 petang (sesi I) dan 8.00 malam (sesi II) 
  • Tempat: DECTAR UKM

SEMUA DIJEMPUT HADIR. MASUK ADALAH PERCUMA.
Read More

Tuesday, October 25, 2011

Selamat Menyambut Hari Deepavali

(klik untuk lebih jelas)


Kelab Aspirasi Universiti Kebangsaan Malaysia mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali buat seluruh rakyat Malaysia khususnya warga UKM yang beragama hindu. Semoga perpaduan akan terus terjalin sesama kita walaupun berbeza bangsa, agama dan adat yang di amalkan. 1 UKM, 1 Malaysia.

Teguh, Setia, Bersatu !
Read More

Saturday, October 22, 2011

ANTARA PROSES PERUNDANGAN, DUNIA AKADEMIA DAN POLITIK

                                    Ini antara luahan isi hati seorang pelajar dari fakulti Prof Dr. Aziz Bari di UIA yang mengulas soal demonstrasi selepas Solat Jumaat di Masjid UIA semalam dan soal ahli politik yang dilihat cuba untuk mengambil kesempatan terhadap isu ini. Beliau telah emelkan kepada saya isi hati dan pandangan beliau ini. Mohon hayati dan fikir kembali siapa di pihak yang benar.. :


ANTARA PROSES PERUNDANGAN, DUNIA AKADEMIA DAN POLITIK.









Persoalan kebebasan dunia akademia, perjuangan menuntut keadilan oleh mahasiswa dan campur tangan politik nampaknya berkumandang sekali lagi. Demonstrasi acap kali dilakukan selepas sembahyang Jumaat. Sebab utamanya sudah pasti untuk mendapatkan bilangan penonton yang ramai selain daripada bilangan penggerak sebenar demonstrasi tersebut. Kali ini, ia bertempat di Gombak, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Demonstrasi hari ini adalah bertujuan membantah penggantungan Professor Dr Abdul Aziz Bari yang merupakan seorang pakar perundangan bidang Perlembagaan. Kisah penggantungan ini bermula selepas beliau menegur DYMM Sultan Selangor yang telah menyampaikan titah berkenaan isu murtad Damansara Utara Methodist Church(DUMC). Rentetan daripada isu tersebut, Professor Dr Abdul Aziz Bari dihantar surat tunjuk sebab, dimaklum bahawa beliau digantung sehingga 25hb Oktober untuk mendapatkan penjelasan bertulis beliau serta tidak dibenarkan masuk ke kampus universiti tanpa kebenaran Dekan Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim.

Sebagai seorang pelajar undang-undang di universiti ini, ingin saya memaklumkan bahawa proses penggantungan Professor Dr Aziz Bari bukanlah suatu hukuman tetapi ia lebih kepada memberi masa kepada beliau membela diri dan menjawab tuduhan-tuduhan terhadap beliau. Barang kali atas sebab pentadbiran salah menggunakan istilah, sifat marah masyarakat terbina.

Jika diteliti, proses penyiasatan memang secara lumrah kadang-kala menyebabkan seseorang pekerja digantung. Mereka akan dihalang bekerja supaya pekerja tersebut boleh menumpukan diri dalam membela diri beliau. Ia juga berfungsi untuk tidak menyalahkan pekerja tersebut jika tidak dapat menjalankan kerja beliau apabila sibuk mendapatkan bukti-bukti membela diri. Oleh itu sebagai masyarakat yang mempunyai nilai yang tinggi, kita sepatutnya menunggu penjelasan daripada Professor Dr Aziz Bari dan alasan sebarang keputusan pihak pentadbiran sebelum kita sendiri membuat keputusan muktamad.

Walau bagaimanapun, seperti satu adat atau tradisi dalam isu-isu sebegini, maka mula pula proses tuduh-menuduh tanpa bukti bahawa ada tangan-tangan ghaib yang menekan pihak pentadbiran untuk mengambil tindakan terhadap pensyarah ini. Dalam kehangatan ini semua, maka lahirlah demonstrasi selepas solat Jumaat pada hari ini. Mahasiswa-mahasiswi diseru untuk bangkit memperjuangkan keadilan seorang guru yang menurunkan ilmu kepada sebilangan daripada mereka termasuklah saya.

Aneh sekali dalam suara lantang pembahas kelompok mahasiswa tertentu ini mengecam pihak pentadbiran dan menyatakan penentangan kehadiran tangan-tangan ghaib dalam proses pentadbiran universiti, tidak jauh daripada mereka berdiri pula pemimpin-pemimpin parti politik yang tiada kaitan dengan universiti. Mereka tidak pernah pun menuntut di Taman Budi dan Ilmu ini. Hanya seorang saja daripada pemimpin parti tersebut yang hadir merupakan alumni universiti ini.

Kehadiran mereka ini kemudiannya cuba dijustifikasikan. Terdapat pihak mengatakan bahawa individu-individu politik ini sebenarnya mengambil berat akan dunia akademik. Soalnya adakah mereka ini benar mengambil berat atau mahu mengambil kesempatan akan bilangan pelajar yang turun menyatakan pendirian mereka?

Inilah projeksi imej yang dimahukan ahli-ahli politikus ini. Soalan yang muncul dibenak hati saya adalah, jika benar mereka mengambil berat tentang universiti mengapa mereka tidak boleh hormat akan sifat neutraliti dunia akademia yang tidak mahu kehadiran watak-watak politik yang tidak diundang? Dalam rakan-rakan ahli politikus mereka yang lain yang pernah menuntut di universiti ini tidak menghadirkan diri kerana tahu bahawa dunia akademik tidak patut dicemari oleh tindakan politik, mereka pula tanpa malu melakukan sebaliknya. Apakah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia tiada pensyarah-pensyarah berkaliber mahupun pemikir-pemikir matang di kalangan mahasiswa-mahasiswi? Ini hanya menunjukkan bahawa orang seperti ini langsung tidak hormat akan universiti yang akan menjadi 'alma mater' kami.

Secara amalan di universiti, ahli politik sepatutnya hanya menghadirkan diri jika dijemput untuk memberi perspektif mereka agar ia boleh diselidik dan dipelajari oleh penuntut dan pensyarah. Ahli politik yang hadir pada demonstrasi ini walau bagaimanapun tidak dijemput dan pendapat mereka juga tidak diminta. Dalam isu ini, dunia akademik tidak mahu melihat sesuatu isu dari kaca mata sentimen tetapi kebenaran.

Saya pasti ahli politikus yang hadir hari ini akan mengatakan bahawa lawan mereka tidak mengendahkan hal ehwal dunia akademik. Ini jelas mengambil kesempatan untuk kepentingan parti politik mereka. Sebagai tindak balas, lawan mereka pula akan masuk ke pentas universiti bagi setiap isu dan peluang yang ada. Akibatnya kesemua ahli-ahli politikus berkejar-kejar masuk ke universiti. Akhirnya sebuah universiti yang menjadi gedung ilmu dan pembelajaran akan menjadi lagi satu ruang debat orang-orang ini. Tidak cukup dunia di luar kampus, di sini juga dikotorkan dengan fitnah, retorik dan sentimen.

Sebagai rakan kepada mahasiswa dan mahasiswi yang lain, saya seru marilah kita bersama-sama terus memikul tanggungjawab membina negara kita sama ada dari segi fizikal, rohaniah mahupun mental. Dalam sifat berkobar-kobar kita mahu menegakkan keadilan jangan pula kita dipermainkan untuk kepentingan tertentu. Mahasiswa -mahasiswi perlu terus berpendirian, melihat dan menyiasat sesuatu isu secara adil dan saksama. Maka dengan ini, barulah masyarakat tahu bahawa Malaysia masih mempunyai harapan cerah di masa hadapan.

Akmal Saufi
Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Read More

Friday, October 21, 2011

Dialog Santai MPP Aspirasi UKM Bersama Mahasiswa Tahun 1 Kolej Rahim Kajai

                                 MPP Aspirasi UKM telah mengadakan Lawatan Muhibbah dan Dialog Santai bersama-sama mahasiswa tahun satu Kolej Rahim Kajai pada 20 Oktober 2011. Lawatan ini adalah bertujuan bagi menyelami permasalahan dan isu-isu yang berkaitan kemahasiswaan yang menjadikan 'jiwa-jiwa' baharu UKM ini runsing dan memerlukan tempat mengadu. Justeru MPP Aspirasi UKM sepakat mengambil pendekatan santai begini agar dapat mendengar sendiri permasalahan adik-adik kita ini.

Banyak perkara yang diutarakan oleh mahasiswa tahun satu tersebut yang merangkumi masalah berkenaan Learning Contract (LC), masalah gangguan binatang liar, permasalahan berkenaan kafeteria dan lain-lain. MPP Aspirasi UKM yang diwakili oleh saudara Kamal Ali, Azlan Ismail dan Siti Nurhidayah Ismail cuba sedaya upaya untuk membantu memberikan pemahaman yang jelas mengenai perkara-perkara tersebut. Pendekatan santai bergini dirasakan amat berkesan dan menjadikan ikatan antara MPP Aspirasi UKM dengan mahasiwa tahun satu lebih akrab. 


                         


                         

                         

MPP Aspirasi UKM juga akan mengadakan pendekatan yang sama kepada hampir semua kolej kediaman di kampus Induk, Kuala Lumpur serta Cheras bagi menyelami keadaan dan realiti sebenar kehidupan mahasiswa agar dapat disalurkan kepada pihak yang berkenaan.

       Nantikan Kehadiran kami di kolej anda.....
Teguh, Setia, Bersatu !
Read More

Amalkan Gaya Hidup Sihat

                                      Dalam menjawab andaian-andaian tentang tahap kesihatan pelajar UKM yang dikatakan menghidapi penyakit seperti demam,batuk,sakit tekak daripada pelajar UKM sendiri, saya telah menemui Dr Roslan Abd Jalil(Ketua Pusat Kesihatan) atas kapasiti ingin tahu. Dari pemahaman saya, beliau telah menjelaskan bahawa andaian-andaian panik perlu dielakkan kerana tahap kesihatan di UKM berada dalam keadaan normal. Daripada itu juga saya telah mendapatkan sedikit maklumat tentang faktor dan cadangan berkenaan kesihatan daripada MPP Umi Nazira. Ini adalah antara maklumat yang di berikan.


Antara faktor-faktornya ialah:

  • Peningkatan taraf hidup yang menyebabkan tekanan, terutama dari segi mental akibat tekanan kerja yang tidak diuruskan dengan baik. Ditambah dengan gaya hidup yang kurang sihat; spt. merokok, pengambilan makanan yang kurang sihat dan tidak teratur, serta kurang mengamalkan senaman.
  • Dari faktor sekeliling, badan yang kurang ataupun lambat adaptasi terhadap perubahan persekitaran membuatkan badan lebih cenderung untuk sakit.
  • Adaptasi ginetik oleh virus2 terhadap perubahan sekeliling dan vaksin2 yang terdahulu menyebabkan muncul penyakit baru dan virus menjadi semakin rintang terhadap ubat2 sedia ada.

Cadangan mengatasinya:

  • Amalan kebersihan yang sempurna.
  • Jangan ambil mudah walau sakit yang ringan.
  • Elakkan selalu tertumpu dan berada di kawasan yang padat.
  • Ambil prevalens yang sesuai, dapatkan nasihat pakar/doktor sebelum diambil
  • Kawalan diri- emosi, penjagaan kesihatan,dan gaya hidup yg lebih sihat
  • Ambil tahu akan wabak dan penyakit yg sedang menular; untuk ambil pencegahan
  • Kurangkan terdedah di luar.

            Program-program seperti Walkathon, Siswa Sihat dan banyak lagi dilihat mempunyai matlamat untuk melahirkan mahasiswa yang cerdas dan cergas. Saya menyeru agar rakan mahasiswa dapat menjaga kesihatan fizikal dan mental. Pesanan ini adalah bagi memastikan mahasiswa dapat menjalani segala aktiviti pembelajaran,ko-kurikulum serta menikmati persekitaran kampus yang sihat.


sekian, Teguh, Setia, Bersatu !









Mohd Fadzil Razali
MPP ASPIRASI
Universiti Kebangsaan Malaysia
Read More

Saturday, October 15, 2011

KARNIVAL EKSPRESI REMAJA TV9

KARNIVAL EKSPRESI REMAJA TV9 
DENGAN KERJASAMA SEKRETARIAT RAKAN MUDA UKM


Satu lagi program yang gah akan berlangsung di Universiti Kebangsaan Malaysia bertempat di Dewan Canselor Tun Abdul Razak(Dectar) dan perkarangan Panggung Seni.Program yang akan berlangsung pada 15 Oktober 2011 bermula pada jam 8 pagi hingga 7 petang ini mengetengahkan konsep kearah aktiviti yang diminati remaja pada masa sekarang. 

Pelbagai program yang menarik akan diadakan seperti kejohanan futsal yang akan berlangsung pada jam 8 pagi bertempat di Gelanggang futsal UKM. Apa yang menarik adalah yuran penyertaan adalah PERCUMA dan johan akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM1500 dan berpeluang beraksi bersama pasukan selebriti dan pengacara Tv9. 



Pada masa yang sama juga akan diadakan ‘Explore Race’ di sekitar kawasan UKM.Program ini hasil kerjasama dengan Jabatan Belia dan Sukan Kuala Langat.Peserta yang terdiri daripada pelajar UKM harus menyelesaikan setiap tugasan yang diberikan pada setiap ‘check point’ yang mereka lalui.Program ini hanya terhad kepada 10 pasukan dan 1 pasukan terdiri daripada 3 atau 4 peserta.Yuran penyertaan hanya RM10 dan juara berpeluang memenangi hadiah wang tunai RM300. 


Berakhirnya dua program yang menarik ini akan diadakan pula Karnival Ekspresi.Pelbagai booth yang akan menjual pelbagai jenis barangan dan terdapat juga booth Saffiya,Silky For Men,Silky For Girl,Kawan 9,Gua Tonton,Jabatan Pendaftaran Negara dan Suruhanjaya Pilihan Raya.Ramai selebriti akan memeriahkan kawasan booth seperti Iqram Dinzly,Hana Tajima,Irma Hasan,Fizo Omar dan ramai lagi.
Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan seperti sukaneka,do or dare,bola dalam guni dan indoor games.Setiap aktiviti ini akan disediakan dengan hadiah wang tunai dan pelbagai hadiah misteri. 





Bermula pada jam 11 pagi akan diadakan Power Talk yang berlangsung di Panggung Seni.Dua penceramah yang hebat dijemput untuk mengupas tajuk ‘Youth Defined-Shape Our Future’ dan ‘Second Language Program’. Penceramah akan mengupas dari pelbagai sudut di masa hadapan mengenai tajuk tersebut. 


Selain itu terdapat juga pertandingan Battle of the Bands yang akan diadakan di perkarangan Panggung Seni bermula pada jam 12 tengah hari.Setiap Bands akan mempertaruhkan 2 buah lagu samaada lagu yang sedia ada ataupun lagu ciptaan sendiri.
Yuran bagi pertandingan ini juga adalah PERCUMA dan juara akan membawa pulang hadiah wang tunai RM1500 dan berpeluang beraksi pada Konsert pembukaan Hujan dan Najwa Latif.


Kemudian,pada jam 2 petang di Panggung Seni Angkasawan Pertama Negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie bin Sheikh Mustapha akan memeriahkan Karnival Ekspresi Remaja.Beliau akan memberi sedikit sebanyak kejayaan serta pengalaman yang dikecapinya.
Akhir sekali kita hangatkan dengan Konsert Hujan,Najwa Latif bersama kumpulannya dan Juara Pertandingan Battle of the Bands.Konsert ini akan berlangsung di Dectar pada jam 5 petang hingga 7 petang.Harga tiket hanya bernilai RM5 setiap satu.


JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN INI…!! 
REZEKI TIDAK DATANG BERGOLEK,KITA YANG MENCARINYA…!!
YAKIN BOLEH GEMILANG…!! 
Read More

Monday, October 10, 2011

Mohd Kamal Ali itu Saudaraku..begitu jua Mohammad Abdullah..KITA SEMUA BERSAUDARA

Nukilan : Abdul Muein Abadi, MPP ASPIRASI.


Assalamualaikum w.b.t.
1. Sedang saya sibuk menyediakan rancangan penyelidikan di utara tanah air, hati saya terdetik untuk memberi sedikit pandangan berkenaan situasi semasa politik kampus di UKM. Tulisan daripada Selama, Perak ini merupakan sedikit Teguran untuk direnungi kita semua bersama..sama ada buat para penyokong Aspirasi, mahupun juga para pendokong GMUKM..meski penulis bukan malaikat, hanya merupakan insan biasa yg tidak lepas drpd kesilapan..dan sebahagian komen2 di FB turut dipetik untuk kita sama2 menginsafi dosa2 diri kita terhadap saudara seagama..

2. Sejak beberapa hari yg lalu, arena politik kampus UKM digegarkan kembali dengan senario yg dilihat sebagai pertembungan antara pihak GMUKM dengan ASPIRASI..dalam arena FB.
Ianya bermula apabila Presiden ASPIRASI, saudara Mohd Kamal Ali mengeluarkan kenyataan di FB berkenaan taraf Ahli-ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yg sudah pun tamat tempoh perkhidmatan sebagaimana yg beliau rujuk drpd sumber Perlembagaan UKM.

Situasi bagaimanapun menjadi tegang berikutan komen2 saudara2 seagama kita sendiri berikutan status beliau yg berbunyi :

Makluman: Semua MPPUKM yang telah bergraduasi, tamat pengajian atau ulang pengajian dan gantung pengajian tidak lagi bergelar MPPUKM.7 orang MPPUKM yg telah tamat iaitu: Muein Abadi, Aida Rahayu, Arif Misrol, Zaim Juwaidi, Abdul Musyrif , Nor Amalina Sazali, dan Nurul Mardhiah Kamaruddin shubungan dgn itu mereka2 ini tidak boleh lagi menjalankan sebarang tugas atas nama PMUKM @MPPUKM. Jika ada penyalahgunaan sila laporkan.

beliau sendiri kemudiannya memberi penjelasan,

"xmenjadi masalah jika menjadi tulang belakang yg menolong. namun jika digunakn utk meraih sokongan, simpati atau lain-lain ia sudah jadi penyelewengan. mpp diatas tidak boleh menjadi jurucakap, wakil atau suara PMUKM MPPUKM lagi.


3. Tujuan utama penulisan saya disini bukan untuk semata2 membela saudara saya, iaitu Mohd Kamal Ali..sebaliknya ialah untuk MENEGUR sikap kita yg kelihatan agak sukar berlapang dada, mungkin bersangka buruk, dan memaki hamun saudara2 kita dgn gelaran2 yg tidak elok mengguris hati, menyemarak kebencian (Demi Allah, diri sy sendiri tidak terlepas drpd dosa-dosa ini, kepada Allah sy bertaubat dan kepada saudara2 yg pernah menjadi "mangsa" sy, sekali lg saya memohon maaf)

Antara komen2 yg dibuat oleh sahabat2 dan saudara2 kita yg menimbulkan perasaan terkilan sebagai seorang muslim..

"paham peraturan itu ini, tp kerja xreti nak buat kerja. sekadar nak pangkat je pun xgune gak."

"sembanag kt alam maya ni kencang la sangat...face to face kecut... ciss..."

"bukan mcm sesetgh pihak yg bcakap kencang, tp, tindkn habuk pun x dak.."

".sy mmg suka provok"


secara peribadinya, komen yg paling terkesan bg saya ialah daripada "Kemas Keming" :


"Mohd Kamal Ali dah mula mnyalak biasalah, dah dapat arahan drp 'tangan ghaib' suh mnyalak..hahaha.. amacam meeting?? Angguk2 Geleng2.. hanya menurut perintah!!! haha..."

"hnya berani dgn perempuan sahajakah En Mohd Kamal Ali?? Dgn kami taknak jumpa?? tertunggu2 gak bila ASPIRASI nak buat diskusi kalau berani sgt. dasar penakut.. sia2 jadi lelaki."

"mungkin subuh hari tu 'gelap' sgt kot smpi x nmpk kamal."

"dia dapat info dr tangan ghaib.. baru pas 'meeting' tu yg myalak tu :D

juga komen2 kasar yg lain seperti

"jangan la jadi orang bodoh, ada jawatan kat PMUKM tapi x buat pun,sibuk je ganggu kerja orang,kerja dia x buat, kerja orang bising. apa barang bro??" (komen drpd seorang wanita)

4. Sikap emosional sebegini amatlah saya fahami kerana dalam politik, fikrah yang dipilih diyakini sebagai yg paling benar lalu pihak yg lain dilihat sbg musuh..apatah lagi apabila menerima ujian dan tekanan yg hebat dlm memperjuangkan Islam di perbukitan ilmu di UKM ini..namun sedarlah sahabat2..kita semua TETAP bersaudara..

Mohd Kamal Ali kemudiannya telah bersetuju utk bertemu dn berbincang dgn dua org siswi yg ingin mendapatkn penerangan drpd beliau sendiri berhubung dgn status beliau terbabit di Bilik PMUKM namun telah berlaku sedikit kekecohan yg melibatkan seorang lagi saudara kita, Mohammad Abdullah yg kemudiannya membawa kepada laporan polis dibuat.

Maka timbullah komen2 yg mengguris cukup hati saya dan juga kita semua seperti :

"Hidup OKU"

"OKU the best"

"i think it served you right. go on with your stupidity and you deserved it. don't blame anybody. -tq-"

Sahabat2 sekalian, Mohd Kamal Ali ialah saudara kita..dan Mohammad Abdullah juga ialah saudara kita..saya kenal saudara Mohammad..beliau seorang yg tegas..tegas demi agama.. kita sebagai mahasiswa muslim yg matang perlu berhati2 dlm setiap langkah kita menerusi jalan hikmah (bijaksana).

Saudara Mohd Kamal Ali kemudiannya membuat status berikut:

"Saya memaafkan tindakan Timbalan Presiden PMUKM saudara Abdullah Yusuf yg melakukan kekasaran ke atas saya tempoh hari. kerana itulah yg dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W dan nasihat saya janganlah biarkan emosi menguasai diri kerana kelak ianya hanya memperlihatkan keaiban kita.


Namun tetap masih ada provokasi yg muncul drpd saudara seagama..

"saudara Mohd Kamal Ali dah pegi pusat kesihatan? ada MC letter? mudah2an sembuh luaran dan dalaman juga yer....=)

"korang dgr laa btol2 cita kamal ni..kena cekik k0t.."

"Allah.."terharu" kot.."

"status mencapap. ingat aku nak puji hahahah... please!"

"wahh...Mata Pandang Atas, Tangan Di Dada.."

"si Mohd Kamal Ali ni nak tunjuk baik, padahal terserlah keaibannya.haha. manusia yg xingat mati"

"jangan kisah sangat dengan org mcm ni.......sekurang2nya kita boleh kenal org yang berlagak baik ni."

"cukup2 la tu kawan2...takut2 lepas ni x kluar bilik plak sbb x tahan malu...kan susah gitu"

Sahabat2 GMUKM, Sahabat2 ASPIRASI..Demi Allah yg menciptakan kita drpd Nabi Adam dan Hawa, umat Nabi Muhammad S.A.W, di pentas dunia, dan sahabat2 yg berada di perbukitan ilmu UKM..sama2 lah kita menjaga lidah dan jari-jemari kita..berlapang dada..berbaik sangka..bersaing secara sihat serta berlumba-lumba lah dalam melakukan kebaikan..

Sebagaimana nasihat seorang saudara kita, Abdul Fattah Abd Hafidz,

" macam mana nak naikkan nama UKM ke, macam mana nak tingkatkan produktiviti, modal insan pelajar UKM ke, kan lebih baik.. nie asyik politik je, cuba buat sesuatu yg betul2 naikkan nama universiti. baru org pandang."

Usah kita biarkan syaitan-syaitan bergembira dgn menyemarakkan permusuhan..kerana syaitan dan nafsu itulah musuh kita..sama2 kita bersatu padu sebagaimana pesanan MPP Noraini Jumahir, pengerusi biro perpaduan & kemasyarakatan PMUKM.

Sebagaimana pesanan seorang lagi sahabat MPP ASPIRASI, Rahmad Fauzi :

Apabila engkau berbuat baik, orang lain mungkin akan berprasangka bahwa ada maksud dibalik perbuatan baik yang kau lakukan itu… Tetapi tetaplah berbuat baik! Kebaikan yang kau lakukan hari ini mungkin besok akan dilupakan orang… Tetapi teruslah berbuat baik! Apabila engkau menemukan kedamaian dan kebahagian di dalam hati, orang lain mungkin akan iri hati dan ada yg akan ...mempermainkan hatimu… Tetapi tetaplah berbahagia! Berikan yang terbaik dari apa yang kau miliki dan itu mungkin tidak akan pernah cukup… Tetapi tetaplah berikan yang terbaik!walau hati rasa dsakiti Percayalah bahwa mata اَللّهُ tertumpu pada orang-orang yang jujur dan DIA melihat ketulusan hatimu ^_^ CINTA ALLAH CINTA ABADI

Sekiranya ada terguris dgn tulisan saya ini, seribu kemaafan sy pohon daripada sahabat2 sekalian..

Kepada Allah jua kita semua kembali..



TEGUH, SETIA, BERSATU !
ABDUL MUEIN BIN ABADI
MANTAN MPP ASPIRASI FSSK TAHUN 3, 2010/2011
Read More

Khidmat Komuniti Ledang 2011

                          Bertemakan Mahasiswa Pencetus Masyarakat Beraspirasisatu program tanggungjawab sosial korporat telah dilaksanakan pada 29 september sehingga 2 oktober yang lalu. Program yang diberi nama Khidmat Komuniti Ledang, Johor ini telah dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Malaysia bersama Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama Parlimen Ledang.

(klik gambar untuk lebih jelas)

               Program ini telah dirasmikan dengan jayanya oleh Yang Berhormat Ir. Tuan Haji Hamim Bin Samuri wakil rasmi Menteri Besar Johor merangkap Ahli Parlimen Ledang. Program yang berintipatikan program anak angkat ini telah disertai oleh mahasiswa/i daripada Kolej Tun Hussein Onn dan Kolej Tun Syed Nasir.

               Pelbagai aktiviti menarik telah dirangka sepanjang program ini dilaksanakan. Antara program yang menarik adalah Program Saintis Muda yang dikendalikan oleh Ybhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd Wahid Samsudin, Program Klinik Sukan, Program Motivasi SPM & PMR, Rawatan Kesihatan Rumah ke Rumah dan pelbagai lagi program-program yang menarik lain.




               Amat mengejutkan kerana kesemua program-program yang dianjurkan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk kampung dan mendapat maklum balas yang positif daripada mereka. Rata-rata penduduk kampung berpendapat program seumpama ini wajar dilaksanakan dan berharap dapat diteruskan kerana banyak manfaat yang diperolehi oleh kedua-dua pihak hasil daripada programyang dilaksanakan.



               Tanggal 2 Oktober merupakan hari yang menghibakan bagi keluarga angkat mahupun mahasiswa UKM kerana terpaksa berpisah. Kebanyakan keluarga angkat berharap program ini dapat dipanjangkan kerana belum puas bersama dengan mahasiswa UKM. Program penyerahan diiringin dengan hujan renyai-renyai seolah-olah menyatakan isi hati hadirin yang hadir pada Majlis Perasmian Penutup. Majlis Perasmian Penutupan Program Khidmat Komuniti Ledang, Johor telah selamat dirasmikan oleh Yang Berbahagia Prof. Ir.Dr. Othman Bin A. Karim.




                Sekian. Teguh, Setia, Bersatu !
Read More

Entri Hit Tertinggi

ASPIRASI UKM. Powered by Blogger.