Photobucket

Saturday, October 15, 2011

KARNIVAL EKSPRESI REMAJA TV9

KARNIVAL EKSPRESI REMAJA TV9 
DENGAN KERJASAMA SEKRETARIAT RAKAN MUDA UKM


Satu lagi program yang gah akan berlangsung di Universiti Kebangsaan Malaysia bertempat di Dewan Canselor Tun Abdul Razak(Dectar) dan perkarangan Panggung Seni.Program yang akan berlangsung pada 15 Oktober 2011 bermula pada jam 8 pagi hingga 7 petang ini mengetengahkan konsep kearah aktiviti yang diminati remaja pada masa sekarang. 

Pelbagai program yang menarik akan diadakan seperti kejohanan futsal yang akan berlangsung pada jam 8 pagi bertempat di Gelanggang futsal UKM. Apa yang menarik adalah yuran penyertaan adalah PERCUMA dan johan akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM1500 dan berpeluang beraksi bersama pasukan selebriti dan pengacara Tv9. 



Pada masa yang sama juga akan diadakan ‘Explore Race’ di sekitar kawasan UKM.Program ini hasil kerjasama dengan Jabatan Belia dan Sukan Kuala Langat.Peserta yang terdiri daripada pelajar UKM harus menyelesaikan setiap tugasan yang diberikan pada setiap ‘check point’ yang mereka lalui.Program ini hanya terhad kepada 10 pasukan dan 1 pasukan terdiri daripada 3 atau 4 peserta.Yuran penyertaan hanya RM10 dan juara berpeluang memenangi hadiah wang tunai RM300. 


Berakhirnya dua program yang menarik ini akan diadakan pula Karnival Ekspresi.Pelbagai booth yang akan menjual pelbagai jenis barangan dan terdapat juga booth Saffiya,Silky For Men,Silky For Girl,Kawan 9,Gua Tonton,Jabatan Pendaftaran Negara dan Suruhanjaya Pilihan Raya.Ramai selebriti akan memeriahkan kawasan booth seperti Iqram Dinzly,Hana Tajima,Irma Hasan,Fizo Omar dan ramai lagi.
Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan seperti sukaneka,do or dare,bola dalam guni dan indoor games.Setiap aktiviti ini akan disediakan dengan hadiah wang tunai dan pelbagai hadiah misteri. 





Bermula pada jam 11 pagi akan diadakan Power Talk yang berlangsung di Panggung Seni.Dua penceramah yang hebat dijemput untuk mengupas tajuk ‘Youth Defined-Shape Our Future’ dan ‘Second Language Program’. Penceramah akan mengupas dari pelbagai sudut di masa hadapan mengenai tajuk tersebut. 


Selain itu terdapat juga pertandingan Battle of the Bands yang akan diadakan di perkarangan Panggung Seni bermula pada jam 12 tengah hari.Setiap Bands akan mempertaruhkan 2 buah lagu samaada lagu yang sedia ada ataupun lagu ciptaan sendiri.
Yuran bagi pertandingan ini juga adalah PERCUMA dan juara akan membawa pulang hadiah wang tunai RM1500 dan berpeluang beraksi pada Konsert pembukaan Hujan dan Najwa Latif.


Kemudian,pada jam 2 petang di Panggung Seni Angkasawan Pertama Negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie bin Sheikh Mustapha akan memeriahkan Karnival Ekspresi Remaja.Beliau akan memberi sedikit sebanyak kejayaan serta pengalaman yang dikecapinya.
Akhir sekali kita hangatkan dengan Konsert Hujan,Najwa Latif bersama kumpulannya dan Juara Pertandingan Battle of the Bands.Konsert ini akan berlangsung di Dectar pada jam 5 petang hingga 7 petang.Harga tiket hanya bernilai RM5 setiap satu.


JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN INI…!! 
REZEKI TIDAK DATANG BERGOLEK,KITA YANG MENCARINYA…!!
YAKIN BOLEH GEMILANG…!! 

0 comments:

Entri Hit Tertinggi

ASPIRASI UKM. Powered by Blogger.