Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Pada 9 hingga 11 Disember 2011, Kelab Aspirasi UKM akan menganjurkan program riadah bertempat di Gua Batu Maloi, Johol Negeri Sembilan. Pendaftaran terbuka kepada pelajar-pelajar UKM di kampus Bangi, KTSN dan KTDI. Di sana terdapat kemudahan yang lengkap dan selesa seperti tandas, bilik mandi, surau dan dewan. Para peserta dikehendaki membayar hanya RM60 seorang dan akan diberikan sehelai t-shirt percuma.
Ingin mendaftar??
sila hubungi Farhan Ahdon 0176365634
atau Irwan Nordin 0102420849
cepat, tempat terhad!
Pelbagai
aktiviti-aktiviti menarik yang akan dilangsungkan di sana seperti :
- Aktiviti 1 - Blind Trill
Para peserta akan di bawa masuk mengharungi hutan dan
menikmati keindahan alam dan suasana diwaktu malam. Setelah tiba di satu tempat,
para peserta dikehendaki menutup mata dengan kain hitam dan akan dilepaskan
seorang demi seorang sambil memegang tali. Aktiviti ini dapat dapat
meningkatkan keyakinan diri para peserta.
- Aktiviti 2- Water Confident
Para peserta akan diberi taklimat dan praktikal mengenai
cara-cara untuk menyelamatkan mangsa lemas dengan teknik yang betul pada masa
kecemasan. Kemudian, para peserta akan diuji kebolehan mereka dengan diberikan
beberapa cara untuk menyelamatkan mangsa lemas. Contohnya, dengan mengunakan
tali ,buluh dan seumpamanya. Aktiviti ini dapat mengajar para peserta teknik
yang terbaik untuk menyelamatkan mangsa lemas ketika dalam kecemasan.
- Aktiviti 3- Xplorace
Para Peserta akan dibahagikan beberapa kumpulan. Explorace
ini mempunyai 5 check point yang
harus diharungi oleh setiap kumpulan. Setiap check point mempunyai aktiviti yang menarik yang harus mengunakan
kepakaran dan kerja berpasukan. Aktiviti ini akan berlansung disekitar kawasan
hutan tersebut. Semangat kerjasama dan
berpasukan di antara ahli dalam kumpulan dapat dipupuk dalam aktiviti ini.
- Aktiviti 4- Water Game
Water game ini merupakan salah satu acara sukaneka yang
akan diadakan pada hari kejadian. Para peserta akan dibahagikan beberapa
kumpulan dan diberikan satu beg plastik kosong. Setiap kumpulan akan diuji
minda mereka dengan bagaimana hendak melintasi sungai dengan membawa pasir
dalam beg plastik.
- Aktiviti 5- Malam Kebudayaan
Setiap kumpulan akan mempersembahkan satu persembahan
bertemakan ‘Satu Malaysia’.Setiap kumpulan diberi masa 10minit untuk
mempersembahkan persembahan tersebut. Dalam aktiviti ini kita dapat melihat
pelbagai persembahan yang menarik dan mencungkil bakat-bakat para peserta yang
terpendam.
- Aktiviti 6- Jelajah Gua Batu Maloi
Gua Batu Maloi merupakan gua batu granit yang menarik
terletak di kawasan hutan simpan kg. Tanggai. Untuk menikmati keindahan dan
keunikannya, para peserta mestilah mengharungi sungai yang mengalir di
celah-celah batu sebagai ujian ketahanan mental dan fizikal. Gua Batu Maloi ini
mempunyai 24 peringkat dan setiap peringkat mempunyai cabaran yang tersendiri.
- Aktiviti 7-Rock Abselling
Para peserta akan diuji tahanan dan fizikal mereka dengan
memanjat batu tanpa mengunakan tali. Aktiviti ini akan di ajar oleh jurulatih
yang bertauliah dan berpengalaman.
- Aktiviti 8-Khidmat Masyarakat
Sebelum para peserta pulang ke UKM, para peserta akan
melakukan sedikit aktiviti khidmat masyarakat iaitu membersihkan kawasan
disekitar sungai Gua Batu Maloi. Aktiviti ini akan meningkatkan semangat
perpaduan dan mencintai alam sekitar dan secara tidak langsung dapat berbakti
kepada masyarakat Kampung Gua Batu Maloi.
Teguh, Setia, Bersatu !
3 comments:
xtiviti mcm ni je ke yg selalu buat? yg agama2 sikit takda? yg ceramah ilmiah takde ke? prihatin2 isu2 semasa je ke? xtiviti yg 'lebiiiih' mantop takde ke? sama je permainan u ollss dengan yg ituwwww.........jijiks...pastu jgn nak cari yg buruk pasal PMUKM......terdesak la tu....tolong la........ i cabar uolllsss bangkit dengan program kesedaran utk mahasiswa.....bg ilmu la sikit.....takkan yg joget2...nari2 je......please la rimas la ngan uolllsss......
kenapa la ade parasit kat sini.. inilah contoh2 orang yang suke merosakkan orang lain...adoiiii nanti dah kuar universiti inilah contoh2 orang yang merosakkan negara.. anyway aku rase kat description tu banyak je mahasiswa boleh blaja.. i think mak hayam you should try first then comment on it..JGN PANDAI CAKAP JEEE
tah pape mak hayam ni . cuak lettew program Aspirasi lagi hebat drpade program pmukm dia . program banyak tapi tak beri kesan pada peserta buatpe . ceramah ilmiah xde ke ? yg agama2 sikit takde ke ? ekceli banyak je, kau yg tak penah nak join -.-
Post a Comment