Assalamualaikum dan Salam ASPIRASI …
Menjelang 3 Januari 2012 nanti, suatu fenomena baharu bakal menyerang psikologi adik-adik mahasiswa/siswi Tahun 1, dimana buat pertama kalinya mereka akan menduduki peperiksaan akhir Semester 1 di UKM. Namun, bagi yang sudah melangkau Tahun 2 dan seterusnya, usah bangga diri dengan pointer anda yang sedia ada, kerana anda perlu menjangkaui kehebatan diri dan berusaha untuk menjadi LEBIH BAIK.
Pesanan kami kepada semua, pulanglah ke kampung kerana tempoh cuti ulangkaji pada sesi kali ini agak panjang, iaitu 11 hari. Namun, usah cepat melatah jika rumah dan kampung halaman anda terlalu jauh dan tiada bajet untuk pulang, cukuplah sekadar menghubungi ayah dan ibu untuk meminta restu dan menghalalkan serta mengampunkan dosa sahabat semua. Percayalah, restu kedua orang tua adalah kuasa Penerang hati, di samping tak lekang berdoa dan memanjatkan doa ke Hadrat Ilahi.
Di sini terdapat sedikit tips untuk sahabat menghadapi FINAL EXAM:
· Tidur awal dan ulangkaji awal
· Persiapkan nota poket untuk dibaca sebelum tidur
· Persiapkan alatulis, KAD MATRIK, dan Kad Masuk & Jadual Peperiksaan (KMJP) anda
· Berdoalah sebelum mula menulis, dan janganlah kedekut untuk berdoa kepada Allah.
· Bawa air masak, gula-gula, dan kismis (simpan di dalam beg).
3 benda ini mampu menenangkan anda dan mengelak dari mengantuk.
Akhir sekali, tawakal kepada Allah. Anda sudah mencuba sehabis baik, dan kini berdoa dan berserahlah kepada Allah. Redhakan segalanya, dan bersedia untuk kertas seterusnya.
Bersama ASPIRASI Melangkah Tenang,
Idea Hebat Datang Menyerang,
InsyaAllah Result Pasti Cemerlang,
Masa Depan Cerah Nyata Gemilang.
Sekian,wassalam.
TEGUH, SETIA, BERSATU !
0 comments:
Post a Comment