Photobucket

Friday, September 27, 2013

Melestari Transformasi PERSADA FELDA UKM

 Pada Jam 8.30 malam tadi (26/9/13), Permuafakatan Siswa/i Felda telah menganjurkan satu majlis makan malam yang bertajuk Bersama Melestari Transformasi. Majlis makan malam yang dianjurkan ini turut disertai oleh wakil PERSADA universiti-universiti jiran seperti USIM, UIA, dan UM.



"Program Makan Malam Melestari Transformasi PERSADA FELDA UKM, merupakan program yang menyahut Aspirasi Universiti, di mana program ini menggalakkan mahasiswa/i Felda dan juga mahasiswa yang lain untuk terus bergiat aktif di dalam aktiviti berpersatuan, disamping dapat memberi peluang dan ruang kepada mahasiswa/i UKM mengenali FELDA, yang merupakan antara badan yang telah banyak membantu masyarakat daripada segi ekonomi. Program ini telah dihadiri Tuan Haji Khairudin Mohamad, Pengarah Seranta Jabatan Perdana Menteri yang merupakan antara anak Felda yang telah berjaya dan telah berkongsi pengalaman beliau kepada mahasiswa/i agar terus maju dan berusaha kehadapan" kata saudara Muhammad Nazeril Bin AnnuarPengerusi Sekretariat Permuafakatan Siswa/Wi Felda UKM (PERSADA UKM) ketika dihubungi melalui telefon seusai program majlis makan malam tersebut. 





Perkataan Melestari Transformasi dipilih bagi menerapkan kepada generasi Felda yang berada di UKM tentang kesinambungan hasrat universiti sebagai sebagai sebuah institusi dan hasrat Felda untuk melahirkan kepimpinan baru dan mampu membawa Felda dan Malaysia ke persada antarabangsa.

Pihak MKUKM berharap program yang turut melibatkan universiti-universiti jiran ini akan terus di'imarahkan oleh pemimpin-pemimpin muda di UKM.

Sekian, terima kasih. 


#UKMpride #sayastudentUKM #AspirasiMahasiswa


Read More

Thursday, September 19, 2013

TAHNIAH! Sambutan Hari Malaysia berjaya!


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada hari Rabu, 18/9/2013, sambutan Hari Malaysia peringkat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah berjaya dijalankan dengan jayanya. Berbanding tahun lepas, sambutan kali ini dilihat lebih meriah dengan penyertaan setiap kolej kediaman di UKM. Bertempat di Dewan Gemilang (DG), malah turut dibantu dengan pencahayaan yang menarik, membuatkan sambutan Hari Malaysia tahun ini lebih hidup berbanding tahun lepas.

"Tahun ini dari segi jumlah penyertaan dan penonton, sambutan Hari Malaysia dilihat lebih ramai dan meriah. Walaupun dengan kekangan masa dan tempat, penganjur dilihat berjaya menangani segala permasalahan tersebut dengan sambutan yang gilang gemilang ini. Sekalung penghargaan harus diberikan kepada pihak penganjur" kata saudara Asyraf Syamim, mahasiswa Kolej Burhanudin Helmi ketika ditemubual di sini.


Berikut adalah antara gambar-gambar yang sempat ditangkap oleh Media Kampus UKM (MKUKM) :









MKUKM mengharapkan agar sambutan Hari Malaysia ini diteruskan lagi pada masa hadapan untuk terus menyuburkan semangat cinta akan negara dan tanah air dalam kalangan mahasiswa. Sekian, terima kasih. 



Read More

Wednesday, September 18, 2013

[PENTING] Yuran kolej naik? Solusi?


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Berkenaan isu kenaikan yuran kolej yang dikatakan meningkat daripada tahun-tahun yang lepas, MPP ASPIRASI UKM, saudari Azreen Malek bertindak untuk terus mencari punca masalah dan mendapatkan solusi untuk memecah kebuntuan mahasiswa/i yang dikatakan semakin terhimpit.



Berikut adalah kenyataan rasmi saudari Azreen Malek di laman sosial beliau : 

"Maklumat dari En Mokhsin Hj Tumin, Ketua Penolong Bendahari Kanan Bahagian Kewangan Pelajar. (Melalui panggilan telefon, beliau sedang bertugas untuk pendaftaran pengambilan kedua) 

Pihak bendahari maklum berlakunya kesilapan sistem caj yuran penginapan. Secara jelasnya dimaklumkan, tiada sebarang kenaikan yuran kolej dikenakan kepada pelajar. Pihak bendahari juga sedang dalam proses untuk menyemak kembali akaun kewangan pelajar. Bagi pelajar yang telah melakukan pembayaran, lebihan wang akan dikreditkan ke dalam akaun anda semula selepas proses penyemakan selesai dilakukan oleh pihak bendahari. Sebarang tambahan maklumat akan dimaklumkan dari masa ke semasa" 

Pihak Media Kampus UKM mengingatkan mahasiswa/i supaya terus bersabar dan tidak bertindak buru-buru. Kita letakkan kepercayaan kepada mereka untuk terus menggalas tanggungjawab yang diberikan dan berdoa agar solusi kepada masalah yang semakin dibelenggu ini akan dapat dicapai. 

"Where leader learn to lead"

Sekian, terima kasih. 
Read More

Tuesday, September 17, 2013

Memartabatkan Universiti Kebangsaan Malaysia : MEP vs PMUKM


Respon PMUKM/GMUKM terhadap pencapaian mereka sepanjang sesi 2012/2013 telah membuatkan kami terpanggil untuk menyemak semula semua pengakuan kecemerlangan mereka sendiri. Semua pembaca boleh merujuk pautan ini (http://gm-ukm.blogspot.com/2012/11/kelesuan-jaksa-jaksa-perlu-kaji-semula.html) untuk melihat keangkuhan mereka mempersoalkan fungsi Jaksa atau Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) seawal mereka memegang tampuk kepimpinan MPP selepas pilihanraya kampus tahun lalu.

GMUKM secara angkuh menyatakan bahawa MEP ini lesu dengan program yang hanya 'diadakan' untuk memenuhi takwim kolej kediaman tanpa membumi kepada keperluan mahasiswa secara menyeluruh. Bagi GMUKM, MEP hanya membuang masa seperti mana tulisan di blog mereka :

"Usah bermain dengan aktiviti pelajar yang bersifat program sahaja, sibuk bermesyuarat sahaja, padan ada sahaja perumpamaan diberikan oleh sebahagian orang UKM ini ‘Universiti Kuat Meeting' "

Di sini kita boleh lihat betapa GMUKM memandang rendah terhadap kepimpinan MEP malah cuba memperlekeh segala usaha mereka. Pihak kami berasa terpanggil untuk menilai semula penghinaan yang GMUKM letakkan kepada MEP dan membuka mata mereka yang sekian lama 'tidur'.


Sepanjang sesi 2012/2013, MEP telah mengorak langkah gemilang dengan aktiviti-aktiviti berimpak tinggi dan mengharumkan nama UKM dipersada nasional dan antarabangsa sekaligus memperluaskan lagi kebolehpasaran mahasiswa UKM. Antara aktiviti mega yang dilaksanakan MEP adalah KAPREZA (Karnival Premium Za'ba), dan tambahan pula sekretariat KAPREZA daripada Kolej Pendeta Za'ba ini telah berjaya ke Jepun selepas memenangi program sukarelawan terbaik anjuran IM4U apabila  menjalankan aktiviti kesukarelawanan "Mobile Breast Cancer Screening" mereka di UKM.



Selain daripada itu, pujian dan pengiktirafan harus diberikan kepada MEP Kolej Ibu Zain kerana telah berjaya melaksanakan Career Expo UKM anjuran Biro Pengantarabangsaan MEP Ibu Zain yang turut mendapat kerjasama daripada JPPEL (HEPA) dan juga Pejabat Hubungan Industri (HEJIM). Kerjasama ini sebagai satu sinergi bagi memberi peluang untuk pelajar UKM di tahun akhir bertemu dengan bakal-bakal majikan mereka selain menambah lagi kemahiran mereka dalam proses temuduga dan sebagainya. Berbagai acara telah disusun dan tentunya pameran syarikat menjadi program utamanya.



Tambahan lagi MEP Kolej Burhanuddin Helmi pula bersama Urusetia dan MPP Aspirasi telah berjaya menganjurkan program yang melibatkan belia seluruh Malaysia di Festival Belia Malaysia. Program yang melibatkan 3000 belia ini merangkumi program kesukarelawanan, isu-isu kemanusian, kreativiti, serta inovasi telah mendapat liputan meluas di media seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak selain mendapat perhatian YAB Perdana Menteri Malaysia. Program Ekspresi Mahasiswa telah membuka mata syarikat-syarikat korporat swasta mengenai kredibiliti kempimpinan pelajar-pelajar IPTA khususnya UKM.



Jelas dapat kita lihat betapa besar impak yang baik dan positif kepada pelajar terutamanya mahasiswa UKM melalui program-program yang diseneraikan seperti di atas. Harus diingat program-program yang disenaraikan di atas ini hanyalah sebahagian kecil sahaja daripada banyak lagi program-program berimpak tinggi yang telah dianjurkan oleh MEP kolej-kolej kediaman yang lain. Tambahan pula program-program yang dijalankan oleh kebanyakan kolej-kolej kediaman ini bukan hanya di peringkat kolej dan universiti malah memberikan pendedahan yang lebih meluas kepada pelajar di peringkat nasional dan global. Jelas di sini bahawa MEP yang dikatakan lesu oleh pihak yang tak bertanggungjawab tersebut bukan hanya menjaga kebajikan pelajar di kolej malah mampu menganjurkan aktiviti dan program yang bertaraf antarabangsa. Syabas MEP-MEP kolej kediaman!

Seharusnya sebagai seorang manusia yang berfikiran normal dan kononnya berkepimpinan, PMUKM/GMUKM harus berasa malu dan terkesan atas segala penghinaan yang dilemparkan kepada pihak MEP kolej pada awal tampuk kepimpinan mereka dahulu. Mereka bukan sahaja menghina malah mereka yang mengakui mereka adalah wakil dan suara mahasiswa UKM, tidak mampu untuk menghasilkan program-program yang berkualiti seperti yang dilakukan oleh pihak MEP. Kami tidak mengharapkan kuantiti tapi kami inginkan kualiti daripada program tersebut untuk dirasai oleh setiap pelajar di UKM khasnya. Ternyata PMUKM/GMUKM gagal untuk membuktikan kredibiliti mereka sebagai perwakilan pelajar yang dipilih melalui undian kami dan GMUKM jelas tidak lagi relevan untuk memegang tampuk kepimpinan MPP UKM pada masa akan datang.
Read More

Entri Hit Tertinggi

ASPIRASI UKM. Powered by Blogger.