Photobucket

Wednesday, September 18, 2013

[PENTING] Yuran kolej naik? Solusi?


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Berkenaan isu kenaikan yuran kolej yang dikatakan meningkat daripada tahun-tahun yang lepas, MPP ASPIRASI UKM, saudari Azreen Malek bertindak untuk terus mencari punca masalah dan mendapatkan solusi untuk memecah kebuntuan mahasiswa/i yang dikatakan semakin terhimpit.



Berikut adalah kenyataan rasmi saudari Azreen Malek di laman sosial beliau : 

"Maklumat dari En Mokhsin Hj Tumin, Ketua Penolong Bendahari Kanan Bahagian Kewangan Pelajar. (Melalui panggilan telefon, beliau sedang bertugas untuk pendaftaran pengambilan kedua) 

Pihak bendahari maklum berlakunya kesilapan sistem caj yuran penginapan. Secara jelasnya dimaklumkan, tiada sebarang kenaikan yuran kolej dikenakan kepada pelajar. Pihak bendahari juga sedang dalam proses untuk menyemak kembali akaun kewangan pelajar. Bagi pelajar yang telah melakukan pembayaran, lebihan wang akan dikreditkan ke dalam akaun anda semula selepas proses penyemakan selesai dilakukan oleh pihak bendahari. Sebarang tambahan maklumat akan dimaklumkan dari masa ke semasa" 

Pihak Media Kampus UKM mengingatkan mahasiswa/i supaya terus bersabar dan tidak bertindak buru-buru. Kita letakkan kepercayaan kepada mereka untuk terus menggalas tanggungjawab yang diberikan dan berdoa agar solusi kepada masalah yang semakin dibelenggu ini akan dapat dicapai. 

"Where leader learn to lead"

Sekian, terima kasih. 

0 comments:

Entri Hit Tertinggi

ASPIRASI UKM. Powered by Blogger.