Photobucket

Thursday, December 8, 2011

LAWATAN KE PARLIMEN ANJURAN ASPIRASI IZISH


Assalamualaikum dan Salam ASPIRASI sahabat semua. Pertama-tama sekali ingin saya memanjatkan syukur sekali lagi kerana diberi peluang untuk bernafas dan menikmati keindahan alam ciptaan Ilahi. Seterusnya, saya juga bersyukur kerana pada 7 Disember 2011, sebuah program LAWATAN KE PARLIMEN ANJURAN KELAB ASPIRASI IZISH, Kolej Antarabangsa Ibu Zain telah dapat dilangsungkan dengan jayanya. Syabas kepada semua yang terlibat dan Tahniah kepada semua peserta yang rasa prihatin dan cakna akan isu Negara kita pada hari ini.Lawatan ke persidangan DEWAN NEGARA adalah suatu tindakan yang kami fikirkan wajar dilaksanakan oleh semua pihak dan persatuan pelajar, kerana di sinilah bermulanya sesebuah perlembagaan, dimana penggubalan dan proses meluluskan sebuah akta kementerian dilaksanakan.

Ada dua perlantikan senator baharu di DEWAN NEGARA yang dilakukan pada persidangan kali ini, iaitu yang pertamanya PENGERUSI Penyelaras UMNO Dewan Undangan Negeri (DUN) Bachang, Melaka, Datuk Saat Abu dan Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Sarawak (PBB), Lihan Jok mengangkat sumpah sebagai Senator di Dewan Negara, Kuala Lumpur, hari ini (7 Diember 2011). Upacara angkat sumpah itu dilakukan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Terdapat beberapa usul yang dibahas dan dipersoalkan dalam sidang pagi DEWAN NEGARA 7 Diesember 2011. Usul yang paling mencuri tumpuan adalah usul yang dikemukakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran, DatukDr Wee KaSiong tentang perihal MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS (MBMMBI) bermula dari peringkat awal pendidikan kanak-kanak. Kaedah “fun learning” dan kuota pengecilan bilangan pelajar dalam bilik darjah merupakan langkah yang tepat untuk memastikan semua pelajar diberi layanan sama rata dan guru-guru mampu memberi tumpuan sepenuhnya dalam mendidik. Hampir 400 orang penutur asli bahasa Inggeris telah dipanggil untuk mengajar di Malaysia, berbanding menghantar pelajar pendidikan di Malaysia belajar di luar Negara kerana usaha ini memakan belanja yang terlalu tinggi dan dikhuatiri pelajar tersebut enggan pulang berkhidmat kembali ke Malaysia setelah tamat belajar. Selain itu juga, semua masyarakat perlu peka akan masalah pencemaran bahasa yang semakin serius terutama dalam laman sosial dewasa kini.

Isu lain yang turut dibahaskan adalah isu Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M), Jawatankuasa Khas Suruhanjaya Pilihan Raya SPR, isu KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah), perihal Falsafah Pendidikan Negara (fokus kepada pencapaian bina insan dan relevannya subjek SEJARAH dijadikan sebagai subjek wajib LULUS SPM), serta perihal pendatang asing yang terlalu ramai keluar masuk di negara ini sepanjang tahun ini.









Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa-masa yang akan datang dan bakal dijadikan program tahunan oleh persatuan pelajar dan boleh dibuat dalam skala yang lebih besar pada masa hadapan.

Wassalam.

Ketua Pengarah, 

PROGRAM LAWATAN KE PARLIMEN 
ASPIRASI IZISH


Teguh Setia Bersatu !

Sebarang info berkaitan DEWAN NEGARA, mohon klik di sini untuk pautan terus: http://www.parlimen.gov.my/pages.php?view=31&uweb=dn

0 comments:

Entri Hit Tertinggi

ASPIRASI UKM. Powered by Blogger.