Photobucket

Sunday, September 16, 2012

BERITA TERKINI : Di mana Islam dalam GM?


Assalamualaikum dan salam 1 ASPIRASI Universiti Kebangsaan Malaysia. 


Di manakah tahap intelektual Gabungan Mahasiswa? Anda melihat, anda nilaikan. Sekadar renungan bersama. Sekian, terima kasih. 




Read More

Friday, September 14, 2012

Isu TNC HEPA UKM, usah dilupakan!


Assalamualaikum dan salam 1 ASPIRASI UKM. "Usah kita lupa". Itulah sewajarnya ayat yang perlu kita ingat tentang isu TNC HEPA UKM yang giat dipaparkan dalam laman sesawang pembangkang HarakahDaily. Di pihak ASPIRASI, kami tidak menyokong MEDIUM yang digunakan oleh GMUKM yang menggunakan laman sesawang HarakahDaily. Sewajarnya GMUKM mengambil inisiatif untuk bertemu secara bersemuka dan berbincang tentang permasalahan ini. Penglibatan pihak ketiga dalam isu dalaman universiti hanya akan membuatkan isu ini menjadi semakin besar dan mengakibatkan nama baik UKM sendiri tercemar pada pandangan pihak luar. Universiti Kebangsaan Malaysia yang menjadi tumpuan golongan-golongan profesional dan pemikir kini sudah semakin rancak dilabel sebagai universiti yang mempunyai masalah. 

Isunya tidak besar. Hanya melibatkan dalaman universiti tetapi dengan tindakan yang diambil oleh GMUKM dengan menggunakan medium pro pembangkang sekaligus menutup 1001 kebaikan yang telah dibuat oleh ayahanda TNC HEPA UKM sendiri. TNC HEPA UKM yang banyak berjasa kepada UKM dengan mendekati mahasiswa melalui caranya tersendiri akhirnya dikecam oleh GMUKM tanpa sebarang fakta mahupun peraturan. Ini adalah repons yang dikeluarkan oleh TNC HEPA UKM sendiri tentang isu ini : 

"Sedikit terkilan pagi ini apabila usaha memberikan yang terbaik untuk MPP sedikit tercemar dengan artikel "Minggu Mesra Pelajar UKM tercemar" yang tersebar luas. Seolah-olah semua kebaikan semasa majlis pendaftaran semalam terpadam begitu sahaja.

Terpanggil untuk menjelaskan tetapi siang tadi mengambil pendekatan memujuk diri dengan mengatakan "Saya berpuasa".. Alhamdulillah.


Sekadar menjelaskan, bagi saya artikel berkenaan berniat tidak baik yang ingin mencemarkan nama UKM yang disertakan dengan klip gambar yang sengaja dipilih bagi menampakkan seolah-olah saya sedang marah. Ditambah pula dengan posting yang juga bagi saya berniat jahat "TNCHEPA VS PMUKM". 


Ketika itu saya menjelaskan kepada seorang MANTAN MPP kedudukan MPP kini. I have nothing against PMUKM kerana PMUKM tiada dalam akta. Tetapi tempoh MPP yang dilantik yang telah tamat pada hujung bulan Jun lepas. Ini dipersetujui bersama menerusi perbincangan antara saya, mantan presiden MPP dan Naib Canselor sendiri dan jelas didalam surat penyambungan tempoh. Juga dipersetujui dalam perbincangan dengan semua MPP di Bilik Majlis. Makanya saya rasa tak wajar masih menggunakan nama MPP atau apa jua nama jawatan dalam MPP apatah lagi kalau statusnya "KONVOKESYEN / TAMAT PENGAJIAN" - bermakna status sebagai pelajar juga telah tamat. 


Wallahu'alam. Apapun ini bukan kali pertama penjelasan saya diputarbelitkan. Saya juga telah menulis kepada laman yang menyiarkan artikel tersebut bahwa terdapat maklumat yang tidak betul. Bagi saya yang penting sekarang bagaimana hendak memastikan kebajikan pelajar UKM terjaga dan ini amanah yang saya pikul sebagai TNC HEPA. Semoga Allah memberi kekuatan kepada saya...


♥ UKM"





Gambar di atas merupakan gambar yang dipaparkan di laman sesawang pro pembangkang yang diputar belitkan oleh penceritaan sendiri GMUKM. Jasa yang telah dicurahkan oleh ayahanda TNC HEPA UKM terus dilupakan oleh GMUKM membuatkan mahasiswa kurang senang dengan tindakan pemimpin tertinggi GMUKM yang semakin melampaui batas. 



Poster di atas dibuat oleh salah seorang mahasiswa UKM yang tahu dan faham erti dan penat lelah sebagai seorang pemimpin lebih-lebih lagi pemimpin di sesebuah universiti. Kami berterima kasih kepada Prof kerana memerah keringat demi UKM tercinta. Jasamu tidak dapat kami balas. 

TERIMA KASIH TNC HEPA UKM! 

Read More

Kami sayangkan GM (Gabungan Mahasiswa)!


Assalamualaikum dan salam 1 ASPIRASI UKM. "Kami pilih keamanan". Itulah jawapan rata-rata mahasiswa apabila ditanya tentang politik kampus. Mereka tidak menjawab untuk memilih mana-mana pihak tetapi mereka pilih keamanan. Keamanan ketika belajar, keamanan untuk terus hidup di bumi UKM tercinta tanpa huru-hara dan demonstrasi haram yang tidak diluluskan. 

Keamanan adalah untuk semua TETAPI, bagi mereka yang betul-betul tahu tentang nilai dan erti keamanan sahaja dapat menilai sejauh mana definisi keamanan itu sewajarnya diletakkan. ASPIRASI yang sentiasa mendukung misi dan visi universiti, sentiasa mesra kepada pihak pentadbiran dan dipercayai untuk menjulang nama UKM secara lebih sopan dan beradab. Saya sayangkan GM! 



Bersama kita tunjukkan rasa sayang yang tidak berbelah bahagi ini, dengan membuat "profile picture" di facebook agar seluruh mahasiswa UKM tahu tentang betapa kita cintakan keAMANan! Mari bersama ASPIRASI dalam mewujudkan gelombang keamanan sejagat di bumi ilmu iaitu UKM ini. 


Sekian, terima kasih. 



Read More

MAHASISWA bijak, tahu hak memilih!


Assalamulaikum dan salam 1 ASPIRASI UKM. Setelah sekian lama gendang PRK (Pilihan Raya Kampus) tidak bergema, sekali lagi, Universiti Kebanggaan Malaysia menjadi tumpuan pihak mahasiswa malah pihak pihak luar dengan penanda aras bahawa 25 September 2012 ini merupakan hari pengundian bermula. Maka bermulalah suatu lagi episod hitam yang akan dipersembahkan dengan episod berdemonstrasi dan pergaduhan-pergaduhan yang tidak kita ingini. 

"Flyers-flyers" mula diedarkan di merata-rata tempat walaupun waktu berkempen belum pun bermula. Gabungan Mahasiswa mula menampal poster di merata-rata tempat dan juga "flyers" mula diedarkan di kolej-kolej tertentu walaupun mengetahui perkara seperti itu adalah salah sama sekali di sisi undang-undang. "Flyers" dengan tajuk, "Jom Kenali GMUKM" mula tersebar luas tanpa mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak universiti dan kolej-kolej kediaman. 

Kesalahan pertama adalah waktu berkempen belum pun bermula. Kesalahan kedua ialah cop kolej kediaman tidak diminta malah apabila diperiksa di setiap "flyers" yang diedarkan, tidak ada sebarang cop walaupun satu "flyer" yang diedarkan. 




Kami di pihak ASPIRASI, sentiasa hormat dan patuh kepada arahan yang telah ditetapkan oleh universiti kerana kami dan percaya bahawa setiap peraturan yang telah ditetapkan itu pastinya adalah untuk kebaikan mahasiswa itu sendiri. Jadi, pilihan ada di tangan mahasiswa. Mahasiswa kini sudah bijak dengan mainan politik yang digendangkan Gabungan Mahasiswa malah dapat membezakan yang mana satu kaca, mana satu permata. Sekian terima kasih. 

KEBAJIKAN MAHASISWA, PERJUANGAN KAMI!

Read More

Thursday, July 19, 2012

[PENTING] Tips kemasukan pelajar baru sesi 2012/2013


Assalamualaikum dan salam 1 ASPIRASI. Tahniah diucapkan dan selamat berjaya kepada kesemua mahasiswa/i sesi 2012/2013 kali ini! Kami di sekretariat Aspirasi ingin mengucapkan selamat datang dan selamat menjadi mahasiswa/i yang akan berjuang untuk masa hadapan Negara. 



Mahasiwa Cemerlang, Negara Gemilang. 

Pasti ada yang tidak sabar untuk menanti tarikh keramat iaitu 2 September 2012 kali ini. Perasaan yang sama itu berlaku kepada kami mahasiswa/i ketika kami berada di tempat adik-adik sekalian. Jangan segan silu untuk bertanya apa-apa jua masalah ataupun ada pandangan yang ingin dikemukan di sini. Kami akan cuba untuk membantu adik-adik. Untuk sedikit info tentang kemudahan-kemudahan di UKM, adik-adik boleh  KLIK SINI!.

Di sini, sekretariat Aspirasi ada sedikit pesanan untuk adik-adik ambil perhatian :

1) Jangan lupa untuk membawa segala keperluan untuk mendaftar (contohnya : gambar berukuran passport, kad pengenalan, baju yang diperlukan seperti baju kemeja dan seluar slack *bagi lelaki; baju kurung yang cukup *bagi perempuan)

2) Sila tandakan di checklist yang telah disediakan untuk memastikan tiada barang yang tercicir. Bawa bersama checklist tersebut ke UKM untuk memudahkan keadaan di sana nanti.

3) Pastikan barang-barang keperluan cukup (contohnya barang mandi, baldi, sarung bantal dan sebagainya) 

4) Pastikan anda sudah pun menghantar borang-borang yang diperlukan oleh UKM secepat yang mungkin bagi memudahkan urusan pengambilan sesi baru. Peringatan, mulai sesi 2012/2013 hanya item ini akan dipos :

1) Surat tawaran asal
2) Fail pelajar 
3) Borang BIMB

Selebihnya, anda harus mencetaknya sendiri.

5) Bawa wang yang secukupnya sahaja. Jangan bawa terlalu banyak wang kerana anda akan melalui MMP (Minggu Mesra Pelajar) yang tidak memerlukan banyak wang. Masukkan wang yang berlebihan ke dalam bank dan simpan kad bank dengan cermat dan sebaiknya.

6) Bawa beg yang mudah untuk dibawa. *disarankan membawa beg beroda tetapi sekiranya tiada, tidak mengapa.

7) Bagi yang mempunyai masalah kesihatan, jangan lupa bawa ubat dari rumah. Pihak BSMM (Bulan Sabit Merah Malaysia) ada juga menyediakan ubat untuk KECEMASAN, tetapi bagi ubat rutin, BSMM tidak menyediakannya.

8) Manakala yang mempunyai alahan, anda haruslah terus memaklumkan kepada PC (Pemudah Cara) semasa pendaftaran. Ini adalah bagi mengelakkan anda mengalami masalah kesihatan akibat makanan yang disediakan sepanjang minggu mesra pelajar.

9) Pastikan anda mendapat rehat yang secukupnya pada malam sebelum mendaftar. Jangan terlalu gembira hingga tidak dapat tidur. Anda akan menjalani perjalanan yang panjang nanti. 

10) Sentiasa senyum ketika mendaftar! Ramai yang akan membantu anda di sana nanti, jangan risau! 

Tahniah sekali lagi kami ucapkan! Semoga perjalanan anda ke UKM, berjalan dengan selamat dan dirahmati oleh Allah S.W.T. Sekiranya ayah atau ibu yang memandu ketika ke UKM, pesanlah supaya berhati-hati di jalan raya. Kami mendoakan agar keselamatan anda dipelihara.


KEBAJIKAN MAHASISWA, PERJUANGAN KAMI !

Read More

Tuesday, July 17, 2012

Usah kita mudah berputus asa!


Assalamualaikum dan salam 1 ASPIRASI. Ramadhan semakin mengunjungi kita. Apabila ramadhan semakin dekat, ini bermakna Hari raya Aidilfitri juga semakin berkunjung tiba. Sekretariat Aspirasi ingin mengingatkan kepada kesemua mahasiswa/i supaya menjaga amal ibadat dan adab sempena bulan ramadhan ini. Perbanyakkan amalan seperti membaca al-Quran dan berzikir untuk terus merebut peluang ini untuk merapatkan hubungan kita kepada Allah.






TERUSKAN USAHA! JANGAN MUDAH PUTUS ASA!


Gambar ini mungkin memberi motivasi kepada adik-adik kita yang akan mengambil peperiksaan seperti UPSR, PMR dan SPM yang jarak antaranya tidaklah sejauh mana. Belajarlah bersungguh-sungguh untuk masa hadapan. Kepada adik-adik di luar sana yang akan mengambil peperiksaan tidak kiralah UPSR ataupun PMR mahupun SPM; sekretariat Aspirasi ingin mengucapkan selamat berjaya dan janganlah mudah untuk kita berputus asa. Masih jauh lagi perjalanan adik-adik. Kepada mahasiswa/i di UKM, ambillah gambar ini sebagai pencetus semangat untuk kita terus berjuang dengan sesi yang baru ini. 


Yang lepas hanya tinggal sejarah; esok peluang masih lagi cerah

Read More

Entri Hit Tertinggi

ASPIRASI UKM. Powered by Blogger.