Photobucket

Monday, March 12, 2012

[PENTING] Isu Lanjutan JPA


Assalamualaikum dan salam 1 Aspirasi. Berkenaan info lanjutan kepada biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), pihak PenTAS telah pun menghubungi pihak JPA di telefon pada 12/3/2012 tepat jam 9 pagi. Kami telah berjaya menembusi talian setelah berkali kali mencuba. Dalam perbualan pagi tadi, pihak PenTAS telah bertanyakan tentang tarikh sebenar biasiswa JPA akan dikreditkan.


SOALAN : Adakah benar wang akan dikreditkan pada 13/3/2012?

"Ya. Tarikh tersebut telah pun dipastikan dan sekiranya tiada masalah, esok (13/3/2012) biasiswa akan dimasukkan ke dalam akaun setiap pemegang biasiswa JPA di UKM. Walaubagaimanapun, ianya akan mengambil sedikit masa kerana sistem harus mengkreditkan jumlah wang yang besar. Tetapi pihak kami yakin ianya tidak akan memakan masa yang terlalu lama. Pelajar UKM diharap dapat bersabar dan kami akan cuba yang terbaik untuk mempercepatkan urusan tersebut,".

Setelah mendapat pengesahan tersebut, pihak kami tidak lagi bertanyakan soalan kerana yakin dengan jawapan yang diberikan. Segala info yang mendatang, akan dilampirkan di dalam blog ini. Kebajikan mahasiswa, perjuangan kami! Sekian terima kasih. 

TEGUH,SETIA,BERSATU!

4 comments:

najwa hazirah halmi said...

Ehhh kenapa jumlah bayaran tak sama dengan penyata kita? setiap org lain-lain ehhh?

Anonymous said...

abis, klu yg xde tarikh kredit cmne? adoiii..

..SuRaYa.. said...

najwa.. jumlah biasiswa ikut program/fakulti yang kita ambil. :)

Anonymous said...

Nak jadi mahasiswa kena la teliti sikit. Jabatan Pertahanan Awam? How ignorance...

Entri Hit Tertinggi

ASPIRASI UKM. Powered by Blogger.