Photobucket

Sunday, August 4, 2013

[PENTING] Biasiswa JPA sesi 2013/2014


[INFO SEMASA]


02-08-2013 - PERMOHONAN BIASISWA JABATAN PERKHIDMATAN AWAM DI BAWAH PROGRAM IJAZAH DALAM NEGARA (PIDN)



Adalah dimaklumkan bahawa permohonan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam di bawah Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) bagi mengikuti pengajian peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam negara bagi sesi 2013/ 2014 dijangka akan dibuka pada minggu keempat bulan Ogos 2013.



Tawaran biasiswa ini juga akan di iklan secara ringkas dalam akhbar Berita Harian, Utusan Malaysia, The New Straits Times, Tamil Nesan, Nanyang Siang Pau, The Borneo Post Sarawak dan The Borneo Post Sabah pada hari Sabtu dan Ahad pertengahan bulan Ogos 2013.

Maklumat lanjut mengenai syarat-syarat permohonan, bidang tajaan dan cara memohon boleh diperolehi dengan melayari Portal JPA (www.jpa.gov.my) semasa permohonan dibuka.


website lain : http://esilav2.jpa.gov.my/



sumber : http://esilav2.jpa.gov.my/
Read More

Saturday, July 13, 2013

[PENTING] Soalan lazim mahasiswa/i sesi kemasukan baharu


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia. Pertama sekali kami daripada kumpulan Media Kampus UKM (MKUKM) ingin mengucapkan SELAMAT DATANG ke UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA dan TAHNIAH kerana berjaya dipilih ke universiti yang penuh dengan kecemerlangan dari segi akademik mahupun kokurikulum. 


Di sini kami lampirkan soalan-soalan yang kebiasaannya akan ditanya oleh mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia 


1) Berapakah yuran kemasukan UKM dan bagaimana caranya untuk membayar?


Jawapan : Pertama, yuran adalah bergantung kepada KOLEJ dan juga bergantung kepada FAKULTI atau lebih tepat, KURSUS yang anda ambil. Lain kolej, dan fakulti, lain jumlahnya. Itu bergantung kepada situasi anda. Kedua, buat masa kini, terdapat dua kaedah pembayaran yuran, pertama, melalui sistem "bank-in" atau lebih tepat, pembayaran dilakukan dengan memasukkan duit secara "bank-in" ke dalam akaun bank Bendahari UKM melalui BIMB (Bank Islam Malaysia Berhad). Resit yang telah diterima setelah pembayaran secara "bank-in" hendaklah disimpan sebagai bukti dan hendaklah diserahkan kepada pihak bendahari di Canselori UKM (Boleh lihat di peta UKM). Kedua, adalah melalui pembayaran secara tunai (manual) iaitu pembayaran tunai terus ke pihak Bendahari, di Canselori. Untuk memudahkan pembayaran yuran, pihak kami menggalakkan mahasiswa/i, supaya membayar yuran terus ke pihak Canselori untuk memudahkan urusan pembayaran yuran. 





2) Bagaimana pemakaian mahasiswa/i UKM sewaktu Minggu Mesra Melajar (MMP)?


Jawapan : Bagi mahasiswa, anda dikehendaki memakai baju kemeja putih berlengan panjang, berseluar hitam (seluar slack) dan tie UKM (akan diserahkan sewaktu pendaftaran di kolej). Ini adalah gaya pemakaian UKM bagi mahasiswa ketika MMP. Mahasiswa juga hendaklah membawa bersama kasut berkulit yang berwarna hitam dan pastikan rambut ketika pendaftaran dalam keadaan kemas dan disikat rapi. Untuk pemakaian baju, terdapat sesetengah slot yang akan ditentukan oleh kolej masing-masing (mengikut kolej). 


Bagi mahasiswi pula, SEMUA (merangkumi semua bangsa) mahasiswi DIWAJIBKAN memakai baju kurung berwarna biru dan kasut hitam bertutup. Bagi yang beragama Islam, anda diwajibkan memakai tudung putih sepanjang MMP.  Bagi yang bukan beragama Islam, rambut anda hendaklah diikat dengan kemas (jika panjang). 


3) Tahun 1, boleh bawa kenderaan atau tidak?


Jawapan : Boleh tetapi hanya motorsikal sahaja. Kereta TIDAK DIBENARKAN bagi tahun mahasiswa/i tahun 1. Bagi motorsikal, anda hendaklah mendaftar di Wisma Aman, UKM untuk membenarkan anda menunggang motorsikal di dalam lingkungan universiti. 


4) Saya berasal dari Johor dan saya tidak mempunyai kenderaan. Adakah terdapat kemudahan pengangkutan di sekitar kawasan Bangi atau Kajang?


Jawapan : Di UKM, terdapat pelbagai kemudahan pengangkutan disediakan. Antaranya ialah bas "shuttle" yang menghantar pelajar ke stesen Komuter UKM. Kemudian, anda boleh ke perhentian terminal One di Seremban ataupun BTS (Bandar Tasek Selatan) untuk meneruskan perjalanan anda ke rumah anda. Ataupun anda juga boleh menaiki bas Rapit KL untuk ke perhentian Kajang yang menyediakan perkhidmatan bas ke seluruh semenanjung Malaysia. 


5) Bantal disediakan tak?

Jawapan : Bantal tidak disediakan. Anda hendaklah membawa bantal daripada rumah. Atau membeli daripada kedai yang berhampiran. 


6) Saya daripada Sabah dan Sarawak. Saya tidak mempunyai saudara di Semenanjung Malaysia, jadi siapa yang akan menjemput saya?


Jawapan : Anda perlu mendapatkan nombor telefon bagi kolej anda (rujuk kepada surat tawaran). Hubungi nombor tersebut pada waktu pejabat dan anda hendaklah memaklumkan secepat yang mungkin untuk memudahkan proses pengambilan. Apabila anda selamat sampai di lapangan terbang, akan terdapat pihak yang akan menjemput anda (wakil setiap kolej)


7) Saya datang dari jauh dan saya bercadang untuk bermalam bersama keluarga di UKM kerana saya datang awal daripada hari pendaftaran. Jadi dimana keluarga saya boleh bermalam?


Jawapan : Tidak perlu risau. Di dalam UKM sendiri terdapat hotel yang disediakan. Anda cuma perlu menempah di laman web berikut secepat mungkin 


klik sini : Puri Pujangga UKM


8) Saya tiada kenderaan. Malah, fakulti dan kolej saya jauh. Adakah terdapat kemudahan pengangkutan di UKM?

Jawapan : Ada. Di UKM, disediakan perkhidmatan bas "shuttle" yang akan menghantar mahasiswa/i ke Kolej - Fakulti - Kolej. 


9) Apakah kemudahan yang terdapat di UKM?

Jawapan : Sila klik di sini Kemudahan di UKM


10) Bagaimana pemakaian sewaktu ke kuliah?


Jawapan : Bagi mahasiswa, anda hendaklah berpakaian t-shirt berkolar, seluar panjang, dan berkasut. Bagi mahasiswi, tidak dibenarkan sama sekali untuk berpakaian menjolok mata dan hendaklah sopan serta menutup aurat bagi yang beragama Islam. 


Sebarang cadangan, penambahbaikan atau pertanyaan boleh diajukan di ruangan komentar di bawah. 



Sekian, terima kasih.

Read More

Saturday, September 22, 2012

GMUKM panas hati hanya sebab STICKER?


Assalamualaikum dan salam 1 ASPIRASI UKM. Tanggal 22/9/2012 ini, semakin rancak sesi MELOBI diri untuk memenangi kerusi yang dipertandingkan. ASPIRASI menyahut penuh seruan untuk berkempen dan di dalam berkempen, perlu ada tatasusila dan tatatertib yang perlu kita sebagai umat Islam patuhi. Pelbagai ragam yang dilakukan oleh Gabungan Mahasiswa demi memenangi kerusi yang dipertandingkan. Antara teknik yang paling gemar dilakukan oleh GABUNGAN MAHASIWA adalah dengan menggunakan "video camera" dan juga "camera DSLR". Malah, teknik keji ini akan ditambah dengan memanipulasikan gambar dan juga video. 







Pihak ASPIRASI tidak pernah sama sekali menghalang untuk mereka mengambil gambar mahupun video tetapi ianya perlulah diceritakan dengan betul dan sumber yang sahih. Pihak ASPIRASI sendiri berasa hairan kerana mereka sanggup untuk menggunakan Agama demi perjuangan mereka. Agama seolah-olah menjadi barang permainan dan perkara yang dibuat oleh mereka sahajalah yang betul. Perlu kita fahami bahawa sebagai seorang manusia biasa, kita akan sentiasa membuat kesilapan dan perlu kita perbaiki kesilapan-kesilapan tersebut. 

Sifat keanak-anakan pihak GMUKM terserlah apabila sticker yang ditampalkan di bilik salah seorang penghuni kolej telah dikoyakkan dengan begitu tragis. Sewajarnya perkara seperti ini tidak berlaku kerana pihak ASPIRASI menghormati dan memahami keadaan yang sama di GMUKM. 


Ternyata, tahap kematangan berpolitik GMUKM masih di tahap yang rendah. Semoga kita sentiasa bersama untuk memperbaiki pihak masing-masing. Sekian, terima kasih. 

KEBAJIKAN MAHASISWA, PERJUANGAN KAMI!




Read More

Tuesday, September 18, 2012

Selamat ulang tahun ke-79 ATM!


Assalamualaikum dan salam 1 ASPIRASI. Selamat ulang tahun ke-79 ATM! Terima kasih para pejuang kerana menjaga keselamatan kami. Dengan adanya pejuang seperti anda, tidur, makan, kerja dan pelabagai lagi aktiviti dapat dapat kami lakukan tanpa rasa risau.


Sekian terima kasih. 

Read More

Sunday, September 16, 2012

Suara Siswa Merdeka tidak berintelektual?


Assalamualaikum dan salam 1 ASPIRASI. Sejak kebelakangan ini, Gabungan Mahasiswa seperti tidak tahan panas akibat terkena panahan daripada ASPIRASI. Mereka semakin tertekan sehingga memfitnah bahawa program yang dilaksanakan oleh ASPIRASI, iaitu Suara Siswa Merdeka merupakan suatu program yang banyak berdemonstrasi dan tidak berintelektual. ASPIRASI sentiasa mengambil pendekatan "duduk semeja berbicang". Tidak pernah langsung terlintas dalam fikiran ASPIRASI akan membuat demonstrasi yang haram dan akan membuatkan kerosakan harta benda. 

Bagaimana caranya ASPIRASI meminta pendapat mahasiswa/i? Semalam, mereka telah pun mengadakan Suara Siswa Merdeka untuk mendapat pendapat dan kehendak mahasiswa/i sendiri untuk disampaikan kepada pihak atasan. Pelbagai acara juga diadakan untuk merapatkan hubungan antara pemimpin mahasiwa dan mahasiswa/i khasnya. 







Teruskan usaha ASPIRASI! Kebajikan pelajar, perjuangan kami! 

Sekian, terima kasih. 

Read More

GMUKM, satu PENIPUAN!



Assalamualaikum dan Salam 1 Aspirasi kepada semua.
Pertama sekali, kami di pihak SEKRETARIAT ASPIRASI UKM ingin mengucapkan SELAMAT HARI MALAYSIA yang Ke-49: Rakyat Sejahtera. Hari Malaysia merupakan penggabungan antara Borneo Utara (Sabah), Sarawak, Semenanjung Malaysia, serta Singapura pada 16 September 1963, namun dua tahun kemudian Singapura telah terkeluar dari gagasan Malaysia atas sebab-sebab tertentu.

Clik sini (Hari Malaysia!)


Namun, tidak semua GABUNGAN adalah bagus.
Terkini, Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) masih tidak serik dan masih lagi berfantasi dengan angan-angan yang tak tercapai dek logik akal dan tampuk pemerintahan yang SEWAJARNYA GUGUR pada Jun tahun ini. Namun, mereka masih menggunakan NAMA dan JAWATAN mereka sebagai PMUKM sesi lepas sehingga ke hari ini. Hal ini secara tidak langsung, akan mengelirukan mahasiswa/i Tahun 1 khasnya dan sudah pasti soal ini akan menyerlahkan lagi sifat TERDESAK UNTUK MERAIH KUASA dalam kalangan GMUKM ini.



  
Mereka sepatutnya meletakkan “Mantan Perwakilan” atau setidaknya “Barisan Kepimpinan Sesi 2010/2011”. Usah malu untuk mengakui andai anda betul berjasa. Mungkin belum puas untuk membuktikan jasa, barangkali.

Maka, kami menyeru agar semua mahasiswa cakna dan USAH TERTIPU lagi dengan PEMBOHONGAN NYATA seperti ini dan buktikan bahawa, ASPIRASI mampu melahirkan Kepimpinan yang Lebih Baik, bukan sekadar “artis facebook” semata-mata. Undilah ASPIRASI pada Pilihanraya Kampus sesi kali ini.

Tolak Penipuan, Tolak Publisiti Murahan

Anda nilaikan!

Sekian, terima kasih. 


ASALKAN BUKAN GABUNGAN MAHASISWA!
(A.B.ANG)



Read More

Entri Hit Tertinggi

ASPIRASI UKM. Powered by Blogger.