Photobucket

Thursday, March 1, 2012

Info Yuran UKM

Salam Sejahtera dan Salam ASPIRASI buat semua pembaca. Kali ini MediaKampusUkm ingin memberikan sedikit info berkaitan yuran mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia. Maklumlah, tarikh pengeluaran PTPTN dijadualkan akan dikeluarkan tidak lama lagi (BACA SINI), dan begitu juga dengan pengeluaran JPA yang diura-urakan akan keluar pada 2 minggu selepas PTPTN dimasukkan. Oleh itu kami ingin mengingatkan anda bahawa pembayaran yuran-yuran harus diletakkan di tempat pertama mengikut kepentingan selepas wang pinjaman mahupun biasiswa diterima untuk mengelakkan daripada permasalahan-permasalahan di hujung semester dapat di elakkan.




APA ITU YURAN?
Yuran merupakan bayaran yang dikenakan apabila pelajar mendaftarkan diri pada setiap semester.



KATEGORI YURAN

  1. Yuran Pendaftaran
  2. Yuran Pengajian
  3. Yuran Penginapan
  4. Yuran Tesis
  5. Yuran Konvokesyen

BILA IANYA PERLU DIJELASKAN?

  • Yuran Pendaftaran & Yuran Pengajian - Sebelum Pelajar Mendaftar
  • Yuran Penginapan - Selepas pelajar daftar masuk kolej
  • Yuran Tesis - Sebelum penyerahan tesis
  • Yuran Konvokesyen - Sebelum Konvokesyen


TAHUKAH ANDA? JIKA ANDA TIDAK MENJELASKAN YURAN, ANDA TIDAK DIBENARKAN :
  • Mendaftar Semester
  • Mengambil Slip Peperiksaan
  • Mengambil Keputusan Peperiksaan
  • Menghadiri Konvokesyen
  • Mengambil Transkrip & Skrol


KAEDAH PEMBAYARAN

Anda boleh melakukan pembayaran melalui cara-cara di bawah :
  1. Kad ATM / Kad Debit
  2. Kad kredit
  3. Draf bank
  4. Wang Pos / kiriman wang sahaja
  5. Perbankan Internet ( CIMBclicks / FPX )
  6. Pindahan Wang Melalui Mesin Auto - Teller ( Bank Islam / Bank CIMB )
  7. Deposit Tunai melaui kaunter ( Banik Islam / Bank CIMB )
  8. Deposit Tunai melalui mesin Auto - Teller ( Bank Islam / Bank CIMB ) 


INGAT ! PEMBAYARAN TUNAI ADALAH TIDAK DITERIMA ! 
** point 1 hingga 4 adalah berkuatkuasa di kaunter PPUKM, Kampus KL dan Kampus Induk Bangi SAHAJA.



Untuk maklumat lanjut berkaitan yuran pelajar di UKM, anda boleh menghubungi : 

UNIT KEWANGAN PELAJAR
Aras 3, Jabatan Bendahari
Bangunan Canselori

emel : ukpbendahari@ukm.my
faks : 603 - 89214223
hotline : 1) Pra-Siswazah ( Under Graduate) : 603 - 89215090 / 4465 / 3180
             2) Pasca - Siswazah ( Post Graduate ) : 603 - 89215165 / 3113 / 4439

UNIT PENERIMAAN
Aras 1, Jabatan Bendahari
Bangunan Canselori

emel : ukpbendahari@ukm.my
faks : 603 - 89255072
hotline : 603 - 89215030 / 5173 / 3151

Sekian, 

Teguh, Setia, Bersatu !



lagi entry berkaitan yuran, biasiswa dan pinjaman  :
Read More

Wednesday, February 29, 2012

ASAP Smoke Free Lifestyle Mini Concert & Exhibition



Behind

The Mind


Now is the time to support Malaysia’s first of its kind Anti Smoking Campaign called ASAP targeted at youths across our beloved Malaysia. It is a well known fact that the habit of smoking is the root of many serious illnesses in this country. Not only does it affect the wellbeing of the smoker in the long run, but also the next person next to them who may or may not be a smoker. Many felt that tobacco education in our country has to go beyond the usual health hazards info printed on cigarette boxes and billboards. The legal and social aspects of smoking must be tackled too. 


It is agreed by many that education starts from home. This campaign is not here to preach nor does it want to show detailed steps on how to quit this lethal habit. It is here to create an ongoing awareness movement especially among young people and to subliminally show them how the habit of smoking could hugely affect their health and their relationships with others.






The Introducer


In combine effort and strength, 1MDB @ 1 Malaysia Development Berhad and Ministry of Health is bringing a joined support and efforts to see this ASAP campaign made possible and success. 


Malaysia’s rising singer songwriter IZ, who is also an advocate for leading a smoke free healthy lifestyle has been chosen to participate as the Official Ambassador for this ASAP campaign.




Mission &

Conceptual


Main Mission 
In the spirit of One Malaysia, to UNITE each and every Malaysian to fight against the lethal smoking habits in this country. 

Main Concept 
A 10-minute, short film in Bahasa Malaysia version accompanied with a theme song to cater for the Malay, Chinese and Indian community. 

Official Web Site 
www.asap.my





TheProgramme


Venue : Dewan Anuwar Mahmud, UKM
Time : 8.00pm, Friday
Date : 2nd March 2012
Artist : Liyana Jasmay, Amy Wang, Tuxy, Iqwal, Vic Teo
Admission : FREE


SEE YOU THERE ! 

Teguh, Setia, Bersatu !




MPP ASPIRASI 2011/2012
Read More

Tuesday, February 28, 2012

Untuk Hebahan Pelajar FEP : Taklimat Latihan Industri

TAKLIMAT 1
LATIHAN INDUSTRI


KEPADA: 
  1. SEMUA PELAJAR PERAKAUNAN YANG AKAN MENJALANI LATIHAN INDUSTRI PADA SEMESTER I SESI 2012/2013
  2. SEMUA PELAJAR YANG AKAN PERGI MENJALANI LATIHAN INDUSTRI SEMESTER 3 2012/2013, PROGRAM PENTADBIRAN PERNIAGAAN DAN PROGRAM EKONOMI 
DARIPADA: DR. ZIZAH CHE SENIK
KETUA HAL-EHWAL JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT (HEJIM), FEP

PARA PELAJAR (1 & 2) YANG AKAN MENGIKUTI PROGRAM LATIHAN INDUSTRI DIWAJIBKAN HADIR KE PERJUMPAAN DENGAN KETUA HAL EHWAL JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT (HEJIM), FEP:

PADA : 29 FEBRUARI 2012 (RABU)
MASA : 2.30 PTG ~ 5.00 PTG
TEMPAT : DEWAN KULIAH 1, FEP


SILA PASTIKAN ANDA BERPAKAIAN FORMAL.


SEKIAN DIMAKLUMKAN, KLIK SINI UNTUK LAMPIRAN.


Sekian, 


Teguh, Setia, Bersatu !
Read More

Monday, February 27, 2012

PENTING ! PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT BAGI PELAJAR UKM KINI DIBUKA!



Assalammualaikum dan Salam ASPIRASI. Dimaklumkan bahawa pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia semester 2 sesi 2011/2012 yang layak boleh memohon bantuan Tabung Amanah Zakat UKM dari 27 Februari 2012 (HARI INI) sehingga 1 Jun 2012.


IKLAN BANTUAN ZAKAT KEPADA PELAJAR UKM BAGI SEMESTER 2 2011/2012

Syarat-syarat permohonan:
i. Pemohon mestilah beragama ISLAM
ii. Pemohon adalah Pelajar UKM SEPENUH MASA dan BERDAFTAR pada semester berkenaan
iii. Pemohon hanya dibenarkan memohon SEKALI pada setiap SEMESTER
iv. Pelajar SEMESTER 1 tahun Pertama di UKM perlu memohon di Pusat Zakat Negeri Masing-masing

Dokumen sokongan (semua dokumen salinan perlu disahkan) yang perlu disertakan:
i. Salinan Kad Pengenalan
ii. Salinan Kad Matrik Pelajar
iii. Salinan Surat Pengesahan Pendapatan (Ibu dan Bapa atau Penjaga) 
YANG TERKINI
a) Penyata/ Slip Gaji TERKINI (Ibu dan Bapa atau Penjaga) bagi yang bekerja dan memperolehi penyata/slip/baucar gaji ATAU

b) Penyata Pencen TERKINI (Ibu dan Bapa atau Penjaga) bagi yang telah bersara dari perkhidmatan awam (Penyata pencen terkini boleh didapati di laman http://apps.jpapencen.gov.my/index.php ) ATAU

c) Surat Pengesahan Pendapatan TERKINI (Ibu dan Bapa atau Penjaga) bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja – (disahkan oleh Penghulu/Ketua Kampung/Nazir Masjid/ Ketua Mukim di mana ibubapa/ penjaga pemohon tinggal sahaja)

d) Surat Pengesahan Pendapatan oleh Pengurus FELDA / FELCRA beserta resit Jualan Hasil Bulan Terkini
e) bagi ibu bapa yang menguruskan hasil Tanaman Sendiri dan bukan dibawah FELDA / FELCRA sila sertakan surat pegesahan pendapatan oleh Penghulu/Ketua Kampung/Nazir Masjid/ Ketua Mukim di mana ibubapa/ penjaga pemohon tinggal sahaja beserta Resit Jualan Hasil Bulan Terkini.


iv. Salinan Keputusan Peperiksaan TERKINI
v. Salinan kad memeluk Islam (bagi saudara baru – kurang dari tempoh 5 tahun)
vi. Salinan laporan perubatan dari Doktor yang lengkap (jika memohon bantuan perubatan)
vii. Salinan laporan Polis (jika memohon bantuan musibah)
viii. Salinan Sijil Kematian (bagi mengesahkan kematian ibu/bapa/penjaga pemohon)
ix. Salinan Sijil Cerai (bagi ibubapa/ penjaga pemohon yang bercerai)

Nota Penting:
i. Kesemua dokumen salinan hendaklah disahkan terlebih dahulu
ii. Permohonan dibuka dari 27 FEBRUARI 2012 sehingga 1 JUN 2012
iii. Semua permohonan perlu melalui sesi temubual dengan pegawai Unit Zakat UKM bagi melancarkan proses permohonan.iv. Borang permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.
v. Sila pastikan permohonan dibuat di atas dasar benar-benar memerlukan sahaja.

Cara Memohon:
i. Anda sebagai pemohon perlu pergi ke alamat http://www.ukm.my/bendahari/zakat.php
ii. Anda perlu mendapatkan nombor id terlebih dahulu bagi pengisian borang permohonan zakat pelajar (Menu A). SILA INGAT NO. ID ANDA.
iii. Menggunakan no. id tersebut, anda perlu mengisi borang permohonan zakat pelajar secara atas talian (on-line) (Menu B).
iv. Anda perlu mengisi setiap maklumat yang berkaitan dan yang diperlukan di dalam borang tersebut dengan betul supaya proses penyerahan borang berjalan dengan lancar.
v. Anda perlu mencetak setiap halaman borang yang telah diisi. (Menu C)
vi. Anda perlu menandatangani borang yang telah dicetak tersebut pada ruangan yang disediakan.
vii. Sila semak kembali maklumat pada borang permohonan dan dokumen sokongan yang perlu disertakan sebelum menghantar borang tersebut untuk pengesahan Pegawai Kumpulan A di UKM atau Pegawai Unit Zakat UKM.
viii. Borang yang telah lengkap hendaklah di hantar ke Unit Zakat, One Stop Centre, Bangunan Pusanika, 43600 UKM Bangi, Selangor. (Hanya pelajar dari Kampus Kuala Lumpur dan PPUKM sahaja yang dibenarkan membuat penghantaran borang melalui pos)
ix. Sila pastikan anda ditemubual oleh pegawai Unit Zakat UKM ketika menyerahkan borang permohonan bersama dokumen sokongan, oleh itu adalah lebih baik penyerahan dokumen tidak melalui wakil (pengecualian hanya kepada pelajar di Kampus Kuala Lumpur dan PPUKM di mana temubual akan dilakukan melalui telefon)
x. Jika ada pembetulan maklumat, anda boleh mengemaskini borang anda dengan menggunakan id yang diperolehi pada Menu A dan sila maklumkan sebarang perubahan maklumat kepada pegawai Unit Zakat UKM.
xi. Segala maklumat yang diberikan oleh anda adalah di bawah tanggungjawab anda.
xii. Sebarang pertanyaan sila hubungi Talian Zakat (03 8921 3784)


KLIK SINI untuk lampiran. Sekian, 


Teguh, Setia, Bersatu !

Read More

Saturday, February 25, 2012

Maaf, Banner Kami Tak Cukup Besar !

Assalammualaikum, Salam 1Aspirasi, dan Salam Keamanan. Seperti yang dihebahkan di SINI, pada 24 Februari 2012 bertempat di Pusanika Aras 4, Kelab Aspirasi telah mengadakan kutipan tanda tangan sokongan bagi menunjukkan sokongan padu ke atas misi pembebasan negara Palestine oleh kekejaman Israel setelah sekian lama.




Semua tandatangan akan diturunkan di atas banner 'PEACE FOR PALESTINE' yang telah di sediakan, dan banner ini akan dibawa oleh sukarelawan-sukarelawan Malaysia ke Misi Keamanan Palestine nanti. 

Warga UKM tidak kira jawatan, agama, bangsa mahupun negara telah beramai-ramai turun memberikan sokongan untuk misi ini. Paling menyentuh perasaan adalah apabila rakyat-rakyat Palestine yang menuntut di UKM sendiri telah turut sama turun ke Pusanika bagi membantu misi ini. 







"peace" for palestine

Malah, sahabat-sahabat kami dari ideologi politik yang berbeza turut hadir sama menyokong misi yang di bawa oleh Kelab Aspirasi UKM ini. 




Dalam masa kurang 2 jam, banner yang disediakan sudah hampir penuh dengan tandatangan warga UKM. Perkara ini membuatkan kami selalu ahli-ahli Kelab Aspirasi berasa sangat bangga kerana ini menunjukkan keprihatinan warga UKM masih kuat dalam misi sokongan ke atas negara Palestine dalam misi merampas balik tanah dan hak-hak mereka.

SAKSIKAN VIDEO INI !



Akhir kata, kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan anda untuk menjayakan misi ini. Sama-samalah kita berdoa agar negara Palestine akan bebas dari kezaliman Israel dan merampas kembali apa yang sepatutnya mereka miliki sekarang. Sekian, 



Teguh, Setia, Bersatu !
Read More

Friday, February 24, 2012

Penjelasan PTPTN dan JPA

Assalamualaikum dan salam 1 Aspirasi. Pada 23 Februari 2012, kami Penyokong Tegar Aspirasi (PENTAS) telah pergi ke Jabatan Bendahari aras 3 unit kewangan pelajar untuk meminta penjelasan berkenaan jadual pembayaran PTPTN yang dikatakan lewat. 


Manakala, pelajar yang mendapat tajaan JPA juga mendapat aduan bahawa tajaan JPA akan dimasukkan 2 minggu selepas urusan PTPTN selesai. Atas dasar itu, kami telah pergi ke canselori UKM untuk meminta penjelasan yang lebih jelas berkenaan isu ini. Perbincangan antara pihak counselori diadakan dan kami telah berjumpa dengan Encik Khairul Azlan Bin Ismail iaitu Penolong Akauntan Jabatan Bendahari dan juga Encik Zulfitri iaitu akauntan Jabatan Bendahari untuk mendapatkan penjelasan isu ini. 






Daripada perjumpaan ini, punca utama yang dikenalpasti adalah keputusan slip peperiksaan yang keluar lewat daripada tarikh yang sepatutnya. Ini sebenarnya melewatkan proses PTPTN kerana PTPTN memerlukan slip daripada pihak universiti untuk membenarkan kemasukkan duit pinjaman tersebut. Disebabkan kelewatan tersebut, maka pihak universiti terpaksa menunggu untuk pihak bank menguruskan bahagian kewangan. (Klik sini untuk jadual pembayaran PTPTN). Pihak Aspirasi melahirkan rasa kesal dengan kelewatan tersebut dan menyampaikan hasrat pelajar bagi mendesak pihak canselori untuk melakukan tindakan awal bagi mempercepatkan urusan pemindahan wang tersebut. 

Manakala untuk pelajar tajaan JPA pula, kami mendapat penjelasan bahawa pihak UKM tidak terlibat langsung dalam pembahagian wang kerana JPA berurusan terus kepada pelajar. Jadi, untuk mendapatkan penjelasan tersebut, kami PENTAS akan terus pergi ke headquarters JPA di Putrajaya untuk mendapatkan penjelasan daripada pihak JPA sendiri. Segala maklumat berkenaan perbincangan seterusnya akan dimaklumkan  di dalam blog ini. Sekian, 

TEGUH,SETIA,BERSATU!
Read More

Entri Hit Tertinggi

ASPIRASI UKM. Powered by Blogger.