Photobucket

Monday, October 10, 2011

Khidmat Komuniti Ledang 2011

                          Bertemakan Mahasiswa Pencetus Masyarakat Beraspirasisatu program tanggungjawab sosial korporat telah dilaksanakan pada 29 september sehingga 2 oktober yang lalu. Program yang diberi nama Khidmat Komuniti Ledang, Johor ini telah dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Malaysia bersama Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama Parlimen Ledang.

(klik gambar untuk lebih jelas)

               Program ini telah dirasmikan dengan jayanya oleh Yang Berhormat Ir. Tuan Haji Hamim Bin Samuri wakil rasmi Menteri Besar Johor merangkap Ahli Parlimen Ledang. Program yang berintipatikan program anak angkat ini telah disertai oleh mahasiswa/i daripada Kolej Tun Hussein Onn dan Kolej Tun Syed Nasir.

               Pelbagai aktiviti menarik telah dirangka sepanjang program ini dilaksanakan. Antara program yang menarik adalah Program Saintis Muda yang dikendalikan oleh Ybhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd Wahid Samsudin, Program Klinik Sukan, Program Motivasi SPM & PMR, Rawatan Kesihatan Rumah ke Rumah dan pelbagai lagi program-program yang menarik lain.




               Amat mengejutkan kerana kesemua program-program yang dianjurkan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk kampung dan mendapat maklum balas yang positif daripada mereka. Rata-rata penduduk kampung berpendapat program seumpama ini wajar dilaksanakan dan berharap dapat diteruskan kerana banyak manfaat yang diperolehi oleh kedua-dua pihak hasil daripada programyang dilaksanakan.



               Tanggal 2 Oktober merupakan hari yang menghibakan bagi keluarga angkat mahupun mahasiswa UKM kerana terpaksa berpisah. Kebanyakan keluarga angkat berharap program ini dapat dipanjangkan kerana belum puas bersama dengan mahasiswa UKM. Program penyerahan diiringin dengan hujan renyai-renyai seolah-olah menyatakan isi hati hadirin yang hadir pada Majlis Perasmian Penutup. Majlis Perasmian Penutupan Program Khidmat Komuniti Ledang, Johor telah selamat dirasmikan oleh Yang Berbahagia Prof. Ir.Dr. Othman Bin A. Karim.




                Sekian. Teguh, Setia, Bersatu !

1 comments:

David said...

Thank you forr writing this

Entri Hit Tertinggi

ASPIRASI UKM. Powered by Blogger.