Photobucket

Friday, March 2, 2012

Bekalan Elektrik Terputus : NYDP Kolej Pendeta Za'ba Kemalangan


Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Aspirasi. Pada malam semalam, 1 mac 2012, kira-kira jam 9.00, mahasiswa/i UKM telah dikejutkan dengan kegelapan secara tiba-tiba akibat bekalan elektrik yang terputus, selama kira-kira 2 jam setengah. Disebabkan kejadian tersebut, satu insiden yang tidak diingini telah berlaku. Naib Yang Dipertua JAKSA Kolej Pendeta Za'ba (KPZ) yang juga ahli aktif PENTAS iaitu Abu Bakar Siddique bin Ahmad Fadzil telah mengalami kemalangan motosikal berhampiran Fakulti Pengajian Islam (FPI) UKM disebabkan beliau tidak dapat melihat dengan jelas keadaan jalan raya di hadapannya. Beliau dimasukkan ke unit kecemasan di Hospital Kajang  dengan ambulan hospital sejurus selepas keadaannya disedari. Justeru, pada malam itu juga, pihak Aspirasi telah turun padang untuk melihat sendiri keadaan beliau.



Sahabat kita yang juga mahasiswa tahun 2 dari Kolej Pendeta Za'ba dan juga pelajar Fakulti Sains dan Teknologi ini mengalami kecederaan yang agak teruk apabila beliau patah tulang selangka di sebelah kiri (clavicle) yang membataskan pergerakan bahu dan tangan kirinya.


Sedikit sumbangan telah disampaikan oleh wakil Aspirasi, Nor Azzah Binti Mohd Jelani dan Ketua Kelab Aspirasi sendiri, Ahmad Shazali Bin Mhd Shah.


Pihak Aspirasi mengucapkan takziah kepada beliau dan berharap semoga pemberian tersebut sedikit sebanyak dapat meringankan beban beliau. Kami dari pihak Aspirasi juga mendoakan agar beliau cepat sembuh dan dapat kembali ke kuliah seperti biasa. Kebajikan Mahasiswa, Perjuangan Kami! Sekian, terima kasih.

TEGUH,SETIA,BERSATU!

4 comments:

Anonymous said...

Bagus ASPIRASI..
TERUSKAN usaha..
jangan nak pilihanraya je baru kerja jalan~huh!

Anonymous said...

dari study lagi duk praktik bagi sumbangan kena amik gambaq..apatah lagi nanti dah keja kan..hehehe

Anonymous said...

tak paham betoi dengan orang jenis hangpa kat atas ni..mcm orang dh tak dak modal nak crita..biaq lah depa nak amek gmbaq..kalau tk amek,cakap nnti tak dak bukti pulak..cakap tu biaq pakai akai skit noh..saya pun penyokong GM jugak..tpi tak lah saya benci ASPIRASI..apa yang bagus tu kita sokong jerk lah..dak salah kan?dak dosa kan?

Dek Wan said...

Kampit hang, Burn ko dah mmg tak reti bawak moto nak salahkan lampu takde plak, tu pokok yg patah kat depan masjid sape buat....hakhakhakhak.....

Entri Hit Tertinggi

ASPIRASI UKM. Powered by Blogger.