Sebelum tibanya 27 Februari lagi, barisan urusetia telah mengadakan perkampungan selama 4 hari di kolej untuk menyediakan kelengkapan bagi program tersebut. Antara usaha yang dilakukan adalah dengan membuat banner elektronik dengan tujuan untuk menghebahkan kepada masyarakat tentang program ini.
- Mengasah serta membentuk sifat kepimpinan dalam diri mahasiswa seiring dengan peningkatan sahsiah dalam diri masing-masing.
- Melatih mahasiswa dalam pengurusan berorganisasi agar lebih bersedia untuk menerajui pucuk pimpinan di masa hadapan.
- Meningkatkan kemahiran berkomunikasi mahasiswa dalam menyampaikan idea secara lisan dan bertulis, berunding ke arah mencapai keputusan dan sebagainya.
- Memupuk semangat berpasukan dalam kalangan mahasiswa yang berbilang kaum.
Pada jam 9 pagi pada 27 Februari 2012, bas bertolak ke Kampung Sawah Sempadan,Tanjung Karang, Selangor. Program ini bertujuan untuk merapatkan hubungan antara mahasiswa dengan masyarakat. Di sana, program penyerahan anak angkat telah diadakan. Di rumah masing-masing, mereka telah beramah mesra dengan ibu dan ayah angkat mereka.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan untuk mencari formula bagi merapatkan hubungan sesama masyarakat antaranya pada malam yang pertama, telah diadakan ceramah agama di surau dengan tajuk “Anak Anugerah Allah”. Pada 28 Februari pula, peserta telah pergi ke SK Sawah Sempadan untuk mendekatkan diri dengan murid-murid di sana dan telah melakukan beberapa aktiviti yang menyeronokkan.
Sesi masak memasak dengan orang kampung juga telah diadakan dengan memasak makanan terkenal di kampung tersebut iaitu Nasi “Ambeng”. Makanan ini telah menjadi makanan yang wajib sekiranya terdapat orang luar yang bertandang ke kampung tersebut.
Pada keesokan harinya mereka telah mengadakan beberapa aktiviti sukan bersama dengan orang kampung untuk beriadah di samping dapat mengenali dengan lebih dekat lagi masyarakat di sana. Antara pertandingan yang diadakan ialah tarik tali, musical chair dan “lukisan anak saya paling cantik”. Kegembiraan murid-murid di sana jelas terpancar kerana ayah dan ibu mereka dapat bersama sama untuk menjayakan aktiviti sukan tersebut.
Pada 29 Februari mereka telah pergi ke surau dan juga masjid untuk membersihkan surau-surau yang sudah lama tidak digunakan. Ini adalah salah satu aktiviti untuk memberi khidmat kepada masyarakat bagi menunjukkan perasaan sayang mahasiswa kepada masyarakat sekeliling.
“Alhamdullilah. Akhirnya program ini dapat dijalankan dengan jayanya dan saya berharap agar aktiviti-aktiviti seperti dapat dijalankan lagi pada masa akan datang” ujar Ketua Program merangkap JAKSA HELA, saudari Ratmah Binti Rura.
Semoga UKM memperbanyakkan lagi aktiviti seperti ini supaya masyarakat lebih jelas tentang imej seorang mahasiswa UKM.
0 comments:
Post a Comment