Photobucket

Wednesday, February 22, 2012

ZAA’BA CEKIK DARAH : KISAH SEBENAR DI HARI KEJADIAN

Assalamualaikum dan salam 1 Aspirasi. Pada 19 Februari 2012 (Ahad) yang lepas, pelajar-pelajar mula untuk memenuhi kolej-kolej masing-masing menandakan semester 2 akan bermula tidak lama lagi. Pihak Aspirasi telah mendapat khabar buruk pada hari permulaan semester 2 itu dengan aduan bahawa pihak pengurusan kolej pendeta Zaa’ba iaitu Kausar (syarikat Al-Falah Sejati Sdn. Bhd) telah mengenakan bayaran pada pendaftaran untuk masuk ke kolej dengan bayaran sebanyak RM25 (tunai) bagi caj elektrik.

Di sini kami pihak Aspirasi ingin menekankan bahawa pembayaran tunai caj elektrik bagi semester 2 TIDAK PERNAH wujud kerana semasa cuti semester lalu telah keluar surat atau memo di e-pelajar menyatakan bahawa bayaran caj elektrik sem 1 dan sem 2 akan dipotong melalui jabatan bendahari. Oleh itu isu pembayaran secara tunai TIDAK SEWAJARNYA berlaku. Bagaimanapun, pihak Kausar (Al-Falah Sejati Sdn Bhd) tetap mengambil keputusan untuk mengambil caj tersebut secara tunai akibat salah faham yang berlaku antara pihak Kausar dan Jabatan Bendahari UKM. Keadaan ini membebankan pelajar-pelajar yang baru sahaja mendaftar ke kolej. Tambahan pula, pinjaman PTPTN telah pun dikhabarkan akan dimasukkan lewat. (Klik sini). Satu memorandum dan hak bersuara yang disertai oleh barisan JAKSA KOLEJ PENDETA ZAA’BA telah dibentuk bagi mempertahankan dan mendapatkan hak pelajar semula disamping mendesak pihak Kausar untuk tidak sewenang-wenangnya mengenakan bayaran yang tinggi kepada para pelajar.




Barisan mahasiswa/i yang bertanggungjawab mengadakan perbincangan dengan pihak Kausar (Syarikat Al-Falah Sejati Sdn. Bhd.) adalah Yang DiPertua Kolej Pendeta Za'ba; FAYKA BINTI MOHAMMAD YUSOFF, Naib Yang DiPertua Kolej Pendeta Za'ba; Abu Bakar Siddique bin Ahmad Fadzil dan Jaksa Keselamatan; Nurhidayah binti Darunai. Mereka juga merupakan ahli aktif kelab Aspirasi Kolej Pendeta Za'ba UKM.




Sehubungan dengan tindakan yang dilakukan oleh JAKSA itu, satu kata putus telah dicapai dimana pihak Bendahari akan memotong caj tersebut melalui sistem dan pihak Kausar berjanji akan cuba untuk memulangkan kembali wang pelajar selewat-lewatnya pada 27 Feb 2012 secara berperingkat. Pihak Aspirasi akan terus memantau situasi ini sekiranya pihak Kausar tidak memberikan kerjasama. 


Kepada pihak 'sebelah sana' yang menyatakan bahawa kejayaan barisan JAKSA  KPZ menyelesaikan isu ini adalah usaha mereka, berhentilah, kerana hanya orang yang bekerja tahu cara menyelesaikan masalah. Bukan duduk goyang kaki lalu mengambil usaha orang lain sebagai usaha sendiri dan berbangga dengannya. Sekian, 





TEGUH,SETIA,BERSATU! 

1 comments:

Anonymous said...

Salam,

Sepatutnya perkara ini adalah dibawah tanggungjawab HEPA UKM yang memantau kenaan cas-cas kolej keatas pelajar. Fungsi HEPA UKM sendiri harus diperkemaskan dan HEPA sepatutnya alert dengan perkara sedemikian. Sungguhpun Zaaba adalah pengurusan swasta namun perjanjian penyediaan penginapan sebelum zaaba dibina perlu diteliti semula. Salah satu kawalan yang perlu dikenakan adalah kenaan cas-cas yang berpatutan dan tidak membebankan pelajar. Jadikan UKM tempat minda kelas pertama. Jadikan UKM sebagai "U" contoh untuk semua IPTA dengan pengurusan "MINDA" kelas pertama.

Sekian.

Entri Hit Tertinggi

ASPIRASI UKM. Powered by Blogger.