Photobucket

Monday, February 6, 2012

MARI KENAL PASTI LOGO HALAL MALAYSIA YANG SAH

                                Halal berasal daripada kalimah Arab yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan oleh Hukum Syarak.

Takrif Halal mengikut Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan “Halal”) 1975 adalah seperti berikut:

Apabila digunakan berhubung dengan makanan dalam apa-apa juga bentuk dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan sebagai suatu perihal dagangan atau sebagai sebahagian daripada suatu perihal dagangan yang dipakai bagi makanan itu, perbahasaan-perbahasaan ‘Halal’, ‘Ditanggung Halal’ atau ‘Makanan Islam’ atau apa-apa perbahasaan lain yang menunjukkan atau mungkin difahamkan sebagai menunjukkan bahawa orang-orang Islam adalah dibenarkan oleh agama mereka memakan makanan itu maka perbahasaan itu hendaklah mempunyai erti yang berikut, iaitu makanan yang berhubung dengan perbahasaan atau perbahasaan-perbahasaan itu digunakan: 



  • bukanlah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang orang Islam dilarang oleh Hukum Syarak memakannya atau yang tidak disembelih mengikut Hukum Syarak; 
  • tidaklah mengandungi apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak; 
  • tidak disedia, diproses atau dikilang dengan menggunakan apa-apa alat yang tidak bebas dari benda-benda najis mengikut Hukum Syarak; dan 
  • tidaklah dalam masa menyedia, memproses atau menyimpannya itu bersentuhan atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang tidak memenuhi kehendak-kehendak perenggan (a), (b) atau (c) atau apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak. 


Bagi tujuan prosedur ini, takrifan berikut adalah digunapakai:

Logo Halal
Logo halal bermaksud logo yang dikeluarkan oleh JAKIM/ JAIN/ MAIN dan mengandungi:



Logo Halal JAKIM:
a) Bintang berbucu lapan di tengah-tengah bulatan;b) Perkataan Arab – “ÍáÂá” di tengah bintang;
c) Diikuti tulisan rumi “HALAL”;
d) Bulatan logo tertulis perkataan “Malaysia” dalam tulisan Rumi di bahagian bawah dalam perkataan Arab;
e) Dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab tersebut.



Logo halal JAIN/MAIN: a)Di bawah tulisan rumi “HALAL” terdapat kod pendaftaran logo halal bagi negeri:
i. huruf “H” yang bermaksud Halal ii. nombor kod negeri mengikut Jabatan Pendaftaran Negara
iii. contoh : H-10
  • ‘H’ bermaksud Halal 
  • ‘10’ melambangkan kod pendaftaran negeri Selangor


Berikutan ramai lagi yang masih ragu-ragu mengenai status halal sesebuah produk makanan, pihak ASPIRASI merasakan hal ini merupakan tanggungjawab kami untuk berkongsi sedikit pengetahuan kepada para mahasiswa, khususnya mahasiswa Islam di Malaysia. Semoga maklumat yang diberikan dapat menjadikan mahasiswa seorang yang bijak dalam aspek pemilihan makanan. Sesungguhnya, minda yang cerdas adalah daripada badan yang sihat dan jangan kita lupa, badan yang sihat adalah apabila kita makan makanan-makanan yang halal.



TEGUH, SETIA, BERSATU! 

0 comments:

Entri Hit Tertinggi

ASPIRASI UKM. Powered by Blogger.