Photobucket

Sunday, February 19, 2012

Tips Menghadapai Kegagalan


Assalamualaikum dan salam 1 Aspirasi. Baru-baru ini keputusan peperiksaan semester 1 sudah pun dikeluarkan dan mahasiswa/i sudah pun tahu keputusan yang diperoleh. Walau sebaik dan seburuk manapun keputusan tersebut, itulah keputusan yang anda telah usahakan selama semester 1 ini. Kepada yang mendapat dekan bagi keputusan ini, pihak Aspirasi ingin mengucapkan tahniah dan semoga anda dapat mengekalkan keputusan yang terbaik ini untuk semester akan datang. Kepada yang kurang berjaya, masih ada ruang dan peluang untuk anda memperbaiki keputusan ini. Di sini, pihak Aspirasi ingin memberikan tips-tips untuk mengatasi kegagalan dengan bertujuan memandu anda mengatasi rasa gagal dalam diri anda . Antaranya : 


1. Bersikap optimistik
Sentiasa bersikap dan bertindak positif apabila menghadapi kegagalan. Ingatlah bahawa kegagalan adalah kunci kejayaan. Malah tokoh-tokoh besar juga pernah dan mengalami kegagalan dalam jumlah yang lebih banyak. Dan ingatlah bahawa Allah mengetahui apa yang terbaik buat diri kita sedangkan kita tidak mengetahuinya. 

2. Kekalkan semangat kerja keras
Jangan sesekali duduk diam walaupun anda gagal atau berjaya. Kekalkan semangat untuk terus berjuang dalam menimba ilmu. Jangan pernah berputus asa dan sentiasa kerja keras untuk mencapai matlamat anda dengan sikap yang positif. 

3. Berani
Sentiasa berani untuk mencuba pelbagai teknik belajar. Apabila anda mendapat cara belajar yang berkesan, kekalkan dan terus berusaha kuat tanpa perlu mempedulikan kata-kata orang lain yang memandang rendah terhadap diri anda. 

4. Bersabar
Anda harus ingat bahawa kegagalan adalah proses pembelajaran untuk berjaya. Sentiasa bersabar dengan dugaan yang telah diberikan dan terima dengan hati yang terbuka tetapi sentiasa mencari jalan keluar untuk tidak terus berada dalam kegagalan. 

5. Tenang dan sentiasa fokus
Apabila mengalami suatu kegagalan, bertenang. Usah panik. Panik tidak dapat menyelesaikan masalah anda. Cuba sentiasa berfikir untuk mencari jalan penyelesaian. Fokus dengan matlamat asal anda dan cuba untuk mencapainya. Cara yang terbaik adalah melakukan solat sunat dan sentiasa membaca Al-Quran untuk menenangkan fikiran. Amalkan juga doa berikut :


Kejayaan tidak akan datang bergolek. Kesemua perkara dalam dunia ini memerlukan usaha yang kuat tanpa mengenal erti putus asa. Sekiranya anda betul-betul tertekan, carilah rakan baik anda dan luahkan perasaan tersebut. Mungkin dia tidak dapat membantu banyak tetapi sekurang-kurangnya anda dapat berkongsi masalah dengan seseorang yang anda percayai. Tingkatkan usaha dan teruskan belajar demi masa depan. BELAJAR LEBIH BAIK. Sekian terima kasih. 





TEGUH,SETIA,BERSATU!

0 comments:

Entri Hit Tertinggi

ASPIRASI UKM. Powered by Blogger.