Photobucket

Friday, February 24, 2012

Tautan Hati HIGHLANDERS


Assalamualaikum, salam 1Malaysia dan salam ASPIRASI buat semua sahabat. Pada hari Khamis bersamaan 23 Februari 2012, kelab Aspirasi Kolej Ibrahim Yaakub (KIY) dengan kerjasama Surau an-Nur KIY telah menganjurkan sebuah majlis Bacaan Yasin dan Makan Malam. Majlis ini bertujuan untuk meraikan para penghuni kolej sekali gus sebagai tanda kesyukuran pembukaan semester baru bagi sesi pembelajaran 2011/2012.





Majlis Bacaan yasin dan Makan Malam ini berlangsung di foyer kolej serta melibatkan para pelajar prasiswazah daripada Tahun 1 hingga Tahun 4 serta beberapa pelajar pascasiswazah yang kekal menjadi penghuni setia KIY. Perjalanan majlis bermula dengan solat Maghrib berjemaah, bacaan Yasin serta diikuti dengan solat Isya'. Para jemputan yang antaranya terdiri daripada Tuan Haji Musa Zainal Abidin, Timbalan Pendaftar Jabatan Perkhidmatan Pelajar UKM, serta Dr. Mohd Rizal bin Mohd Yaakop selaku ayahanda pengetua KIY berlangsung dengan jayanya apabila majlis diakhiri dengan jamuan barbeku (BBQ) yang disambut meriah oleh para penghuni serta kakitangan kolej.






Penyediaan makanan secara keseluruhannya dikelolakan oleh jawatankuasa kelab Aspirasi termasuklah dengan aktiviti rewang yang bermula seawal jam 10 pagi tanpa henti sehinggalah majlis selesai.

Disamping berkumpul beramai-ramai, majlis yang bersifat keagamaan dan santai ini mampu mengeratkan silaturrahim sesama warga kolej serta mencapai objektif kesepakatan dan kerjasama antara penghuni. Hal ini dapat membuatkan para pelajar untuk lebih mengenali jawatankuasa penting yang aktif dan giat dalam menguruskan serta menyusun atur perjalanan program sepanjang sesi di kolej kediaman.




Sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat bagi menjayakan program pertama dalam minggu pertama semester baharu ini. Diharapkan supaya program seumpama ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan serta dapat dibuat dalam skala yang lebih besar bagi menghasilkan impak yang lebih mendalam kepada semua peserta yang terlibat.

Sekian, wassalam.



Yang benar,
Ketua Pengarah Majlis Bacaan Yasin dan Makan Malam
Kelab Aspirasi Kolej Ibrahim Yaakub, UKM.

4 comments:

Anonymous said...

MAJLIS KEAGAMAAN..???TAPI PAKAIAN 'PEREMPUAN' TU TAK MELAMBANGKAN PUN...PAKAI LA BAJU KURUNG KAN MOLEK...ADUHHH

Anonymous said...

orngnya pun tak nmpak rmai pun kan...macam ada pilih bulu...byak ni ke tahun 1 hingga tahun 4??ahaks...

Anonymous said...

Buat Jamuan Makan2...atas nama Aspirasi ek..? Tapi kan..kan..mana Bangsa/Agama lain ek..? Kata semangat Aspirasi utk kolej..ini dah mcm buat open house utk ASPIRASI jeRRR....

Anonymous said...

opss....kawan2 sekalian...korang perasan tak post cmment kite tak keluar pun dkat depan ???(home page)MACAM TAKOT JE TERIMA KENYATAAN..puii...

Entri Hit Tertinggi

ASPIRASI UKM. Powered by Blogger.